Monday, December 26, 2011

Mak Dara Di Ipoh.. Peace Yo hehe

As Salam.. Waduh waduh sehariannn Mak Dara tak jenguk ke blog Mak ni ha.. Ini semua dek gara gara surprise oleh somi mak yang tetiba ajak Mak ke Ipoh Perak petang tadi.. Memang tak di plan langsung tiba tiba suruh pack baju dan terus bertolak.. Somi mak memang suka buat camtu.. Maybe sebab dia tahu yang selalunya kalau kami nak kemana mana kalau buat plan kompom tak jadi tapi bab bab surprise dan mengejut macam ni selalunya 99% menjadi hehe
Kami tiba di Ipoh pada pukul 9 malam tadi.. Setibanya di sini somi mak terus meeting dengan Pengarah Yusof Kelana tentang projek terbaru mereka.. Dah selesai tu kami pegi lah bertemu dengan beberapa orang pelakon yang sedang berlakon drama bersiri terbaru abang yusof kelana iaitu  Drama Titisan Darah Pahlawan tu.. Hari ni diorang cuti dari shooting jadi esok aje mak dan somi akan ke set penggambaran tu..
Abang Yusof sempat membawa kami jalan jalan ke Ipoh dan antara tempat yang dibawanya ialah "GERBANG MALAM" ala ala macam uptown kat Danau kota tu lah.. Best jugak ke sana.. Tapi ramaiii sungguh orang disana tadi jadi mak tak de beli apa apa..


Lepas dari berjalan jalan di Gerbang Malam kami menghantar Abang Yusof pulang ke hotelnya dan lepas tu barulah mak dan somi mencari tempat untuk bermalam pada malam ni.. Memang seronok main terjah terjah ni macam adventure pun ade.. Jangan sampai takde tempat nak bermalam sudah le.. Dengar cerita banyak tempat dah full house dek kerana Hari Xmas dan juga cuti sekolah huhu

2 comments:

  1. bestnye dpt tgk org belakon,, hehe

    ReplyDelete
  2. lama ke di IPoh? deme berlakon kat mana tu??
    *kepoh jer, macam lah boleh terjah tempat org berlakon..

    ReplyDelete

THE ZISTERS @ ASTRO AWANI

Mak Dara @ IKLAN MAYBANK