Thursday, November 24, 2011

Somi Outstation Still Gatal Nak Tengok Cerita Hantu

Adoyaiiii... Mak Dara ditinggalkan lagiiiiii... Opssss bukan ditinggalkan terus ye tapi ditinggalkan somi atas permintaan kerjaya hehe.. Yup somi mak sejak dua menjak tiga bermenjak menjak ni asyik outstation aje memanjang... Namun Mak Dara faham semua yang dilakukannya adalah untuk keluarga kami juga dan Mak amat amat berterima kasih dan bersyukur mendapat somi yang amat bertanggungjawap amin...

Tapi itu bukan lah cerita yang Mak nak sampaikan di tengah malam malam ni.. Kisahnya anak teruna Mak Dara ni suka bebenor dia tengok cerita hantu GHOST LAB yang ditayangkan di astro ni.. Siap record lagi.. Tadi dia ply balik episod yang dia rakamkan sebelum ni.. Mula mula Mak marah le tapi macm best lah pulak episod ni dan terus layanzzzzzzzzzzzzzz bersama sama anak mak semuanya.. 


Tadi tak ada apa apa... Sekarang dan tika masa ini dah jadi satu masalah pulak.. Kenapa? Ye lah semua dah jadi takut nak tido di bilik masing masing.. Masalahnya bukan anak anak aje yang dah jadi takut sekarang.. Mak Dara pun tumpang naik seramm sekali adessssss.... Tu lah somi outstation gatal jugak nak layan cerita hantu.. Inilah padahnya..  Apa lagi sekaarang bilik mak dara dah bertukar jadi asrama.. Semua anak anak pakat angkat tilam masing masing dan tidur dalam bilik mak.. Haa bagus jugak ada anak ramai ramai ni kan boleh jadi peneman hehehe

Oklah.. Mak Dara nak tidurkan anak anak dulu ye.. Semoga semua dpat lelapkan mata malam ni.. Selamat malam semua...


4 comments:

  1. lini pun suka tgk citer seram... pastu kat tangan wajib de bantal atau kain tuk tutup muka...suami lini selalu ckp " dah la penakut de hati nak tgk citer seram..dah dah tukar channel lain"...:-)

    ReplyDelete
  2. heheheh. sian Mak Dara, xpe anak2 kan ade. seram2 suruh mereka peluk mak die. hehehe

    ReplyDelete
  3. Tak suka tgk citer seram2.. mesti tak lelap tido..kalau tinggal sorang sure teringat2 plak..

    ReplyDelete
  4. heheheee...nasib baik ada peneman kan? kalau Mas husband takde memang tak tengoklah cerita hantu ni! kang tak tidur sampai siang..heheheee

    ReplyDelete