Sunday, November 20, 2011

Satu Malam Tak Boleh Tido.. FFM Punya Pasal..

gambor cik google

Adessssss satu malam Mak Dara tak dapat nak lelapkan mata.. Bukannya sebab ternampak hantu ke apa.. Ni semua gara gara Festival Filem Malaysia (FFM) yang akan berlangsung pada malam ni di PICC Putrajaya. Mana taknye.. Somi mak, Martias Ali antara calon bagi Cerita Asal Terbaik dengan filemnya LIBAS dan bertanding dengan Mamat Khalid(Hantu Kak Limah Balik Rumah), Shamsul Yusof Haslam(Khurafat dan Gangster) dan Mira(NUR KASIH THE MOVIE).. Harapan untuk menang amat tipis le kan bila tengok senarai calon yang lain. Tapi sebagai isteri sokongan moral untuk suami harus lah jitu kan hehehe.

Mak Dara masih menanti baju yang dijahit oleh teman Mak Dara iaitu DD dari D'Ulek Creation. Katanya baju mak dah siap pagi tadi.. Sekarang menunggu dia hantarkan saja baju tu untuk Mak Dara fitingkan sekali lagi.. 

Jangan ketinggalan ye menonton siaran langsung FFM ke 24 malam nanti =)


3 comments:

  1. huhu, cian mak tak lena..hehe

    semoga ada rezeki mlm ni. insyaallah

    ReplyDelete
  2. moga ada rezeki husband akak untuk menang! nanti saya tengok kat TV ye..

    ReplyDelete
  3. Semoga ada rezeki...Semua filem hebat-hebat belaka...malam nie kena tengok..Sebab Remmy gan Tiz ada hihihi

    ReplyDelete