Tuesday, December 13, 2011

CARREFOUR WANGSA MAJU DIMASUKI AIR!


Lebat.. Memang lebatttttt.... Hujan turun dengan lebat sekali di Wangsa Maju tatkala dan tika ini.. Mak Dara pun dari luar terus batalkan rancangan plan nak jalan jalan dengan family dan terus pulang kerumah saja sebentar tadi. Sepanjang perjalanan kami balik kerumah pun tengok terdapat banyak pokok pokok yang dah tumbang dan ada yang tumbang di atas jalan.. Mujur tiada kereta yang lalu terkena hempap pokok pokok tu..

Tapi kesiannya adik Mak Dara yang ke Carrefour Wangsa Maju terkandas di sana sebab tak dapat balik dek kerana hujan yang lebat.. Dah le dia rabun so dia tak nak le balik kerumah dalam keadaan hujan lebat macam ni kan..

Tup tup Mak Dara terima gambar MMS dari dia . Terkejut Mak Dara bila tengok air dah masuk ke dalam carrefour tu.. Mak ai... Jangan banjir sudah le.. Sekarang mak difahamkan para pekerja carrefour sedang bekerja keras bagi menghalang lebih banyak air memasuki carrefour tu..Harap harap adik Mak Dara dapat pulang dengan selamatnya.. amin..


9 comments:

  1. Mak aii... hari tu kajang, skrg care4 lak.....

    ReplyDelete
  2. air dah masuk mmg kena berjaga2 lah tu kan mak dara.

    moga sis selamat sampai rumah dgn selamat, amin

    ReplyDelete
  3. sistem perparitan tak betul kot...pasai tu banjir...^__^

    ReplyDelete
  4. Kalau air masuk carrefour, pasti lps ni ada jualan murah .. hahahaha .. ( lawak je ! )

    www.anastasyea.com

    ReplyDelete
  5. salam...
    hey...
    tahniah ! anda telah memenangi contest blog eazy izzuddin...
    sila ke blog mengetahui maklumat lebih lanjut...
    ;)

    http://www.eazyizzuddin.com/

    ReplyDelete
  6. skang ni banjir kilat saje kan...kna hati2. n jgn lupe pakai cemin mata kolo rabun, mcm kita =D

    ReplyDelete
  7. lama dah tak datang careefour ni. dulu masa keje sekejap kat kl, selalu datang dengan pakwe ke sini.... :)

    p/s: last2 kawin dengan orang lain.. hehehe

    ReplyDelete
  8. huh....cam ne care4 leh banjir?? situ bukan area bukit ka?

    ReplyDelete