Tuesday, December 20, 2011

KERANAMU IBU


As salam Mak Jah.. Kak Bedah.. Pak Sood dan semuanya.. Tiba tiba memalam ni mak terasa macam nak pegi kedai buku untuk beli novel.. Ye lah sejak demam novel dijadikan filem ni membuatkan Mak pun nak juga explore dunia penulisan novel hehe.. Asyik asyik tulis skrip drama aje hari hari sekali sekala nak jugak le berubah arah ye tak..

Tapi dalam leka mak godek godek fail dalam pc mak ni banyak jugak skrip skrip yang mak dah tulis.. Tapi antara skrip peberet yang mak pernah tulis bertajuk KERANAMU IBU pada tahun 2004 dulu.. Drama ni tak ditayangkan di TV tapi dijual melalui VCD..  Zaman tengah top top bikin VCD dulu selepas vcd Aku Kaya dulu ingat tak hehe..Drama ni adalah drama ke 17 dari 61 buah skrip drama yang telah pun ditayangkan. Tetiba terasa macam nak share je skrip drama mak tu pada uols.. Kalau sudi bacalah ye... Namun diingatkan memang panjang berjela jela ya.. Semuanya mempunyai sebanyak 68 scene/babak.. Tapi begini lah ghope skrip drama yang selalu dibaca oleh pelakon pelakon tu hehehe..Kalau sudi menjulingkan mata dan nak layan cerita sedih amat amat dialau alukan... Terimalah skrip Mak Dara Kerana Mu Ibu.....


KERANAMU IBU


SC 1 : KAWASAN KAMPUNG / SUBUH 


Est shot kawasan rumah kampung yang bermandikan cahaya lampu berwarna warni dan juga peilta pelita menerangi rumah rumah kampung itu untuk menyambut Aidil fitri. Di suatu sudut tidak jauh dari situ kelihatan sebuah rumah usang yang agak muram kerana keadaan rumah yang uzur dan tidak berhias. 


CUT TO: 


SC 2 : RUMAH ALIF / SUBUH 
WATAK : ALIF DAN NEK TIMAH 


Kelihatan Nek Timah sedang tidur hanya beralaskan tilam yang sudah buruk dan koyak. Di tepi tingkap kelihatan Alif tidur juga beralaskan tilam yang kotor. Dia hanya berselimutkan kain pelikat. Insert bunyi ayam berkokok. 


Tidak lama kemudian kelihatan Nek Timah sedar dari tidurnya selepas terdengar kokokan ayam itu dan perlahan lahan duduk. Nek Timah bangun dan seakan akan meraba raba mencari sebuah jam loceng yang ticak bercermin lalu meraba raba jarum jam itu untuk mengetahui masa. Nek Timah lalu bangun. 


CUT TO: 


SC 3 : RUMAH ALIF / SUBUH 
WATAK : NEK TIMAH 


Est kaki Nek timah berjalan perlahan lahan menuju ke dapur. Nek Timah mencari cari sesuatu akhirnya ia berjumpa dengan bekas beras. 


Dengan perlahan lahan Nek Timah membuka penutup bekas itu dan meraba raba kedalamnya. 
Est. tangan Nek Timah memegang beras yang sangat sedikit di dalam bekas situ. Nek Timah terdiam seketika. Nek Timah menghela nafas panjang dan kemudian mengambil beras yang sedikit itu dan dicuci. 


CUT TO: 


SC 4 : RUMAH ALIF / SUBUH 
WATAK : ALIF DAN NEK TIMAH 

Kelihatan Alif masih tidur nyenyak . Sesekali ia menarik kain pelikat dan menyelimutkan badannya yang kesejukkan. Nek Timah sedang berusaha memadamkan api dari dapur kayu itu . Setelah berjaya memadamkan api itu Nek Timah mengangkat periuk yang dimasak nasi itu perlahan lahan . Dia meraba kedalam periuk itu kelihatan terdapat sedikit sahaja nasi didalamnya. Nek Timah mengeluarkan nasi dari periuk itu dan memasukkannya kedalam sebuah pinggan. Dengan perlahan lahan Nek Timah berjalan dan mencari cari sesuatu lalu mencapai sebotol kicap yang hampir kosong . Nek Timah kemudian meletakkan sepinggan nasi dan botol kicap disebelah Alif. 

NEK TIMAH 
Alif... Alif.. bangun Cu... 

Nek Timah menggerakkan Alif dari tidurnya. Dengan perlahan lahan Alif bangun. 

NEK TIMAH (CONT'D) (cont'd) 
Cepat sahur Cu.. Nanti habis waktu. 

Nek Timah bangun semula dan mencari botol air dan dua biji gelas dan meletakkan di hadapan Alif. Alif gagahi juga makan sahur walaupun masih rasa mengantuk. Dia makan nasi dengan hanya berlaukkan kicap . Nek Timah hanya duduk disebelah Alif. 

ALIF 
Nek dah sahur? 

Nek Timah terdiam dan berfkir seketika. 

NEK TIMAH 
Dah.. Baru sekejap tadi.. 

ALif terus makan nasi itu. 

ALIF 
Nenek , raya berapa hari lagi? 

NEK TIMAH 
Emm .. Empat atau lima hari lagi. Kenapa Cu? 

ALIF 
Em tak ada apa apa... Esok sekolah dah mula cuti. 

Alif terus makan. Nek Timah hanya minum air kosong sahaja. 

CUT TO: 

SC 5 : KAWASAN RUMAH ALIF / SUBUH 
WATAK : ALIF 

Kelihatan ALif sedang mengambil air dari perigi dengan menarik baldi yang diikat dengan tali itu. Kelihatan baldi yang ditarik itu telah berlubang lubang. Banyak air yang keluar dari lubang sebelum sempat mengenai badan Alif. 

CUT TO: 

SC 6 : BILIK ALIF / SUBUH 
WATAK : ALIF 

Alif masuk kedalam biliknya sambil menggigil kesejukkan. Ia terus membuka almari bajunya dan mengeluarkan pakaian seragam sekolahnya yang lusuh Mata Alif terlihat sepasang baju melayu yang tergantung kemas di dalam almari itu. Dia meletakkan baju sekolahnya ketepi dan mengeluarkan baju melayu itu lalu mengenakan pada badannya. Kelihatan baju melayu itu sudah lusuh dan begitu kecil dengan dirinya. Alif menghela nafas panjang dan wajahnya muram. Ia menggantung semula baju itu kedalam almari. 

CUT TO: 


SC 7 : RUMAH ALIF / SUBUH 
WATAK : ALIF DAN NEK TIMAH 

Alif keluar dari biliknya dan terlihat Nek Timah yang sedang duduk di hadapan pintu rumah itu. Nek Timah seakan akan mendengar tapak kaki Alif berjalan kearahnya dan dia terus tersenyum. 


NEK TIMAH 
Nenek nak ke kedai Leman. Bolehlah nenek temankan Alif setengah jalan nanti. 
Alif tersenyum memandang Nek Timah. 

ALIF 
Em.. dah lama Nenek tak teman Alif. 

Mereka berdua ketawa kecil. Alif terus memimpin tangan Nek Timah dan mereka keluar dari situ. 

CUT TO: 

SC 8 : SEBATANG JALAN / PAGI 

WATAK : ALIF DAN NEK TIMAH 

Kelihatan sebelah tangan Nek Timah memegang tongkat dan sebelah tangannya lagi dipimpin oleh Alif menuju kearah kedai runcit Leman . 
Alif sering melihat kearah kasut sekolahnya yang bocor didepan sehingga boleh menampakkan ibu jari kakinya pada stokin yang juga koyak. Namun Alif melemparkan pandangannya jauh sambil ia jalan memimpin Nek Timah. 

CUT TO: 

SC 9 : SEBATANG JALAN RAYA / PAGI 
WATAK : ALIF , NEK TIMAH , EDIE , HAFRIZ, FARIZ DAN CIKGU AZHARI 

Kelihatan Edie , Hafriz dan fariz sedang menaiki basikal di jalan itu. Sambil menunggang basikal mereka juga bergurau secara kasar dengan menendang tayar kawan mereka supaya jatuh. Kelihatan kenakalan mereka diselangi dengan gelak ketawa. Tiba tiba Hafriz seakan terlihat sesuatu dan memberi insyarat pada Edie dan Fariz. 

HAFRIZ 
Kau nampak tak apa yang aku nampak? 

Mereka terus memberhentikan basikal masing masing. 

Kelihatan mereka sedang melihat Alif yang sedang memimpin Nek Timah. Edie , Hafriz dan fariz membisikkan sesuatu dan kemudian mereka ketawa sambil memberikan high five . Mereka terus memecut laju basikal mereka dan menghampiri Alif dan Nek Timah. Edie dengan sengaja melanggar lopak dan menyebabkan air terpercik ke arah Alif dan Nek Timah. 

Nek Timah yang terkejut terus menjerit. Edie , Hafriz dan Fariz terus ketawa sekuat hati mereka. 

EDIE 
Dah lah Nenek dia buta.. Dia pulak cacat... Elok lah tu... 

Alif melepaskan tangannya dari memimpin tangan Nek Timah terus ingin mengejar Edie, hafriz dan fariz. Tanpa Edie, hafriz dan fariz sedari kejadian itu diperhatikan oleh Cikgu Azhari yang sedang menunggang motosikal . 

NEK TIMAH 
Alif... Alif... 

Kelihatan Nek Timah meraba raba mencari Alif. Mendengar panggilan Nek Timah Alif terus berhenti dari mengejar dan terus memimpin kembali tangan Nek Timah. Edie , Hafriz dan Fariz mencemekkan muka kearah Alif dan ketawa sekuat hati . Alif merenung tajam kearah mereka. Cikgu Azhari kelihatan geram dan marah. Dia terus berlalu dari situ. 

ALIF 
Nek tak apa apa...? 
NEK TIMAH 

Nek tak apa apa . Alif? 

Kelihatan Alif memandang kearah baju sekolahnya yang dipenuhi dengan air lopak yang kotor itu. 

ALIF 
Tak apa apa Nek? 

Alif menyapu sedikit kekotoran pada baju Nek Timah dan kemudian mereka berlalu dari situ. Di satu arah kelihatan cikgu Azhari berang terlihatkan kejadian tersebut. 
CUT TO: 

SC 10 : HADAPAN KEDAI LEMAN / PAGI 
WATAK : ALIF DAN NEK TIMAH 

Alif dan Nek Timah sampai dihadapan kedai Leman . Kelihatan kedai Leman masih belum dibuka. 

ALIF 
Belum buka lagi Nek. 

NEK TIMAH 
Tak apalah. Alif pegi sekolah dulu. Biar Nenek tunggu sampai dia buka kedai ni ya? 

ALIF 
Macam mana Nenek nak balik nanti. 

NEK TIMAH 
Alah bukannya Nenek tak biasa jalan di kampung ni.Pegi sekolah cepat nanti lewat pulak. 

ALIF 
Baik Nek. 

ALif mencium tangan Nek Timah dan berlalu dari situ. Nenek Timah meraba raba mencari tempat untuknya duduk sambil menunggu Leman. 

CUT TO: 


SC 11 : KELAS BILIK PENGETUA / PAGI 
WATAK : ALIF ,EDIE, HAFRIZ , FARIZ, CIKGU AZHARI 
DAN PELAJAR LAIN 


Alif masuk ke dalam bilik pengetua. 
Kelihatan Edie, hafriz dan fariz sedang berdiri sambil merenung tajam kearah Alif. 


CIKGU AZHARI 
Apa tunggu lagi? Cepat minta maaf!! 


Kelihatan masing masing memberi insyarat supaya memulakan dulu. 


CIKGU AZHARI (CONT'D) 
Cepat!! 


Edie, hafriz dan fariz 
Kami mintak maaf Alif.... 
(nada tidak bersungguh sungguh) 


Alif hanya terdiam. 


CIKGU AZHARI (CONT'D) 
Cikgu tak mahu ada gejala samseng dan buli didalam mahupun diluar kawasan sekolah. Ini amaran cikgu yang terakhir. Jika kamu buat lagi Cikgu akan adukan pada pengetua. Kita semua....(adlib nasihat yang semakin fading) 


Edie, hafriz dan fariz berdiri sambil memasamkan muka. Kelihatan mata mereka merenung Alif dengan penuh dendam. 
Alif duduk dan tidak menghiraukan mereka. Cikgu Azhari mengelengkan kepalanya. 


CUT TO: 


SC 12 : KEDAI LEMAN / PAGI 
WATAK : NEK TIMAH, AISHAH, TAPA DAN LEMAN 


Nek Timah menunggu sambil duduk dahadapan kedai Leman. Tidak lama kemudian pintu kedai Leman dibuka perlahan lahan. Nenek Timah yang mendengar bunyi itu terus bangun perlahan lahan. 


LEMAN 
Awal pagi ni Nek Timah? 


Nek Timah hanya tersenyum . 


NEK TIMAH 
Aku.. Aku.... 


Belum sempat Nenek Timah bersuara Leman terus memintas . 


LEMAN 
Saya mintak maaf lah banyak banyak Nek. Saya tak boleh nak bagi hutang lagi pada Nek? Hutang Nek dah banyak. Kata.. si Leha nak bayar. Tapi sampai sekarang, dia pun tak balik balik kampung. 


Nek Timah tertunduk malu. Kelihatan Tapa berjalan masuk kedalam kedai. Dia tidak perasan akan Nek Timah dan terus masuk kedalam kedai dan membelek belek roti untuk dibeli. 


LEMAN (CONT'D) 
Saya bukannya kejam nek? Saya pun ada anak bini. Kalau asyik bagi hutang aje macam mana kami nak hidup. 


NEK TIMAH 
Tapi tolonglah kali ni aje Leman. Kalau tak boleh banyak. Kau kasi aku sikit beras pun cukuplah, buat cucu aku berbuka. 


Kelihatan Leman berfikir seketika. Ia berjalan perlahan lahan kearah bekas beras. Tiba tiba matanya terlihat isterinya Aishah yang sedang mengandung berdiri tegak dibelakangnya. Aishah membulatkan matanya kearah Leman seperti tidak membenarkan Leman memberikan beras pada Nek Timah. Leman menggaru kepalanya tanda serba salah. Aishah merenung tajam kewajahnya. 
Leman tidak jadi untuk mengambil beras dan kembali ke sisi Nek Timah yang sedang menunggu. 


LEMAN 
Maafkan saya Nek. Emm.. begini lah, kalau Nek dapat bayar sikit hutang tu. Saya sendiri akan bawa sikit barang dapur kerumah nenek ya... 


Nenek Timah tertunduk hampa. Namun masih mengukir senyuman pada Leman.Tapa yang mendengar perbualan Leman dengan Nek Timah kemudian terkejut melihat Nek Timah. 


NEK TIMAH 
Tak apa lah Leman. Aku faham. Terima kasih ya. 


Nek Timah berjalan lemah berlalu dari situ. Leman menghampiri Aishah. 


LEMAN 
Kesian orang tua tu. Awak tak kesian ke? 


AISHAH 
Kalau asyik kesiankan orang. Anak anak kita dan dalam perut ni siapa yang nak kesiankan bang. 


Tapa berfikir sesuatu. Dia menghampiri Leman. 


TAPA 
Itu Makcik Timah kan. 


LEMAN 
Ya. Kenapa? 


TAPA 
Tak ada apa apa. Em.. Beri saya beras sekilo. 


Leman tersenyum dan terus memasukkan beras kedalam plastik. 


CUT TO: 


SC 13 : SEBATANG JALAN / PAGI 
WATAK : NEK TIMA DAN TAPA 


Nenek Timah berjalan perlahan lahan sambil mengesat air matanya yang bergenangan. 
Tiba Tiba Tapa datang dan menyapanya. 


TAPA 
Assalammualaikum Makcik.. 


Nek Timah berhenti dari jalan dan berpaling kearah suara yang didengarnya. 


NEK TIMAH 
Waalaikumsalam... Em... em.. Tapa!! Tapa ke tu? 


TAPA 
Makcik masih kenal saya. 


Nek timah tersenyum. 


NEK TIMAH 
Makcik tak pernah lupakan kau Tapa. 


Tapa merenung wajah Nek Timah dengan perasaan sedih. 


NEK TIMAH (CONT'D) 
Mungkin kau hairan tengok Makcik sekarang ni.. 


TAPA 
Macam mana boleh jadi macam ni Makcik? 


NEK TIMAH 
Dah takdir Tapa.. 


Nek Timah hanya tersenyum Hambar. Tapa kemudian terus memberikan sebungkus beras ketangan Nek Timah. 


NEK TIMAH (CONT'D) 
Apa ni? 


TAPA 
Aa... Leman... Ya, leman suruh berikan pada Makcik masa saya singgah dikedainya tadi. 


Nek Timah tersenyum gembira. 


NEK TIMAH 
Alhamdullilah.. 


Tapa tersenyum melihat kegembiraan Nek Timah . 


NEK TIMAH (CONT'D) 
Lama tak jumpa kau Tapa. 


TAPA 
Balik raya Makcik.. 


NEK TIMAH 
Dah kahwin? 


Tapa hanya terdiam dan tersenyum. Mereka terus berlalu dari situ. 


CUT TO: 


SC 14 : HADAPAN SEKOLAH / SIANG 
WATAK : ALIF , EDIE, HAFRIZ ,FARIZ DAN EXTRA PELAJAR 


Kelihatan ramai pelajar sedang berjalan keluar dari kawasan sekolah. Edie, hafriz dan fariz sedang berbincang sesuatu . Tiba tiba Alif jalan keluar dari sekolah. Edie, hafriz dan fariz tersenyum sesama sendiri. 


CUT TO: 


SC 15 : RUMAH ALIF / SIANG 
WATAK : NEK TIMAH 


Kelihatan Nek Timah sampai dihadapan rumahnya. Ia menaiki tangga sambil memegang bag berisi beras itu. Est . Tiba tiba tangga yang dipijak oleh Nek Timah patah. Nek Timah jatuh dan plastik beras yang dipegangnya juga turut jatuh dan berterabur. 
Kelihatan beras bertaburan di merata rata. Kepala Nek Timah terkena batu di tanah dan menyebabkan berdarah. 


NEK 
Ya Allah .. beras.... 


Nek Timah terus meraba raba dan menjumpai plastik beras yang bocor. Dia terus meraba raba mencari beras yang bertaburan di tanah itu. Tiba tiba Nek timah menyedari terdapat titisan darah yang menitis ke wajahnya . Nek Timah memegang kepalanya yang berdarah. 


CUT TO: 


SC 16 : TEPI JALAN / SIANG 
WATAK : ALIF , EDIE, HAFRIZ DAN FARIZ DAN CIK EMBUNG 


Alif jatuh ketanah dan kelihatan hidungnya berdarah Edie, hafriz dan fariz terus mendapatkan Alif dan terus membelasah Alif dengan teruk sekali. 


EDIE 
Berani kau baritahu cikgu ye? 


FARIZ 
Dah lah cacat... Tak sedar diri. Macam mana boleh masuk sekolah pun tak tau. 


ALIF 
Aku cacat anggota bukan cacat akal. 


HAFRIZ 
Berani jawab lagi tu? 


Mereka terus membelasah Alif. 


EDIE 
Sebabkan kau cacat lah mak dan ayah kau buang kau tau tak!!! 


ALIF 
Ibu, ayah aku tak buang aku. Mereka pergi kerja. 


FARIZ 
Pergi kerja apa, dah berkurun tak balik balik. 


ALIF 
Mereka tak buang aku mereka sayang aku. 


Mereka terus memukul Alif. Oleh tidak tertahan sakit Alif cuba mempertahan dirinya dan menolak Edie. Tiba tiba Edie terjatuh dan tangannya luka. 


EDIE 
Tak guna... 


Dengan perasaan marah Edie bangun dan ingin memukul Alif dengan lebih teruk. Tiba tiba Cik Embung yang sedang melalui jalan itu terus menjerit kearah mereka. 


CIK EMBUNG 
Oi budak budak korang buat apa tu ha!!! 


Edie, hafriz dan fariz terkejut dengan teguran Cik Embung itu. 


HAFRIZ 
Oi cepat, cepat lari... 


Kelihatan Cik Embung berlari menghampiri mereka. 


FARIZ 
Cepat blah Edie!!! 


Kelihatan Edie yang masih memegang kolar baju Alif melepaskannya. 


EDIE 
Siap kau!!! 


Hafriz dan Fariz menarik Edie. Mereka kemudian cepat cepat berlalu dengan basikal masing masing. 
Cik Embung membantu Alif untuk bangun 


CIK EMBUNG 
Ya Allah sampai berdarah dibuatnya. Memang tak guna betul anak tok ketua tu. 


Alif bangun perlahan lahan sambil dipimpin oleh Cik Embung. 


CUT TO: 


SC 17 : RUMAH ALIF / SIANG 
WATAK : ALIF , NEK TIMAH DAN CIK EMBUNG 


Nek Timah baru selesai dari mencari beras di atas tanah. Dia duduk berehat sebentar di hadapan rumahnya. Kelihatan beras itu banyak tercampur dengan pasir. Cik Embung dan Alif sampai dihadapan rumah Alif.Alif terus mendapatkan Nek Timah. Dia terkejut melihat kesan darah didahi Nek Timah. 


ALIF 
Kenapa ni Nek? 


NEK TIMAH 
Ala sikit aje!! Tak ada apa apa lah. 


CIK EMBUNG 
Kenapa tu Kak. Jatuh ke? 


NEK TIMAH 
Embung kau ke tu? 


CIK EMBUNG 
Ya kak? Apa lah nasib Kak dengan Alif ni. Asyik ditimpa malang saja. Tadi Alif berdarah sekarang kakak pulak. 


NEK TIMAH 
Apa Alif berdarah? 


ALIF 
Tak ada apa apa lah Nek . Masa Alif balik sekolah tadi terjatuh. Tak berdarah pun . 


ALif memberi insyarat kepada Cik Embung supaya tidak memberitahu hal sebenar pada Nek Timah. 
Cik Embung menyerahkan bakul berisi kuih kepada Alif. 


CIK EMBUNG 
Banyak kuih tak habis dua tiga hari ni Kak? 


NEK TIMAH 
Asyik hujan aje Embun. 


CIK EMBUNG 
Tak apa lah Kak. Kalau kuih saya tak habis jual hari ni, lebihnya Kak buat untuk berbuka sahaja lah ye? 


NEK TIMAH 
Terima kasih Embung. Kau banyak tolong aku. 


CIK EMBUNG 
Apa pulak saya tolong Kakak. Kakak lah yang tolong saya. Saya ni kalau bab buat kuih tak ada masalah.. tapi bab nak pergi jual ni, malas sikit. 


ALIF 
Isyaallah Makcik, kami akan cuba jual sampai habis kuih makcik hari ni. 


CIK EMBUNG 
Esok saya beri upahnya ye Kak. Hari ni nak guna duit sikit nak buat kuih raya. Kakak dah ada kuih raya? 
Nek Timah hanya tersenyum hambar. 


NEK TIMAH 
Em.. Alif kamu pergi mandi dulu lepas tu kita pegi jual kuih ni ya cu.. 


ALIF 
Baik Nek. 


Alif terus berlalu dari situ. Cik Embung terlihat kearah beras yang bercampur dengan pasir itu. 


CIK EMBUNG 
Kenapa ada pasir dalam beras tu kak? 


NEK TIMAH 
Oh tadi jatuh , aku kutip. Tau sajalah aku ni tak nampak, mana satu beras mana satu pasir. 


CIK EMBUNG 
Beli beras lain aje lah Kak. 


NEK TIMAH 
Tak payahlah Embung.Elok lagi ni... 


Cik Embung kasihan melihat beras yang bercampur pasir itu. 


CIK EMBUNG 
Em.. biar saya asingkan. 


Nek Timah tersenyum apabila Cik Embung mengambil beras itu dan membantunya mengasingkan beras dan pasir. 


CUT TO: 


SC 18 : RUMAH TAPA / SIANG 
WATAK : TAPA DAN ZAITON 


Kelihatan Tapa sedang termenung di tingkap rumahnya dan memandang keluar. 


ZAITON 
Apa yang kau menungkan tu Tapa? 


Tapa tersedar dari lamunannya. 


TAPA 
Tak ada apa apa lah mak. Saja tengok tengok ke luar. Dah banyak berubah kan Mak. 


ZAITON 
Bagi orang yang dah lama tak balik, memang nampak banyak perubahan. Bagi mak biasa saja. 
Tapa tidak menghiraukan kata kata ibunya itu. 


ZAITON (CONT'D) 
Mak ingat dah bertahun tahun kau di Amerika tu. Dapat lah mak merasa menantu orang putih. Tapi tak ada... Kenapa kau tak nak kahwin kahwin lagi Tapa? 


TAPA 
Dah berapa kali Tapa cakap. Kerja Tapa banyak di sana tu. Mana ada masa nak cari calon isteri. 


ZAITON 
Atau kau masih ingatkan Zaleha? 


Tapa terdiam dan melontar pandangannya ke luar. 


TAPA 
Macam mana dengan Leha dan Azman? Dah ada berapa orang anak ? 


Zaiton berdiri dan menghampiri tingkap rumah dan menghela nafas panjang. 


ZAITON 
Azman tinggalkan Leha sebaik saja Leha selamat melahirkan seorang anak lelaki? 


TAPA 
Apa? 


ZAITON 
Anak yang Leha lahirkan tu cacat. Azman tak dapat terima hakikat dan terus tinggalkan Leha dan budak tu macam tu saja. Lepas setahun , Leha tuntut cerai di mahkamah. 


Tapa mendengar penjelasan ibunya dengan kusyuk sekali. 


ZAITON (CONT'D) 
Tak lama lepas tu Leha ke Kuala Lumpur, nak cari kerja katanya. Mula mula tu ada juga dia hantar duit dan balik jenguk jenguk Timah dengan anaknya tu. Tapi sejak lima tahun kebelakangan ni dia langsung tak hantar berita. 


Tapa kelihatan kegeraman mendengar penerangan Zaiton itu. 


ZAITON (CONT'D) 
Timah terpaksa ambik upah jual kuih Si Embung untuk sara hidup dia dan cucu dia tu. Alif cucu dia tu, walaupun cacat tak berpeluk tubuh saja. Dia pun tolong Timah jual kuih masa balik sekolah. 


TAPA 
Sejak bila Makcik Timah tu tak boleh nampak? 


ZAITON 
Mula mula tu dia sakit rabun sikit aje. Tapi asyik menangis hari hari sampai satu hari tak nampak terus. Mungkin dia asyik teringatkan Leha tu. 


TAPA 
Tak guna punya jantan. Perngorbanan aku sia sia saja selama ni!! 




ZAITON 
Sudah lah Tapa. Lupakan sajalah Leha tu.Dia yang minta putuskan pertunangan dengan kau supaya dapat dia kahwin dengan Azman. Kau dah lupa Ke ? 


TAPA 
Tak mungkin Tapa lupakannya Mak.. 


Tapa termenung jauh. 


CUT TO: 


SC 19 : RUMAH TOK KETUA / SIANG 
WATAK : TOK KETUA , ARAH , EDIE DAN EXTRA 


Kelihatan Tok Ketua sedang membaca surat khabar di ruang tamu rumah. Tidak jauh darinya kelihatan Arah sedang berbual bual bersama beberapa orang extra wanita sambil mereka semua membelek belek kain kain yang dijual oleh extra 1. 


EXTRA 1 
Buat apa nak pilih pilih lagi Arah , ambik saja dua dua tu. Hujung bulan bayar lah... 


Arah tersenyum mendengar kata kata extra 1. 


TOK KETUA 
Ha elok lah tu.. kenapa tak diambil semuanya sekali. Hujung bulan duit saya yang keluar bukan duit awak. 


Arah mencemekkan muka kearah Tok Ketua. 


ARAH 
Alah abang ni. 


Tiba tiba Edie masuk kedalam rumah . Arah yang terpandang kearah Edie terkejut melihat luka ditangannya itu. 


ARAH (CONT'D) 
Edie.. Apa kena dengan tangan kamu tu? Mari sini Mak tengok.. 


Edie tergamam dengan pertanyaan ibunya. Dia kemudian menghampiri ibunya . 


ARAH (CONT'D) 
Ya Allah. Teruk luka kamu ni. Kena apa ni? 


EDIE 
Em.. Em... 


TOK KETUA 
Jatuh lah apa lagi.Hai.. Tak ada lah teruk sangat. Awak ni jangan nak manjakan sangat budak tu. 


ARAH 
Tak teruk kata awak. Awak tengok betul betul.. Awak ni tak sayang anak ke? 


Tok ketua tidak menghiraukan mereka dan terus membaca surat khabar. 


ARAH (CONT'D) 
Cakap dengan mak kena apa ni? 


EXTRA 2 
Mesti bergaduh ni.. 


ARAH 
Betul kamu bergaduh? Dengan sapa? Lebih baik kamu cakap.. Siapa yang buat kamu ni .. Cakap!!! 


EDIE 
Em.. Em.. Aa.. Alif mak... 


ARAH 
Apa Alif? Budak cacat tu? Memang nak cari nahas budak tu. Jom ikut mak? 


TOK KETUA 
Kamu nak kemana tu Arah ? Jangan kamu percaya sangat dengan si Edie tu. Tanya dulu betul betul. Takkan lah si Alif tu nak pukul dia. Cuba bawa bersabar sikit. 


ARAH 
Nak sabar macam mana lagi bang. Saya sendiri tak pernah pukul anak saya. Ini dah melampau. Jom. 


Arah menarik tangan Edie. Edie hanya menurut kemahuan ibunya itu dan mereka berlalu dari . Extra lain terpinga pinga ditinggalkan begitu sahaja. 


TOK KETUA 
Arah..!! Arah!! 


Tok Ketua menyambar kopiahnya dan meluru turun dan berlalu pergi. 


EXTRA 1 
La... Kain ni macam mana? 


EXTRA3 
Nanti ajelah. Cerita ni lagi bagus. Jom. 


Mereka semua turut keluar dari situ. Extra 1 kelam kabut menyimpan kainnya semula di dalam bag dan keluar dari situ. 


CUT TO: 


SC 20 : RUMAH ALIF / SIANG 
WATAK : ALIF , NEK TIMAH, CIK EMBUNG, ARAH, TOK KETUA DAN EDIE 


Kelihatan Nek Timah masih berbual dengan Cik Embung. 


CIK EMBUNG 
Dah habis... Pasir yang sikit sikit tu kalau dicuci nanti habislah. 


NEK TIMAH 
Terima kasih Embung. 


Alif keluar dan menghampiri Nek Timah. 


ALIF 
Jom Nek.. 


CIK EMBUNG 
Ha elok lah tu saya pun nak ke kedai beli barang buat kuih. 


Belum sempat mereka beredar kelihatan Arah yang berjalan dengan sangat marah membawa Edie menghampiri Alif dan Nek Timah. 


ARAH 
Alif.. Berani kau pukul anak aku sampai berdarah!!! 


NEK TIMAH 
Siapa tu? 


CIK EMBUNG (BERBISIK) 
Arah.. bini tok ketua.. 


NEK TIMAH 
Ada apa ni Arah? 


ARAH 
Jangan tanya saya? Tanya lah cucu Kak yang kurang ajar tu.. 


Nenek Timah terkejut dengan kata kata Arah itu. Alif hanya terdiam. 


ARAH (CONT'D) 
Tengok lah tu, orang salah mana berani cakap. Oi budak, berani kau buat anak aku sampai berdarah, tak padan dengan cacat . Aku ni mak dia , jentik pun tak pernah kau tau tak? 


Cik Embung menggelengkan kepala melihat kemarahan Arah itu. 


ARAH (CONT'D) 
Kurang ajar punya budak. Mak bapak kau tak ajar kau adat ke hah? Mari sini aku tolong ajar!! 


CIK EMBUNG 
Arah !!! 


ARAH 
Kau jangan masuk campur Embung!!! 


ARAH (CONT'D) 
Kak,tolong jaga sikit cucu kakak ni. Sedarlah sikit, kalau tak kerana ehsan suami saya, dah lama kakak dengan cucu akak ni merempat . Harapkan anak kak yang tak guna tu.. jangan harap. 


ALIF (MARAH) 
Makcik..!!! 


ARAH 
Oh kau nak tunjuk "terror" kau pada aku pulak ya.. 


Edie hanya tersenyum sinis dan gembira kerana dapat mengenakan Alif . 


ARAH (CONT'D) 
Kau sedar tak rumah yang kau duduk tu atas tanah apa? Itu tanah wakaf keluarga aku. Suami aku yang pujuk orang kampung suruh buat rumah dan bagi korang duduk free. Tak kenang jasa punya orang . 


Tiba tiba Tok Ketua datang dan menghampiri mereka. Ini diikuti oleh extra extra yang berada dirumah Tok Ketua sebelumnya. 


TOK KETUA 
Apa kau buat kecoh di rumah orang ni Arah. Jom kita balik.. 


ARAH 
Saya tak nak balik. Saya tak boleh sabar dengan orang yang menganiaya anak saya. 


Nek Timah bergenangan air mata. Dia berpaling pada Alif yang berada di sisinya. 


NEK TIMAH 
Alif. Baik kamu minta maaf dengan anak Makcik Arah tu cepat.. 


ALIF 
Tapi... 


NEK TIMAH 
cakap cepat!!!! Siapa ajar kau jadi kurang ajar ni hah!! 


CIK EMBUNG 
Sabar Kak.. Sebenarnya... 


Belum sempat Cik Embung menjelaskan kisah yang sebenar Nek Timah terus memukul Alif dengan kuat sekali. 


NEK TIMAH 
Keluarga aku tak ada yang kurang ajar... tak kenang budi. Cepat mintak maaf Alif. 


Alif hanya mendiamkan diri dan hanya berdiri kaku apabila dipukul oleh Nek Timah. Air mata Alif bergenangan di pipinya. Nek Timah terus memukul Alif dengan menggunakan tongkatnya. Arah dan Edie tersenyum puas. Tok Ketua dan extra terpinga pinga. Melihat Alif teruk dipukul Cik Embung menahan Nek Timah dari terus memukul ALif. 


CIK EMBUNG 
Sudah lah Kak. Cukup. Semua ni bukan salah Alif.. 


Nek Timah terus berhenti dan terkejut mendengar kata kata Cik Embung itu. Edie mulai takut. 


CIK EMBUNG (CONT'D) 
Edie yang pukul Alif dengan kawan kawan dia masa dia balik sekolah tadi. Saya nampak dengan mata kepala saya sendiri. 


Arah terkejut mendengar kata kata Cik Embung itu dan memandang kearah Edie. Edie tertunduk diam seribu bahasa. 


CIK EMBUNG (CONT'D) 
Kalau saya tak ada tadi , masuk hospitallah cucu Kakak tadi dikerjakan anak Arah tu. 


TOK KETUA 
Betul ke semua ni Edie. 


Edie hanya tertunduk. 


CIK EMBUNG 
Alif tolak Edie untuk pertahankan diri dia dari kena belasah lebih teruk lagi. Bukannya teruk pun luka Edie, kalau nak dibandingkan dengan luka pada Alif dibelasah anak kau tu Arah.. 


TOK KETUA 
Ha... Kau dengar tu Arah. Buat malu aku saja jadi ketua kampung, kalau bini sendiri gila kuasa. Kau ingat kau boleh buat sesuka hati kau? Kau tu yang kena ajar anak kita adat. Dan kau Edie... 


Tok Ketua terus menghampiri Edie dan menampar mukanya dengan kuat. Arah hanya tunduk ke bumi. 


TOK KETUA (CONT'D) 
Pergi minta maaf pada Alif Cepat. Ayah tak mahu kau buat perangai samseng kau lagi. Cepat!!!! 


Edie berjalan perlahan lahan sambil memegang pipinya yang sakit ditampar oleh Tok Ketua. Dengan wajah yang marah dan tidak ikhlas dia menghampiri ALif. 


EDIE 
Sorry... 


TOK KETUA (MARAH) 
Edie!!! 


Edie takut dengan teguran ayahnya. 


EDIE 
Aku minta maaf. 


ALif hanya mendiamkan dirinya. Sambil air mata bergenangan kerana sakit dipukul oleh Nek Timah. 


TOK KETUA 
Ha.. Kamu pulak Arah. Cepat pergi minta maaf dari Kak Timah. 


Arah tidak menghiraukan kata kata Tok Ketua . 


ARAH 
Walau macam mana pun, cucu dia tetap lukakan anak kita. Buat apa saya nak minta maaf. 


Arah terus berlalu dari situ dengan angkuh sekali. Semua yang ada berbisik sesama sendiri melihat tindakan Arah itu. Tok Ketua menggelengkan kepala dan menghampiri Nek Timah dan ALif. 


TOK KETUA 
Saya minta maaf bagi pihak anak dan isteri saya. Saya betul betul minta maaf. 


Tok Ketua terus berlalu dari situ. Nek Timah terus memeluk Alif. 


NEK TIMAH 
Alif.. Maafkan Nek Lif. 


Semua yang ada terdiam sambil melihat kesedihan Nenek Timah yang merasa bersalah kerana memukul Alif yang tidak bersalah. 


CUT TO: 


SC 21 : RUMAH ALIF / PETANG 
WATAK : ALIF DAN NEK TIMAH 


Keadaan samar samar di rumah itu kerana hanya diterangi oleh lampu pelita. Kelihatan Alif tidur melentang . Air mata bergenangan pada kelopak mata Alif yang tertutup itu. Est luka di belakang badan Alif kerana dipukul oleh Nek Timah pada siang tadi. Nek Timah menghampiri ALif berlahan lahan sambil membawa sepiring minyak urut. Nek Timah meraba raba luka pada badan ALif. Air matanya terus bergenangan. 


NEK TIMAH 
Kenapa kau tak cakap yang kau tak bersalah Cu...Kenapa? 


Nek Timah mencelup jarinya kedalam minyak dan perlahan lahan melumurkan ke badan Alif. Alif yang sedang tidur sedikit sebanyak mengaduh perlahan seperti merasa sakit apabila diletakkan minyak oleh Nek Timah. Nek Timah sayu dan sebak. Tiba tiba terdengar kalimah "ibu" perlahan keluar dari mulut Alif dalam tidurnya. 


ALIF (BERBISIK) 
Ibu..... 


CUT TO: 


SC 22 : RUMAH ZALEHA / PETANG 
WATAK : ZALEHA DAN DATO SHARIF 


Kelihatan Zaleha sedang mengenakan make up. Tiba tiba dia seakan akan terdengar suara Alif memanggil namanya. Dia berpaling dan mencari suara itu. 


ZALEHA 
Alif.... 
Kelihatan bilik itu kosong. Tiada orang lain selain dirinya. 


Zaleha mengeluh panjang. Dia merenung wajahnya di cermin meja solek. Tidak lama kelihatan air matanya bergenangan. Tiba tiba Dato Sharif masuk kedalam bilik itu. Dengan pantas Zaleha menyapu air matanya dan terus mengenakan bedak pada bekas air mata di pipinya itu. 


DATO SHARIF 
Wow cantiknya isteri Abang. 


Zaleha bangun dan memperagakan dirinya dihadapan Dato Sharif. Est Zaleha yang tersenyum manja. 


ZALEHA 
Terima kasih.. 


DATO SHARIF 
Dah siap ke? Nanti lewat pulak. 


Zaleha menghampiri Dato Sharif dan mereka keluar dari situ. 


CUT TO: 


SC 23 : DALAM RUMAH ANAK ANAK YATIM / PETANG 
WATAK : ZALEHA , DATO SHARIF , PENGETUA 


Kelihatan kedatangan Zaleha dan Dato Sharif disambut baik oleh pengetua. Dato Sharif duduk di depan meja pengetua 


PENGETUA 
Terima kasih atas sumbangan Dato. Setiap kali menjelang raya pasti Dato akan memberi anak anak ini cahaya harapan dan kegembiraan. 


DATO SHARIF 
Mereka juga berhak untuk menyambut raya. 


PENGETUA 
Bertuah anak anak Dato dan Datin... 


DATO SHARIF 
Anak anak saya dah besar. Dah masuk Universiti pun. Bertahun tahun di London tak balik balik. Jadi pada budak budak ni lah saya curahkan kasih sayang saya. 


Kelihatan Zaleha termenung jauh mengingatkan ALif dan Nek Timah. Tiba tiba seorang anak yatim sebaya Alif yang cacat kaki masuk membawa fail ke ara pengetua. 


BUDAK CACAT 
Ini failnya ayah. 


PENGETUA 
Terima kasih. 


Dato Sharif dan Zalea memerhatikan sahja. 


DATO SHARIF 
Nama adik siapa? 


BUDAK CACAT 
Alif. 


ZAleha tergamam. Wajahnya beruba. Ia melihat budak tersebut atas bawah. Tiba-tiba air matanya bergenang. Dato Sharif menghampiri Zaleha dan hairan melihat Zaleha bergenangan air mata. 


DATO SHARIF 
Kenapa ni Zee? 


Zaleha terkejut dengan sapaan Dato Sharif itu. Dan berlakon seperti pening kepala. 


ZALEHA 
Zee rasa macam tak sedap badan lah Bang. 


DATO SHARIF 
Kalau macam tu. Lebih baik kita balik. 


ZALEHA 
Tak apa bang. Sikit aje ni. Takkan nak tinggalkan majlis ni macam tu aje? 


PENGETUA 
Tak apa Datin. Kesihatan Datin mesti diutamakan dulu. 


DATO SHARIF 
Saya pulang dulu. 


PENGETUA 
Baiklah.. Terima kasih banyak Datok.. Datin.. 


DATO SHARIF 
Sama sama. 


Dato Sharif memimpin Zaleha dari situ. Pengetua hanya memerhatikan mereka berlalu. 


CUT TO: 


SC 24 : RUMAH ZALEHA / PETANG 
WATAK : ZALEHA DAN DATO SHARIF 


Zaleha masuk kedalam ruang tamunya dan terus merebahkan diri di atas sofa yang mewah itu. 


DATO SHARIF 
Zee, lebih baik awak berehat. Saya nak telefon Doktor Adi sekejap. 


ZALEHA 
Tak payah lah Bang. Saya tak apa apa... 


DATO SHARIF 
Betul? 


ZALEHA 
Iya.. 


DATO SHARIF 
Comel betulkan budak budak tu. Kesian tak ada keluarga untuk sambut raya. 
Zaleha terdiam mendengar kata kata Dato Sharif. 


DATO SHARIF (CONT'D) 
Itu lah anak anak saya dah besar. Saya suruh awak mengandung, awak tak nak. Kan seronok kalau ada budak budak dalam rumah ni. Meriahlah sikit. 


ZALEHA 
Anak anak abang macam anak anak saya juga. Saya tak pernah anggap diorang anak tiri saya.. 


DATO SHARIF 
Itu abang tahu. Tapi Zee tak teringin ke ada anak sendiri. 


Zaleha terdiam seribu bahasa. 


ZALEHA 
Macam mana kalau anak yang Zee lahirkan tu cacat? Mesti abang akan buang Zee dan anak kita tu kan? 
Dato Sharif terkejut dengan kata kata Zaleha itu. Dia terus mendapatkan Zaleha. 


DATO SHARIF 
Kenapa Zee cakap macam tu. Jangan sekali kali cakap macam tu lagi. Abang sayangkan Zee. Abang takkan tinggalkan Zee walau apa pun yang berlaku. 


Zaleha menangis dipangkuan Dato Sharif. 


DATO SHARIF (CONT'D) 
Sudah lah .. Mungkin Zee fikir yang bukan bukan masa budak yang cacat tu datang pada Zee tadi. Jangan fikir hal ni lagi ye. Jom masuk tidur. 


Dato Sharif memimpin Zaleha masuk kedalam bilik dan terus menutup pintu bilik itu. 


CUT TO: 

SC 25 : RUMAH ALIF / SIANG 
WATAK : ALIF DAN NENEK 


pintu bilik Alif dibuka. Kelihatan Alif baru selesai mandi dan masuk ke biliknya dan memakai baju. Apabila memakai baju itu Alif mengaduh kerana baju itu terkena pada lukanya yang sakit. Nek Timah masuk ke bilik dan terdengar Alif mengaduh. 


NEK TIMAH 
Maafkan Nek Lif. Nek tak patut pukul Lif semalam. 


ALIF 
Tak apa Nek. Lupakan saja. Tak sakit pun.... 


Nek Timah terdiam . 


ALIF (CONT'D) 
Nek, Kenapa Ibu lama tak balik? Dia dah lupakan kita ke Nek? 


Nek Timah tergamam mendengar pertanyaan Alif itu. 


ALIF (CONT'D) 
Mungkin sebab ALif cacat, Ibu dan ayah tak nak Alif. Betul ke Nek? 


Nek Timah terus mendapatkan Alif dan memeluknya. 


NEK TIMAH 
Jangan sekali kali cakap macam tu ALif. Alif tak cacat. Alif cukup sempurna bagi Nek. 


Alif tertunduk. Matanya bergenangan air mata begitu juga dengan Nek Timah. 


NEK TIMAH (CONT'D) 
Ibu Alif mungkin sibuk. Tapi percayalah dia mesti rindukan Alif. Dia mesti balik bila dia ada masa nanti. 

Alif tersenyum hambar. 


NEK TIMAH (CONT'D) 
Cepat lah Lif kita kena pergi sekarang. Hari ni hari terakhir kita jual kuih untuk Cik Embung tu. Kita sambung menjual bila dah lepas raya nanti. 


ALIF 
Baiklah Nek. Sekejap lagi Alif keluar. Nak sikat rambut dulu. 


NEK TIMAH 
Baiklah Nek tunggu di luar ye. 


ALIF 
Baiklah nek.. 


Nenek Timah keluar dari bilik Alif. 


Alif terlihat akan baju raya yang tergantung di almarinya. Alif menghela nafas panjang. 


CUT TO: 

SC 26 : RUMAH TAPA / SIANG 
WATAK : ALIF , NEK TIMAH DAN ZAITON 


Nek Timah dan ALif berjalan di hadapn rumah Tapa. 


ALIF 
Kuih... Kuih... 


Tiba tiba kelihatan Zaiton muncul di jendela. 


ZAITON 
Timah.. Kejap.. 


Alif dan Nek Timah berhenti dihadapan rumah Tapa. Zaiton keluar dari rumah dan menghampiri Alif dan Nek Timah. 


ZAITON (CONT'D) 
Tapa dah balik... 


NEK TIMAH 
Aku tahu. Aku ada jumpa dia semalam. 


Alif hanya mendengar perbualan antara Nek Timah dan Zaiton. 


ZAITON 
Em.. Alif boleh tunggu di sana kejap tak? Makcik ada sesuatu nak cakapkan pada Nenek Alif ni.. 
Alif terdiam seketika. 


NEK TIMAH 
Pegilah... 


Alif berjalan ke bawah pokok dan menunggu di situ. 


NEK TIMAH (CONT'D) 
Ada apa Zaiton? 


ZAITON 
Begini Timah. Kau tahukan Tapa keluar negeri sebab merajuk.. merajuk pada Zaleha... 
Nek Timah terdiam seketika. 


ZAITON (CONT'D) 
Sampai sekarang dia masih ingatkan Leha. Aku bukannya apa. Aku teringin tengok Tapa kahwin sebelum aku tutup mata. Aku nak nanti bila aku tak ada , ada orang jaga dia. 


Nek Timah menghela nafas panjang. 


ZAITON (CONT'D) 
Niat aku, nak kahwin kan Tapa dengan Danina anak abang Long aku tu.. Ialah, senang kalau dia kahwin dengan sepupu dia sendiri, Anak buah aku tu pun memang dah lama sukakan Tapa tapi tak berani cakap. Inipun Abang Long aku bagi pendapat. 


NENEK TIMAH 
Aku setuju sangat dengan rancangan kau tu.Hilanglah sikit rasa bersalah aku pada Tapa dan kau . Kalaulah Leha tahu yang mana intan yang mana kaca. Mesti semua ni tak berlaku. 


Zaiton mendengar kata kata Nek Timah. 


NEK TIMAH 
Tapi apa yang boleh aku tolong Zaiton? 


ZAITON 
Begini.... 


Zaiton membisikkan sesuatu pada Nek Timah. Alif sedang termenung jauh. 


CUT TO: 


SC 27 : SEBATANG JALAN RAYA / PETANG 
WATAK : ALIF , NEK TIMAH TAPA DAN EXTRA 


Tapa berjalan seorang diri tiba tiba terlihat Nek Timah dan Alif yang sedang menjual kuih kepada beberapa orang extra. 


Tapa kemudian menghampiri Nek Timah dan ALif setelah semua Extra berlalu dari situ. 


TAPA 
Assalammualaikum. 


ALIF 
Waalaikumsalam. 


NEK TIMAH 
Tapa ke tu? 


TAPA 
Ya Makcik. 


Nek Timah hanya tersenyum. 


TAPA (CONT'D) 
Jadi ini lah Alif. 


ALIF 
Pakcik kenal ALif? 


TAPA 
Ramai orang cerita pada Pakcik, Alif ni budak yang paling pandai, paling baik,paling rajin di kampung ni.. Betul kan? 


ALIF 
Tak ada lah Pakcik. 


Alif tersenyum mendengar pujian dari Tapa itu. 


TAPA 
Banyak lagi kuih tu Makcik? 


NEK TIMAH 
Orang banyak dah balik kampung , sambut raya... 


TAPA 
Tak apa elok lah tu. Saya memang nak beli kuih banyak banyak nak hantar ke surau untuk moreh terawih malam nanti. 


ALIF 
Semua sekali? 


TAPA 
Ya semua. 


Alif tersenyum puas dan memasukkan semua kuih dalam plstik dan diserahkan pada Tapa. 


TAPA (CONT'D) 
Berapa? 


ALIF 
Kuih 30 biji ... Em sembilan ringgit Pakcik. 


Tapa mengeluarkan wang not RM 10 dan diserahkan kepada Alif. 


ALIF (CONT'D) 
Sepuluh ringgit.. balik seringgit. 


Nek Timah mencari duit yang diletakkan pada sapu tangan yang dipegangnya. 


TAPA 
Tak apa lah Makcik. Tak payah.. 


NEK TIMAH 
Tak boleh macam tu Tapa. Kuih ni bukan makcik buat. Kami cuma tolong jualkan aje. 


Nek Timah tetap berkeras dan menyerahkan RM 1 pada Tapa. 


NEK TIMAH (CONT'D) 
Terima kasih ye Tapa.. 


TAPA 
Sama sama Makcik. 


Tiba Tiba tanpa pengetahuan Nek Timah. Tapa perlahan lahan memasukkan wang not RM 10 dalam poket baju Alif. 


Alif terkejut dan belum sempat Alif berkata kata, Tapa menutup mulutnya dan memberi insyarat supaya diam. 


NEK TIMAH 
Baguslah dapat jumpa dengan kau Tapa.. Makcik ada benda nak bincangkan dengan kau.. 


TAPA 
Bincang apa Makcik? 


NEK TIMAH 
Em.. Alif, Alif balik dulu, nanti Nenek sampai. Nenek nak bincang dengan Pakcik Tapa sekejap ye. 


ALIF 
Baiklah.. 
Alif mencium tangan Nek Timah dan berlalu dari situ . 


CUT TO: 


SC 28 : DEPAN SEBUAH RUMAH/ SIANG 
WATAK : ALIF DAN EXTRA 


Kelihatan Alif berjalan jalan di pekan itu sambil memandang sekelilingnya. Tiba tiba matanya satu keluarga di sebuah rumah yang sedang sibuk mencuba baju Raya anak-anak mereka. 


Dia menjenguk jenguk di tingkap. Kelihatan sepasang suami isteri sedang memakaikan anak lelaki mereka baju melayu raya. Mereka kelihatan sungguh gembira sekali. Sesekali Alif juga turut ketawa kecil dan tersenyum melihat gelagat keluarga yang bahagia itu.Tiba tiba pemilik kedai itu terlihat akan Alif yang mencuri lihat dari tingkap. Alif ketawa sendirian. Alif melihat bajunya yang buruk. Ia melangkah kebelakang. 


Alif kemudian duduk di suatu tempat dan termenung memandang mereka disekelilingnya.Dia kemudian menghela nafas panjang . Sambil ia berlalu dari situ kelihatan banyak rumah yang telah menyalakan pelita. Tiba tiba ia terlihat akan sebuah pelita yang sudah bocor yang terdapat di dalam longkang berhampirannya. Alif terus mengambil pelita itu dan berlalu dari situ dan tersenyum puas. 


CUT TO: 

SC 29 : DIBAWAH SEBATANG POKOK / SIANG 
WATAK : NEK TIMAH DAN TAPA 


Tapa sedang berbincang sesuatu denagn Nek Timah. 


TAPA 
Apa .. Saya kahwin dengan Danina? 


Tapa kebingungan. 


NEK TIMAH 
Kamu setuju ajelah Tapa. Keluarga Pak Long kamu semuanya dah setuju. 


Tapa masih termenung jauh. 


TAPA 
Kenapa Mak tak cakap sendiri dengan Tapa? 


NEK TIMAH 
Makcik tahu , Makcik tak layak nak paksa Tapa kahwin . Siapalah Makcik ni. Sudahlah anak Makcik kecewakan Tapa. Mesti Tapa tak dapat maafkan kami lagi . 


TAPA 
Jangan cakap begitu Makcik . Saya dah anggap Makcik macam mak saya sendiri. 


NEK TIMAH 
Mak Tapa nak tengok Tapa bahagia. Dia nak pastikan ada orang jaga Tapa nanti. Kami dah tua. Tak tahu berapa banyak masa lagi untuk kami hidup. Sebelum kami pejam mata , impian kami untuk tengok Tapa mendirikan rumah tangga. 


Tapa sayu melihat Nek Timah yang memujuknya. Nek Timah bergenangan air mata. 


NEK TIMAH (CONT'D) 
Kalau betul kau dah maafkan Leha, maafkan Makcik..Setujulah. 


Tapa berfikir panjang. Nek Timah menghampirinya. 


NEK TIMAH (CONT'D) 
Demi Makcik... Demi Mak Tapa sendiri... 


Tapa terdiam dan termenung jauh. 
CUT TO: 


SC 30 : RUMAH ALIF / SIANG 
WATAK : ALIF DAN NEK TIMAH 


Alif sedang memasak nasi di dapur kayu. Kelihatan ia keluar sebentar dan mengutip pucuk ubi kayu di belakang rumahnya. Ia berlari masuk semula dan merebus pucuk ubi itu di dalam kuali. Setelah selesai masak. Alif menghidangkan nasi, pucuk ubi kayu dan kicap di atas lantai dan ditudungnya. Selepas itu dia meletakkan sebiji gelas, pinggan dan sebotol air kosong berhampiran makanan yang ditudung tadi. 


ALIF 
Nek , ALif dah siapkan makanan untuk kita berbuka nanti. 


NEK TIMAH 
Terima kasih Lif... Tadi Alif ke mana? 


ALIF 
Tak ke mana Nek. Saja saja jalan jalan ke pekan. Tengok orang nak sambut raya. 


NEK TIMAH 
Dah lama kamu tak ada baju raya baru. 


ALIF 
Tak payah Nek. Baju baru pun lama lama jadi buruk jugak. Lagipun baju raya yang ibu beli tu masih 
boleh dipakai lagi. 


Nek Timah hanya tersenyum hambar.Tiba tiba terdengar suara Cik Embung . 


CIK EMBUNG 
Assalammualaikum. 


Cik Embung terus masuk dan menghampiri Nek Timah dan Alif. 


NEK TIMAH 
Waalaikumsalam. 


CIK EMBUNG 
Pintu terbuka tadi saya terus masuk. 


NEK TIMAH 
Tak apa Embung. 


ALIF 
Hari ni kuih semua habis Makcik. 


NEK TIMAH 
Ha ini duitnya Embung. 


Nek Timah mengeluarkan sapu tangan yang mengandungi wang dan menyerahkan wang kepada Embung. 


CIK EMBUNG 
Alhamdullillah. Saya datang ni pun nak serahkan upah Makcik dan Alif jualkan kuih untuk saya. 


Cik Embung menyerahkan wang not RM 10 pada Nek Timah. 


NEK TIMAH 
Terima kasih. 


CIK EMBUNG 
Saya balik dululah nak pasangkan kain langsir raya. 


Nek Timah tersenyum. Alif perlahan lahan memandang kearah kain langsir tingkap mereka yang sudah kotor dan koyak. Cik Embung rasa bersalah dengan kata katanya itu. 


CIK EMBUNG (CONT'D) 
Em.. sayang kain langsir lama saya tu dah saya bagi pada adik saya. Kalau tak boleh bagi pada Makcik.


NEK TIMAH 
Terima kasih sajalah Embung. Lagi pun aku bukannya nampak, kalau kain langsir aku tu baru ke lama ke. 


Mereka ketawa kecil. 


CIK EMBUNG 
Sebelum saya lupa. Ini ada sikit kuih raya untuk Makcik dan Alif. 


Cik Embung menyerahkan sepinggan kuih raya yang tidaklah banyak kepada Nek Timah. 


NEK TIMAH 
Alhamdulliah. Dapat juga kita merasa kuih raya tahun ni ye Alif. 


Alif tersenyum gembira. 


CIK EMBUNG 
Saya balik dulu lah ye. 


NEK TIMAH 
Baiklah. 


Cik Embung terus berlalu dari situ. 


NEK TIMAH (CONT'D) 
Alif simpan duit ni dalam almari. 


Alif mengambil duit itu dan membuka almari biliknya. Dia meletakkan duit di bawah lipatan baju bajunya. Tiba tiba tangannya tercapai sesuatu. 


Alif terus mengeluarkannya. Kelihatan ditangannya terdapat sekeping gambar. 


ALIF (MONOLOG) 
Ibu.... 


CUT TO: 


SC 31 : SEBATANG SUNGAI/SIANG 
WATKA :ALIF / TAPA 


ALif duduk sambil memancing ikan di sunagi. Dari satu sudut, Tapa berjalan sendirian. Ia terlihat Alif di situ dan turus menghampiri Alif. 


TAPA 
Sorang je Alif? 


ALIF (TERKEJUT) 
Eh.. Pakcik Tapa. Sorang je. Pakcik buat apa kat sini. 


TAPA 
Saja jalan-jalan. Nak tunggu berbuka lambat lagi. Em Alif selalu datang sini. 


ALIF 
Dulu ibu selalu bawa Alif mandi kat sungai ni. 


TAPA 
Dah berapa lama Ibu tak balik tengok Alif? 


ALIF 
Emm.. Entah. alif pun dah lupa. 


TAPA 
Alif tak rindu pada Ibu. 


Alif hanya tunduk diam. 


TAPA (CONT'D) 
Apa kata kalau lepas raya nanti Alif ikut pakcik duduk Kuala Lumpur. 


ALIF 
Dekat dengan rumah ibu? 


Tapa menganggukkan kepalanya. 


ALIF (CONT'D) 
Tapi Macam mana dengan nenek? 


TAPA 
Kita bawa nenek Alif sekali. 


ALIF 
Nenek mesti tak mau. 


TAPA 
Tak apalah. Alif fikir dulu, ni Alif ambil kad pakcik. Kalau alif rasa alif mahu ikut pakcik ke kuala lumpur, Alif telefon pakcik. 


ALIF 
Terima kasih pakcik. 


TAPA 
Jomlah kita balik, HAri pun dah nak dekat magrib ni. 


Alif bangun sambil di bantu oleh Tapa. 


CUT TO: 


SC 32 : DEPAN SEBUAH HOTEL / PETANG 
WATAK : ZALEHA DATO SHARIF DAN EXTRA 


Kelihatan Dato Sharif dan Zaleha sedang menuju ke sebuah hotel untuk. Sesekali mereka bergurau senda. Tiba tiba datang sepasang extra suami isteri menyapa mereka. 


EXTRA 1 
Wow Datin Zee. You nampak cantik malam ni. 


ZALEHA 
Oh terima kasih. Datin pun apa kurangnya. 


EXTRA 2 
Beraya di mana tahun ni Dato. 


DATO SHARIF 
Kami mana ada kampung. Beraya di sini ajelah. Kami minta diri dulu, dah nak masuk waktu berbuka. 


EXTRA 2 
Ya datok, Datin... 


Zaleha kelihatan terdiam mendengar kata kata Dato Sharif. 


CUT TO: 


SC 33 : RUMAH ALIF / MALAM 
WATAK : ALIF DAN NEK TIMAH 


Est. pelita yang berada di sisi Alif. Alif dan nenek sedang berbuka puasa dengan berlaukkan kicap dan pucuk ubi kayu rebus. 
Tidak lama kemudian Alif mencuci tangannya. Dan terus mengangkat pinggannya. 


NEK TIMAH 
sikit aje kau makan . 


ALIF 
Tak ada selera lah Nek. 


Nek Timah menghela nafas panjang. 


ALIF (CONT'D) 
Nenek rasa Ibu balik tak raya ni? 


Nek Timah hanya terdiam. 


ALIF (CONT'D) 
Seronokkan kalau dapat raya dengan ibu dan ayah? Dulu walaupun tak pernah beraya dengan Ayah , ibu ada. Tapi sekarang... 


NEK TIMAH 
Nenek kan ada. 


Alif hanya terdiam. Tiba tiba air mata menitis dipipinya . Alif terus memeluk Nek Timah. 


ALIF 
Nek.. Alif terlalu rindukan Ibu.. 


Nek Timah terharu dengan kata kata Alif itu. Dia terus memeluk Alif sambil ia juga menangis. 


NEK TIMAH 
Sabarlah Cu.. nanti mesti Ibu Alif akan balik juga. 


Alif peluk dan menangis sepuas hatinya. Tidak lama selepas itu dia terus berlari keluar dari rumah. Nenek Timah sedih. air mata bercucuran di pipinya. 


CUT TO: 


SC 34 : HADAPAN RUMAH ALIF / MALAM 
WATAK : ALIF DAN TAPA 


Kelihatan Alif yang masih kelihatan sedih duduk dihadapan rumahnya sambil membelek belek pelita yang diambilnya dari longkang siang tadi. Alif cuba menampal kebocoran yang ada pada pelita itu. Tiba tiba Tapa yang baru pulang dari surau melalui hadapan rumah Alif. 


TAPA 
Buat apa tu? 


ALIF 
Oh pakcik... Tak ada apa apa.. 


Tapa menghampiri Alif. Dia melihat Alif yang sedang membaiki pelita yang sudah bocor itu lalu mengambilnya. 


TAPA 
Oh ini dah rosak teruk ni. 


ALIF 
Teringin ada pelita depan rumah ni. Baru rasa macam nak sambut raya sikit. Tengok rumah diaorang tu cantikkan? 


ALif menunjukkan rumah jirannya yang disinari dengan banyak lampu lampu berwarna warni dan lampu pelita. 


ALIF (CONT'D) 
Walau macam mana pun Alif nak ada pelita untuk raya kali ni. Sebiji pelita pun jadilah. Ingat nak ambil pelita ayam yang ada dalam rumah. Tapi tak kena lah pulak. 


Tapa kasihan melihat Alif. 


TAPA 
Macam ni. Apa kata Pakcik bawa balik pelita ni dulu. Pakcik cuba perbaiki. Alif jangan bimbang. Pakcik janji malam raya nanti rumah Alif mesti ada pelita.Ok? 


ALIF 
Terima kasih Pakcik. 


TAPA 
Pergi masuk tidur dah lewat ni. Pakcik Balik dulu ye. 


ALIF 
Selamat malam Pakcik. 


Alif mencium tangan Tapa dan terus masuk kedalam rumah. Tapa termenung jauh dan tidak lama kemudian dia berjalan pulang ke rumah. 


CUT TO: 


SC 35 : RUMAH ALIF / MALAM 
WATAK : ALIF DAN NEK TIMAH 


Kelihatan Nek Timah tidur di tempat tidurnya. Alif masuk perlahan lahan. Dia terus menghampiri almari bajunya. Dengan perlahan lahan Alif mengeluarkan Gambar Zaleha dan menciumnya. Dia kemudian mengeluarkan sehelai kain tudung putih yang dilipat cantik dan menciumnya juga. Tiba tiba Nek Timah tersedar akan kehadiran ALif. 


NEK TIMAH 
Alif.. Buat apa tu? 


ALIF 
Dah lama Alif beli kain tudung ni untuk Ibu. Tapi ibu tak balik balik . Alif teringin tengok ibu pakai kain tudung ni Nek. 


NEK TIMAH 
Sudahlah Alif.. Tidur .. Dah lewat ni. 


Alif mengambil gambar dan kain tudung itu dan dipeluknya . Ia terus baring di atas tilamnya sambil mencium gambar ibunya. Nek Timah memalingkan wajahnya supaya Alif tidak nampak yang ia sedang bergenangan air mata. Alif yang sedang memeluk gambar dan kain tudung berfikir panjang. 


Tiba tiba ia teringatkan sesuatu. Ia mencari cari di dalam poket bajunya dan mengeluarkan wang not RM 10 yang diberikan oleh Tapa. Terdapat juga beberapa keping duit syiling. 
Alif berfikir sesuatu. Alif memandang kearah belakang Nek Timah. 


ALIF (MONOLOG) 
Selamat hari raya Nek.. 


CUT TO: 


SC 36 : RUMAH ALIF / SUBUH 
WATAK : NEK TIMAH 


Nek Timah sedang menyalakan api di dapur . Kedengaran bunyi kuat yang dikeluarkan oleh cerek air. Menandakan air sudah mendidih. 
Dengan perlahan lahan Nek Timah cuba mengangkat cerek yang panas itu dengan kain buruk. Tiba tiba cerek itu terlepas dari genggaman tangannya. Air yang mendidih itu terkena pada tangan Nek Timah. Nek Timah terus menjerit kesakitan. 


NEK TIMAH 
Alif... Tolong Nenek Lif... Alif!! 


Panggilan Nek Timah tidak mendapat jawapan dari Alif 


CUT TO: 


SC 37 : RUMAH ALIF / SUBUH 
WATAK : NEK TIMAH 


Nek Timah masuk kedalam bilik Alif sambil memegang tangannya yang melecur teruk itu. 


NEK TIMAH 
Alif!!! Alif!! 


Nek Timah menghampiri tilam Alif. Kelihatan tilam Alif sudah siap dikemas. Nek timah cemas. Ia terus memanggil nama Alif dan meraba raba mencari Alif. Tiba tiba kakinya tersadung sesuatu dan menyebabkan Nek Timah jatuh. Kelihatan kepala Nek Timah terhantuk dan terus pengsan. 


CUT TO: 


SC 38 : BELAKANG LORI AYAM / SUBUH 
WATAK : ALIF 


Kelihatan Alif sedang duduk dibelakang lori ayam itu. Ditangannya masih memegang gambar Zaleha. Di belakang gambar tersebut terdapat alamat rumah Zaleha. Alif mengeluarkan sekeping duit RM 10 dan terdapat kad nama Tapa di poket lalu di masukkan ke dalm dompet. Terdapat beberapa duit syiling di poket seluarnya. Ia memasukkan duit syiling tersebut di dalam bag. 


CUT TO: 


SC 39 : RUMAH ALIF / PAGI 
WATAK : NEK TIMAH DAN CIK EMBUNG 


Kelihatan Cik Embung baru pulang dari kedai runcit. Ia membawa dua bag plastik berisi barang mentah. Dia terus berdiri di hadapan pintu rumah Alif 


CIK EMBUNG 
Assalammualaikum. Kak.. Kak Timah... 


Cik Embung hairan kerana tidak ada sebarang jawapan 
CIK EMBUNG (CONT'D) 
ALif...Buaka pintu ni. Makcik ada bawa sikit barang untuk Nenek.. Alif.. 


Cik Embung melihat lihat kesekeliling rumah itu. Cik Embung terus masuk kedalam rumah itu. 
Tidak lama kemudian terdengar suara jeritan Cik Ambung dari luar rumah itu. 


CIK EMBUNG (CONT'D) 
Kak Timah!!!! 


CUT TO: 


SC 40 : SEBATANG JALAN RAYA / PAGI 
WATAK : ALIF DAN EXTRA 


Kelihatan satu tangan menggerak Alif dari tidur sambil ia duduk dibelakang lori ayam itu. 


ALIF 
Dah sampai Kuala Lumpur ke Pakcik? 


EXTRA 1 
Siapa cakap aku nak ke KL. Kita dah sampai di Port Dickson ni. Kalau kau nak pergi KL. Kenalah tumpang orang lain. 


Alif tertunduk hampa. 


EXTRA 1 (CONT'D) 
Cepatlah turun.. Aku nak hantar ayam ayam ni kepasar. 


Alif turun dengan lemah. Tidak lama selepas itu Lori itu berlalu dari situ. 


Kelihatan Alif terpinga pinga keseorangan di tempat yang asing bagi dirinya. Ia menahan banyak kereta namun tidak ada sebuah kereta pun yang berhenti untuk menumpangkannya. Sesekali Alif menyapu peluh di dahinya kerana dipanah panas matahari. 


CUT TO: 


SC 41 : SEBATANG JALAN RAYA / SIANG 
WATAK : ALIF DAN BEBERAPA ORANG EXTRA 


Alif kelihatan letih sambil ia menahan beberapa buah kereta. Tiba tiba kelihatan sebuah kereta berhenti tidak jauh darinya. Alif tersenyum gembira dan menghampiri kereta itu. Kelihatan dalam kereta itu seorang lelaki sedang duduk di tempat duduk memandu dan seorang wanita duduk di tempat duduk penumpang dengan wajah yang masam. 


EXTRA 1 
Nak kemana Dik? 


Extra wanita memandang Alif dari atas hingga ke bawah dan seakan tidak suka pada ALif. 


ALIF 
Saya nak tumpang pergi Kuala Lumpur Bang.. 


EXTRA 1 
Buat apa ke sana? 


ALIF 
Saya nak pegi beraya dirumah Ibu saya. 


EXTRA 1 
Naik lah.. Kami pun nak ke KL juga. 


EXTRA 2 
Apa lah Abang ni. Berani nak tumpangkan orang yang kita tak kenal. Tengok cara macam peminta sedekah aje. Entah entah pencuri.. Bau tahi ayam pulak tu. 


ALif sedih mendengar tuduhan Extra 2. 


EXTRA 1 
Tak baik cakap macam tu. Kesian budak ni. Panas pulak sekarang .. 


EXTRA 2 
Kalau Abang nak tumpangkan juga budak ni.. turunkan saya.. 


EXTRA 1 
Susahlah macam ni.. 


Alif sedih dan terdiam. 


ALIF 
Tak apalah Abang. Terima kasih.. 


Alif terus berlalu dari situ.Tidak lama kemudian kereta itu berlalu dari situ. ALif duduk di suatu sudut dan mengeluarkan gambar Zaleha. Ia merenung gambar itu dan terus tertunduk sambil menangis. 


CUT TO: 


SC 42 : RUMAH NEK TIMAH / PETANG 
WATAK : NEK TIMAH, TAPA , CIK EMBUNG DAN EXTRA 


Kelihatan Nek Timah terbaring dan tidak sedarkan diri. Ditangan dan kepalanya berbalut. Dia ditemani oleh Cik Embung , Tapa dan beberapa orang kampung wanita. Tiba tiba Nek Timah terkejut dan sedar dari pengsannya. Dia terus meraba raba sekelilingnya mencari Alif. 


NEK TIMAH 
Alif... 


CIK EMBUNG 
Sabarlah kak. Kakak masih sakit lagi. 


NEK TIMAH 
Mana Alif.. Dia dah balik ke? 


Cik Embung memandang wajah Tapa. Tapa menggelengkan kepalanya. 


CIK EMBUNG 
Bagus lah Kak dah sedar. Jom, Tapa nak bawa Kakak ke klinik. Tengok kepala dan tangan akak ni cedera. 


NEK TIMAH 
Aku tak mau ke mana mana.. Alif mana? Alif!!! 


Semua terdiam . 


Nek Timah terus bangun dan meraba raba untuk keluar dari rumah itu.Dia ditahan oleh Cik Embung dan extra wanita yang lain. 


CIK EMBUNG 
Sabarlah Kak. Nanti baliklah Alif tu... 


NEK TIMAH 
Alif... Kenapa kau tinggalkan Nek Alif.. Alif... 


Nek Timah meronta ronta untuk keluar. 


CUT TO: 


SC 43 : SEBUAH BANDAR / SENJA 
WATAK : ALIF DAN BEBERAPA ORANG EXTRA 


Kelihatan Alif sedang merayau rayau di kawasan itu sambil memegang megang perutnya yang lapar. Kelihatan disekelilingnya orang ramai sedang berbuka puasa di gerai gerai. Alif menghampiri sebuah kedai makanan. Dia melihat lihat kearah kaunter nasi campur. Tiba tiba seorang pelayan menghampirinya. 


EXTRA 1 
Adik dah berbuka? 


Alif menggelengkan kepala. 


EXTRA 1 (CONT'D) 
Nak makan nasi? 


Alif menganggukkan kepala. Pelayan itu melihat cara pemakaian Alif yang seperti orang miskin. 


EXTRA 1 (CONT'D) 
Ada duit. 


ALIF 
Ada, tapi duit ni nak guna untuk cari ibu.. 


Pelayan itu memandang Alif. Ia lalu membungkus nasi dan seekor ikan kering. 


EXTRA 1 
Nah pergi buka cepat. Tak baik lambat-lambat berbuka. 


ALIF 
Tapi saya tak ada duit. 


EXTRA 1 
Ambil saja. Nah. 


Alif lantas mengambil dan berlalu dari situ. 


CUT TO: 


SC 44 : BELAKANG LORONG KEDAI.MALAM 
WATAK : ALIF 


Alif berlari menuju ke lorong belakang. Tanpa ia sedari ia terlanggar batu bata dan menyebabkan ia terjatuh. Nasi bungkus yang dibawanya tercampak. Alif tergamam melihat nasi tersebut berterabur lalu menangis dan seakan mahu mengutip semula nasi tersebut. 
Seekor kucing yang berada di situ lantas mencuri ikan gorengnya. Alif menitiskan air mata. 


CUT TO: 


SC 45 : TEPI JALAN RAYA / MALAM/SUBUH 
WATAK : ALIF DAN EXTRA 


Kelihatan ALif sedang duduk di tepi jalan sambil memeluk badannya kerana kesejukkan . Tiba tiba ia di sapa oleh seorang lelaki. 


EXTRA 1 
Kenapa duduk kat sini pagi pagi buta ni.. Nak pegi mana? 


Alif terkejut dengan sapaannya. 


ALIF 
Saya nak pegi Kuala Lumpur, rumah ibu.. 


EXTRA 1 
Pergi KL ? Tunggu bas ke? 


Alif menggelengkan kepala. 


EXTRA 1 (CONT'D) 


Tunggu teksi? 
Alif menggelengkan kepala. 


EXTRA 1 (CONT'D) 
Habis tu nak pegi KL naik apa? 


Alif mengangkat kedua dua bahunya tanda tidak tahu. 


EXTRA 1 (CONT'D) 
Kalau macam tu. Biar Pakcik hantarkan. Kebetulan Pakcik nak ke Rawang. Dah dekat lah tu.. 


ALIF 
Terima kasih Pakcik.. 


EXTRA 1 
KL tu di mana? 


Alif menunjukkan gambar zaleha yang terdapat alamat pada belakang gambar itu. 


EXTRA 1 (CONT'D) 
Oh .. Kampung Pandan... Pakcik tahu tempat tu. Nanti Pakcik hantar ye. 


Alif tersenyum gembira. Extra 1 membawa Alif menaiki keretanya yang sudah agak buruk itu dan beredar dari situ. 


CUT TO: 


SC 46 : HADAPAN SEBUAH RUMAH / PAGI 
WATAK : ALIF, EXTRA 1 , 2 & 3 


Extra 1 menggerakkan Alif yang sedang nyenyak tidur di dalam kereta itu. 


EXTRA 1 
Bangun Dik. Kita dah sampai. 


ALIF 
Dah sampai? 


EXTRA 1 
Tengok ni alamat ni. (menunjukkan alamat belakang gambar Zaleha). Inilah rumahnya.. 
Alif melonjak gembira. Dia meluru keluar dari kereta itu. 


ALIF 
Terima kasih Pakcik. Terima kasih banyak. 


EXTRA 1 
Jaga diri baik baik. 


Alif tersenyum gembira pada extra 1. Kereta Extra 1 beredar dan meninggalkan Alif berdiri dihadapan pagar rumah itu. 


ALIF 
Ibu... Ibu.... Alif datang Ibu.. Ibu!!!! 


Kelihatan Tiada sebarang jawapan. 


ALIF (CONT'D) 
Ibu ... Alif datang.. Ibu!!! 


Tidak lama kemudian kelihatan seorang wanita keluar di muka pintu. 


EXTRA 2 
Apa hal jerit depan rumah aku ni? 


ALIF 
Makcik, Ibu Alif ada? 


EXTRA 2 
Siapa? Siapa mak kau? 


Tidak lama kemudian keluar seorang lelaki mendapatkan isterinya. 


EXTRA3 
Siapa tu Yang? 


EXTRA 2 
Entah.. Dia cari mak dia.. 


EXTRA3 
Mak dia? 


Extra 3 terus mendapatkan Alif . 


EXTRA3 (CONT'D) 
Adik cari siapa? Mak Adik? 


ALIF 
Alif cari Ibu.. Ibu ada? 


Extra 3 menggaru garu kepalanya. 


EXTRA3 
Adik dah salah rumah kot. 


Alif menyerahkan gambar yang mempunyai alamat itu kepada Extra 3. 


EXTRA 3 
Memang betul alamat ni rumah ni. Tapi Tak ada orang lain duduk sini selain dari pakcik dan isteri pakcik.


ALIF 
Tapi Ibu tulis surat kata dia duduk di alamat ini. 


EXTRA 3 
Bila dia hantar surat tu. 


Alif berfikir seketika. 


ALIF (PERLAHAN) 
Dah lama.. 


EXTRA 3 
Oo.. Mungkin Mak Adik dah pindah. Pakcik beli rumah ni 4 tahun dah. 


Kelihatan air mata bergenangan di mata ALif. 


EXTRA 3 (CONT'D) 
Macam ni.. Apa kata Adik masuk dulu. Nanti kita ikhtiar cari Ibu Adik tu ya. 


Alif tertunduk sedih. Extra 3 bangun dan berpaling kebelakang. 


EXTRA 3 (CONT'D) 
Biar Pakcik ambil kunci dan buka pagar ni dulu ok. 


Apabila Extra 3 berpaling kelihatan Alif sudah tidak ada lagi di situ. 


EXTRA 3 (CONT'D) 
Mana pulak peginya budak tu? 


CUT TO: 


SC 47 : RUMAH ALIF / SIANG 
WATAK : NEK TIMAH , CIK EMBUNG , ZAITON TAPA DAN DANINA 


Kelihatan Nek Timah sudah tidak terurus keadaannya. Ia seperti orang hilang akal. 


NEK TIMAH 
Alif.. Mana kau Cu? Dah berapa hari kau tak balik... 


Cik Embung , Zaiton tapa dan Danina kasihan melihat Nek Timah yang meracau mencari Alif. 


ZAITON 
Mak risau kalau dia berterusan macam ni. Bahaya Tapa.. 


CIK EMBUNG 
Apa kita nak buat? Kak Timah tak mahu ubat tangan dia yang melecur teruk tu. Jangankan makan minum air seteguk pun tak mahu. Asyik meronta cari Alif. 


Mereka semua kasihan melihat Nek Timah. 


NEK TIMAH 
Alif.. Balik lah Lif.. Alif!!! 


Kelihatan Nek Timah berjalan untuk keluar dari rumah mencari Alif. 


DANINA 
Kenapa Alif lari dari rumah Bang? 


TAPA 
Entah lah Danina.. Mungkin dia pergi cari Zaleha.. 


Tapa termenung jauh. Danina tertunduk sedih melihat Tapa yang masih teringatkan Zaleha. 


TAPA (CONT'D) 
Mak saya kesian tengok Makcik dan Alif .Makcik Timah dan Alif dah saya anggap macam Mak dan anak saya sendiri. Saya berhajat nak ambil mereka tinggal dengan saya lepas raya nanti. 


ZAITON 
Maksud kamu , kamu akan tinggal disini ? Tak balik Amerika lagi. 


Tapa tersenyum. 


TAPA 
Itu pun kalau Danina setuju? 


Danina terkejut dengan kata kata Tapa itu. 


TAPA (CONT'D) 
Kita boleh jadi satu keluarga bahagia... 


Danina tersenyum gembira. Begitu juga Zaiton dan Tapa. 


Tiba Tiba Nek Timah mendapatkan Tapa 


NEK TIMAH 
Tapa.. Tolonglah Makcik cari Alif. Makcik merayu pada kau. Tolong lah. 


Tapa berfikir seketika. Danina menghampiri mereka. 


DANINA 
Pergilah Bang cari ALif. Danina rasa di mana juga Zaleha berada, tempat itulah dituju oleh Alif sekarang. 


TAPA 
Terima kasih kerana memahami Abang. 


Tapa tersenyum melihat kearah Danina. Danina membalas senyumannya. 


TAPA (CONT'D) 
Makcik.. Saya janji akan bawa Alif pulang. Percayalah pada saya. 


Nek Timah tersenyum puas. 


NEK TIMAH 
Betul ke ni Tapa. Betul ke? 


TAPA 
Saya janji Makcik. Tapi sebelum tu Makcik kena ubati dulu luka Makcik itu. 


NEK TIMAH 
Terima kasih Tapa. Terima kasih. 


Nek Timah tersenyum gembira . Danina , Cik Embung dan Zaiton mendapatkan Nek Timah . Setiap seorang mereka memainkan peranan mereka masing masing. Cik Embung menyisir rambut Nek Timah. Cik Embung melap badan Nek Timah dengan kain lembab. Dan Danina merawat luka di tangan Nek Timah itu. Tapa tersenyum melihat kesungguhan Danina membantu Nek Timah. 


CUT TO: 


SC 48 : RUMAH TAPA / SIANG 
WATAK : TAPA , ZAITON DAN DANINA 


Danina membawa bag dari dalam rumah Tapa dan menyerahkan pada Tapa yang sedang berdiri dihadapan keretanya bersama Zaiton. 


ZAITON 
Mana kau nak cari budak tu Tapa. Kuala Lumpur tu besar.. 


TAPA 
Insyaallah mak. Kita tawakal sahaja pada Allah . Mungkin sekarang dia dah selamat sampai dirumah Zaleha. 


ZAITON 
Harap harap begitulah. 


DANINA 
Jaga diri baik baik Bang. 


Tapa tersenyum melihat kearah Danina. 


TAPA 
Abang nak minta tolong sesuatu dari Danina. 


DANINA 
Apadia Bang. Insyaallah Nina akan tunaikan. 


TAPA 
Abang janji akan pasang pelita di rumah Alif pada raya nanti. Tapi Abang nak ke KL pulak. Boleh tak.. 


DANINA 
Abang jangan risau. Saya akan penuhi janji Abang pada Alif tu. Bila dia balik mesti dia akan seronok tengok banyak pelita depan rumah dia tu. 


TAPA 
Abang pergi dulu. 


Danina salam dan mencium tangan Tapa. 


TAPA (CONT'D) 
Tapa pergi dulu mak. 


Tapa bersalaman dengan Zaiton dan terus berlalu dari situ. 


Kelihatan Zaiton tersenyum kearah Danina. Danina malu terus berlari masuk ke dalam rumah Tapa. 


CUT TO: 

SC 49 : RUMAH ZALEHA / SIANG 
WATAK : ZALEHA DAN DATO SHARIF 


Kelihatan Zaleha sedang mencari sesuatu dari bawah katinya. Dia mengeluarkan sebuah kotak yang sudah berabuk dan diletakkan di atas katil. Zaleha membuka kotak itu dan kelihatan beberapa keping gambar dirinya, Nek Timah dan Alif semasa dahulu. Zaleha sedih. Dia membelai belai gambar Alif. Tiba tiba Dato Sharif masuk. Zaleha terus menyembunyikan gambar gambar itu. 


DATO SHARIF 
Tengok gambar apa tu? Gambar boyfriend lama Zee ke ? 


ZALEHA 
Tak ada lah bang. 


DATO SHARIF 
Kenapa Zee terlalu berahsia tentang masa lampau Zee. Sejak dari kita kenal hingga dah 5 tahun kita berkahwin, Zee tak pernah cerita tentang keluarga Zee . Kenapa? 


Zaleha terdiam dan tertunduk. 


DATO SHARIF (CONT'D) 
Boleh dikatakan Abang tak tahu lansung tentang latar belakang Zee. Zee terlalu berahsia. 


Zaleha masih membatukan diri. 


DATO SHARIF (CONT'D) 
Tak kisah lah apa rahsia tu. Yang penting Abang kahwin dengan anak dara. Bukan isteri orang, bukan mak orang. Jadi abang tak payahlah takut kalau kalau ada ex husband ex husband yang cemburu. Betul tak? 


Dato sharif ketawa kecil. Zaleha hanya tersenyum hambar. 


DATO SHARIF (CONT'D) 
Banyak barang kita belum beli untuk raya. Jom keluar nak? Lagipun sekejap lagi kita dah nak tahu bila Raya. Esok ke lusa? 


ZALEHA 
Biar Zee tukar baju, lepas tu kita keluar ok. 


Dato Sharif keluar dari bilik itu. Zaleha mengeluarkan semula gambar gambar yang disembunyikannya itu. 


ZALEHA (MONOLOG) (CONT'D) 
Kenapa lah aku terlalu takut untuk beritahu hal yang sebenar. Tapi... macam mana kalau dia tahu aku ada anak cacat. Mesti dia takut untuk berkahwin dengan aku. Mungkin dia akan tinggalkan aku seperti mana Azman tinggalkan aku dulu. Ah.. Aku berdosa.. Berdosa pada mak dan .... pada Alif. 


Zaleha termenung jauh. 


CUT TO: 


SC 50 : SEBATANG JALAN RAYA / MALAM 
WATAK : ALIF DAN BEBERAPA EXTRA 


Kelihatan Alif berjalan dengan lemah dan begitu kecewa. Dia kemudian duduk di sebuah perhentian bas dan merenung gambar Zaleha. 


ALIF 
Ibu .. dimana ibu? 


Kelihatan sekumpulan budak remaja samseng sedang lepak tidak jauh dari situ. Mereka terpandang akan Alif dan terus menghampirinya. 


EXTRA 1 
Lah kenapa dengan kau ni Mamat. Bini mati ke? 


Mereka semua ketawa kan Alif. Alif tidak menghiraukan mereka. 


EXTRA 2 
Apasal sedih sangat ni. Cakaplah mungkin kami boleh tolong. 


Mereka berpandangan sesama sendiri seperti ingin melakukan sesuatu yang nakal. 


ALIF 
Alif nak cari Ibu.. Tapi tak jumpa.. 


EXTRA3 
Oh nak cari ibu. Adik memang bertuah jumpa dengan kami semua. Kebetulan kerja abang semua ni memang kerja cari orang yang hilang. 


ALIF 
Betul kah? Tolong bang. Tolong cari Ibu Alif. 


EXTRA 1 
Tapi kena bayar upah.. 


ALIF 
Upah.. 


EXTRA 1 
Mestilah kena upah. Disebabkan kena kerja dekat dengan hari raya, upahnya mahal sikit.. 
ALIF 
Tapi Alif tak ada duit banyak... 


EXTRA 2 
Berapa yang kau ada. Lagi banyak duit kau bayar lebih cepat kamu dapat jumpa dengan mak kau tu... 


Alif berfikir seketika. 


ALIF 
Alif ada banyak ni aje... 


Alif menunjukkan wang not RM 10 kepada mereka. Mereka semua ketawa. 


EXTRA 2 
Sepuluh ringgit. Nak cari kucing hilang pun lambat jumpa... 


ALIF 
Tolonglah Bang.. Tolonglah. Ini gambar Ibu.. Tolong cari ya.. 


EXTRA3 
Wow boleh tahan jugak mak kau ni. Bergetah lagi... 


Extra 1 terus merampas wang dari tangan Alif. 


EXTRA 1 
Datang lagi 2 bulan kat tempat ni jugak . Kami akan bawak mau kau jumpa kau ok. 


Mereka semua berjalan meninggalkan Alif. 


ALIF 
Tapi Alif nak jumpa Ibu sekarang. Alif nak sambut raya dengan Ibu. 


EXTRA 2 
Kau pekak ke. Datang lagi dua bulan.. 


Mereka semua ketawa sekuat hati kerana telah berjaya menipu Alif. 


ALIF 
Bagi balik duit dan gambar ibu Alif. Abang semua nak tipu Alif... 


EXTRA 1 
Pandai pulak budak cacat ni. Aku ingatkan bongok... 


EXTRA 2 
Kalau nak , mari ambil. 


Kelihatan ALif cuba untuk mengambil semula duit dan gambar Zaleha. Namun mereka main main dengan menyerahkan duit dan gambar itu bergilir gilir sesama mereka. 
Alif tiba tiba tertarik baju salah seorang extra itu. 


EXTRA 2 (CONT'D) 
Ini dah melampau... 


Mereka terus membelasah Alif sekuat hati mereka. Alif hanya mampu menjerit. Setelah puas memukul Alif mereka berlalu dari situ. Salah seorang dari extra itu mengoyak gambar Zaleha dan membalingkannya kewajah Alif yang kesakitan . Mereka ketawa dan berlalu dari situ. 


CUT TO: 


SC 51 : SEBATANG JALAN RAYA / MALAM 
WATAK : TAPA 

Kelihatan Tapa sedang memandu disekitar Kuala Lumpur. 
Matanya liar mencari Alif di sekelilingnya. 

CUT TO: 

SC 52 : SEBATANG JALAN / MALAM 
WATAK : ALIF , ZALEHA , DATO SHARIF, PEMANDU. 

Alif berjalan dalam keadaan menangis dan kesakitan. Hujan mulai turun dan Alif kebasahan. Alif seperti hilang arah tuju. Tiba-tiba Kereta yang dipandu oleh Dato Sharif muncul dengan agak laju. Alif secara kebetulan sedang melintas jalan. Dato Sharif menekan brek dengan serta merta. Lampu kereta menyilaukan mata alif dan ia menutup dengan tapak tangannya. 

DATO SHARIF 
Ya Rabbi budak ni. Nasib baik tak langgar tadi. 

Zaleha tergamam melihat budak tersebut seperti Alif. Tiba-tiba Alis merenung ke dalam kereta dan di kala itu juga, pemanu tersebut meneruskan perjalanan. Zaleha terus gelisah dan sering memerhati ke belakang. Alif masih berdiri d melihatkan kereta tersebut berlalu pergi. 

DATO SHARIF (CONT'D) 
Kenapa Zee? Ada apa yan tak kena? 

ZALEHA 
Tak.. tak ada apa. 

Wajah Zaleha semakin resah. 

Tiba-tiba kedengaran bunyi hon yang kuat. Namun mereka tidak mengindahkan. Kedengaran suara takbir di radio. Lihatkan jam di dash board menunjukkan pukul 9:33 malam. 

CUT TO: 

SC 53 : TEPI JALAN/MALAM 
WATAK : ALIF. 

Alif masih berdiri sambil di basahi hujan. Tiba-tiba terdapat satu cahaya terang dari lampu kereta serta bunyi hon. 

CUT TO: 

SC 54 : RUMAH ALIF/MALAM 
WATAK : NEK TIMAH, DANINA 

Hujan mulai turun. Pelita yang terpasang di halaman mulai di basahi hujan. Tiba-tiba api pelita terpadam. Nek Timah yang dengan tidur tiba-tiba tersedar. 

NENEK TIMAH 
Alif..... 

Nek Timah bangun perlahan. Danina kelihatan terlena di sisinya. Nek timah bangun dan mencari pintu keluar. Hujan turun dengan lebat. Nek timah turun dari tanggga, tiba-tiba pelita alif terjatuh ke tanah. Nenek timah yang buta tiba-tiba terpijak pelita tersebut dan menyebabkan ia tergelincir. Nek Timah termasuk ke dalam parit yang di penuhi air akibat hujan lebat. Nek Timah teronta-ronta cuba untuk bangun namun gagal. 

CUT TO: 

SC 55 : DALAM RUMAH. /MALAM 
WATAK : ZALEHA, DATO SHARIF 

Dato sharif sedang nyenyak tidur. Zaleha masih terjaga. Ia melihat Dato Sharif yang sudah lena. Zaleha lantas bangun dan menuju keluar. 

CUT TO: 

SC 56 : KUALA LUMPUR./MALAM 
WATAK : ZALEHA 

Zaleha memandu keretanya. Seseklai bayangan Alif yang di lihat sewaktu bersama Dato Sharif terbayang di matanya. 

CUT TO: 

SC 57 : SEBATANG JALAN/MALAM 
WATAK : ALIF, ZALEHA 

Alif duduk dalam kesejukkan di sebuah perhentian bas. Airmatanya berlinangan. Tiba-tiba kereta yang dipandu oleh Zaleha berhenti. Zaleha keluar membawa payung. 

ZALEHA 
Alif? 

Alif dengan perlahan mengangkat mukanya memandang Zaleha. 

ALIF 
Ibu.... 

Zaleha lantas menerpa dan memeluk Alif. Ia menangis sekuatnya. 

ZALEHA 
YA, Allah anakku. Maafkan ibu sayang.. Maafkan ibu. 

Alif memeluk erat Zaleha. 

ALIF 
Ibu, Alif sejuk..... 

ZALEHA 
Mari sayang... 

Zaleha lantas mendukung Alif masuk kedalam keretanya. 

CUT TO: 

SC 58 : DALAM SEBUAH BILIK HOTEL./MALAM 
WATAK. ALIF , ZALEHA 

Alif baring berselimut di atas katil. Kepala Alif diatas riba Zaleha sambil Zaleha membelai rambutnya. 

ALIF 
Puas Alif cari Ibu. Ibu dah tak sayangkan Alif lagi? 

ZALEHA 
Ibu sayangkan Alif. Ibu minta maaf sayang. Ibu janji ibu tak akan tinggalkan Alif lagi. 

ALIF 
Alif dan nenek rindukan ibu. 

ZALEHA 
Ibu pun rundukan Alif dan nenek. Esok kita balik jumpa nenek. 

ALIF 
Alif ada belikan ibu selendang. Dah tiga tahun Alif simpan. 

Alif mencapai bag nya dan mengeluarkan selendang putih dan memberikan pada Zaleha. Zaleha tergamam lalu mengambil dan mencium selendang tersebut lantas menjadi sebak. Ia terus memeluk Alif. 

ALIF (CONT'D) 
Ibu. Alif sejuk. 

Zaleha lantas memeluk Alif. 

ZALEHA 
Ibu akan peluk Alif sampai pagi. Ibu janji tak akan lepaskan Alif. 

ALIF 
Ibu. Ibu nyanyi lagu raya untuk Alif. 

Zaleha terus mendodoikan Alif dengan lagu raya. 

ALIF (CONT'D) 
Selamat Hari raya Ibu. 

ZALEHA 
Selamat Hari Raya sayang. 

Zaleha menyambung lagu raya dengan syahdu. 

CUT TO: 

SC 59 : DALAM BILIK HOTEL/MALAM 
WATAK : ZALEHA 

Zaleha masih tidur sambil memeluk bantal. Tiba-tiba ia tersedar dan mendapati Alif tiada. Zaleha kehairanan. Ia mencari Alif merata bilik namun tiada. Tiba-tiba ia terlihat selendang putih di atas katil. Zaleha lantas keluar bilik mencari Alif. 

CUT TO: 

SC 60 : DEPAN PONDUK BAS/MALAM 
WATAK : ALIF 

Alif menuju ke pondok telefon berhampiran dengan pondok bas. Ia membuka membuka dompet seluar dan mengambil kad Tapa lalu membuat panggilan. Alif mengeluarkan beberpa duit syiling dari dalam bagnya. 

CUT TO: 

SC 61 : SEBATAN JALAN RAYA./MALAM 
WATAK : TAPA 

Tapa menuju ke keretanya selepas bertanya pada seorang leleki di satu sudut. Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi. 

TAPA 
hello. 

VO ALIF 
Asalammualkum, itu pakcik Tapa ke? 

TAPA 
Alif? Alhamdulillah, syukur Alif selamat. Alif dimana sekarang? 

VO ALIF 
Alif ada kat KL Alif dah jumpa mak. TApi Alif kesihan pada nenek, dia sorang, tak ada siapa nak tolong nenek nanti. Esok dah raya. Pakcik boleh jemput Alif balik tak. 

TAPA 
Alif beri tahu pakcik, alif sekarang ada di mana. PAkcik datang sekarang. 

CUT TO: 

SC 62 : LUAR / MALAM 
WATAK : ZALEHA 

Zahela berlari dangan wajah yang penuh kekustan sambil mencari-cari ALif. 

ZALEHA 
Alif..... Jangan buat maka macam ni Alif. Mak tahu mak salah. 

Zaleha terus mencari Alif di sekitar luar Hotel. 

ZALEHA (CONT'D) 
Alif... !!!! 

Zaleha berhenti hampa dan terus menangis. Selendang putih di tangannya di ambil dan di cium. Ia terus menangis. 

CUT TO: 

SC 63 : TEPI JALAN/MALAM 
WATAK : ALIF. TAPA 

Alif masih berdiri sambil di basahi hujan. Tiba-tiba terdapat satu cahaya terang dari lampu kereta serta bunyi hon. 

Kelihatan Tapa terlihat Alif lalu memberhentikan keretanya di bahu jalan. Tapa berhenti di seberang jalan. 

TAPA 
Alif tunggu jangan lintas dulu. 

CUT TO: 

SC 64 : DALAM RUMAH ZALEHA/PAGI 
WATAK : ZALEHA, DATO SHARIF 

Zaleha tiba dengan kereta lalu masuk. Dato Sharif berada di dalam rumah dengan wajah yang marah. Zaleha menangis 

DATO SHARIF 
Awak kemana? Tahu-tahu malam raya dah hilang, pagi baru balik. 

Zalaha tiba-tiba sujud di kaki Dato Sharif. Dato Sharif kehairanan dan tergamam. 

ZALEHA 
Bang. Zee minta maaf zahir dan batin. Zie terlallu banyak dosa pada abang dan pada keluarga Zie. Selama ini Zie tak pernah ceritakan pada abang. 

Dato Sharif terdiam. Ai menarik Zaleha bangun. 

DATO SHARIF 
Dosa? 

ZALEHA 
Zaleha buka seperti yang abang sangkakan. Sebenarnya Zaleha pernah punyai suami dan ada seorang anak. Maafkan Zaleha bang. 

Dato Sharif tergamam. Ia menjauhkan dirinya dari Zaleha. 

DATO SHARIF 
Abang tak faham. Selama ni... 

ZALEHA 
Zaleha takut kalau abang tak mau terima Zaleha. Zie rindukan anak Zie dan dia perlukan Zie sekarang. Terserahlah pada abang untuk menghukum Zie. Zie rela terima apa saja pembalasan atas dosa-dosa Zie selam ini. 

Dato Sharif menarik nafas panjang sambil mengeleng kepalanya. 

DATO SHARIF 
Astarfillah..... 

CUT TO: 

SC 65 : DALAM KERETA ZALEHA/SIANG 
WATAK : ZALEHA , DATO SHARIF, NEK TIMAH. 

Zaleha memakai selendang putih yang di beri oleh Alif. Dato Sharif menggenggam tangan Zaleha. Sesekali Zaleha mengesat air matanya. 

Tiba-tiba mereka berselisih dengan seorang nenek yang buta dan memakai kain telekong sembahyang putih. Zaleha tergamam. Ia menoleh semula kebelakang namun wanita tersebut telah hilang dari pandangan. 

CUT TO: 

SC 66 : DEPAN RUMAH/SIANG 
WATAK : ORANG KAMPUNG, TAPA, DANINA, ZALEHA, DATO, CHE EMBONG, LEMAN, ZAITON, NEK TIMAH, ALIF, KETUA DAN SEMUA TANG TERLIBAT MENJAYANKAN DRAMA INI. 

Zaleha hairan melihat ramai orang berlumpul di depan rumahnya. Ia latas keluar. Tapa ternampak Zaleha lalu pergi ke arahnya. 

TAPA 
Leha... 

ZALEHA 
Abg Tapa... Mana Alif? mak? 

TAPA 
Apa yang kau lakukan selama ini Leha. 

ZALEHA 
Leha tahu, Leha salah. Leha tahu Leha berdosa. 

TAPA 
Sudah terlambat Leha. 

ZALEHA 
Apa maksud abang. 

Tapa menuju ke dalam rumah. Kelihatan jenazah Alif dan Nek Timah di atas 

ZALEHA (CONT'D) (cont'd) 
Tidak.. Abang Tapa tipu Leha. Leha jumpa Alif. Leha bawa dia ke bilik. 

TAPA 
Di waktu abang bawa di ke hospital Dia sudah tiada. 

ZALEHA 
Abag tipu.... abang tipu Leha...!!!! 

TAPA 
Percayalah. Leha. Sesungguhnya dia telah pergi setelah hajatnya untuk menemui kau tertunai. 

ZALEHA 
Tak mungkin bang, Tak mungkin.. Leha peluk dia... Leha Leha dia... Ni... Abang tengok ni.. Selendang pemberian Alif. 

TAPA 
Sesungguhnya tuhan itu maha Berkuasa Leha. 

Zaleha lantas memeluk Alif yang telah kaku. Zaleha kemudia menoleh ke arah ibunya. 

ZALEHA 
Mak... Leha berdosa mak.. Leha bersalah... Ampunkanlah dosa Leha. 

TAPA 
Ibu kau terlalu sayangka cucunya dan sanggup berbuat apa saja untuk dia. Dia pergi kerana ingin mencari Alif malam itu. 

ZALEHA 
Mak... Ampunkan dosa Alif mak.. 

TAPA 
Semuanya sudah terlambat Leha. Semuannya sudah terlambat. 

ZALEHA 
Tidak...!!!! Alif... Mak... 

Zaleha seakan tidak mempercayaainya dan menghampiri mayat Alif. 

ZALEHA (CONT'D) (cont'd) 
Alif.... 

Zaleha lanta memeluk dan mencium Alif. Tiba tiba Tapa masuk bersama Dato Syarif. 
Suasana menjadi sayu. 

FLASH TO WHITE: 

SC 67 : 
fLASHBACK 
RESUME SC RUMAH ALIF/MALAM 
WATAK : NEK TIMAH, DANINA 

Hujan mulai turun. Pelita yang terpasang di halaman mulai di basahi hujan. Tiba-tiba api pelita terpadam. Nek Timah yang dengan tidur tiba-tiba tersedar. 

NENEK TIMAH 
Alif..... 

Nek Timah bangun perlahan. Danina kelihatan terlena di sisinya. Nek timah bangun dan mencari pintu keluar. Hujan turun dengan lebat. 

VO TAPA 
KAsih sayang seorang ibu pada anak dan cucunya melebihi dari segala-galanya. 
Nek timah turun dari tanggga, tiba-tiba pelita alif terjatuh ke tanah. Nenek timah yang buta tiba-tiba terpijak pelita tersebut dan menyebabkan ia tergelincir. Nek Timah termasuk ke dalam parit yang di penuhi air akibat hujan lebat dan lemas. 

FLASH TO WHITE: 

SC 68 : DALAM RUMAH/SIANG 
WATAK : ORANG KAMPUNG, TAPA, DANINA, ZALEHA, DATO, CHE EMBONG, LEMAN, ZAITON, NEK TIMAH, ALIF, KETUA DAN SEMUA TANG TERLIBAT MENJAYANKAN DRAMA INI. 

Zaleha masih meratapi kematian ibu dan anaknya sambil di tenangkan oleh Dato Sharif dan orang kampung. 

ALIF (V.O.) 
Ibu. Alif sejuk. 

Zaleha lantas memeluk Alif. 

ZALEHA (V.O.) 
Ibu akan peluk Alif sampai pagi. Ibu janji tak akan lepaskan Alif. 

ALIF (V.O.) 
Ibu. Ibu nyanyi lagu raya untuk Alif. 

Zaleha terus mendodoikan Alif dengan lagu raya. 

ALIF(V.O.) (CONT'D) (cont'd) 
Selamat Hari raya Ibu. 

ZALEHA (V.O.) 
Selamat Hari Raya sayang. 

Zaleha menyambung lagu raya dengan syahdu. 

TAMAT 


Fuhhhhh tarikkk nafasss lepasss.. tarikkk lepassss... Panjangggkannn.. Mak dah bagitau dah di awal entry ni.. memang panjang hehehe.. Tak tahulah berapa ramai teman yang sudi baca sampai habis hahaha... Terima kasih le kerana sudi baca skrip mak ni ye..  Kalau sambutan ok.. Mak akan masukkan skrip drama mak yang lain lain pulak hehe



4 comments:

  1. macam best je citer terutama ada mak maimunah tu..JS suka kalau dia berlakon. hehe

    ReplyDelete
  2. haa..mak dara! try la buat novel plakk! hee ;D

    ReplyDelete
  3. oohh.. mcm ni rupa skrip felem ya mak.. hehehe tq sudi berkongsi..

    ReplyDelete
  4. Dulu ada cd ni tapi lepas berpindah randah tak tahu mana hala perginya dah -.-'

    ReplyDelete