Thursday, December 1, 2011

OMBAK RINDU.. A MUST SEE MOVIE 2011 !!

Tuhan tolong lembutkan hati dia
♫ ♥ ♫ Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu ♥ ♫ ♥
Hidup tanpa dia di sisi ku

Waduhhhhh jiwangggg memang jiwanggggg Mak Dara hari ini.. Semuanya berpunca dari OMBAK RINDU.. Yup Mak Dara baru pulang dari menonton filem Ombak Rindu di TGV Wangsa Walk Mall sebentar tadi bersama ibu, sepupu dan anak buah Mak Dara.. Lagu di atas memang terngiang ngiang di telinga Mak Dara walaupun dah lebih dari 3 jam pulang dari menonton filem ni hehehe..


Mak Dara dan Aaron.. hahaha perasan dgn gambor pun jadilah


Mak dan sepupu Mak Dara yang hots dan Gorgeous Kak Ani

wahhh siap tunjuk bukti tiket lagi ni haha

Secara jujurnya.. Kenapa Mak Dara mahu menonton filem ini bukanlah kerana pelakonnya Aaron Aziz , maya Karin ataupun Lisa.. Bukan sebab trailer filem ni yang memang terbukti bagus.. Dan bukan juga kerana novelnya.. Mak Dara menonton filem itu adalah kerana OSMAN ALI ! Yup Osman Ali adalah antara pengarah peberet Mak Dara selain dari Kabir Bhatia.. Sentuhan Osman Ali dalam setiap filem arahannya pastinya akan menyengat dan terbaik. Maka dengan itu Mak Dara menonton filem ini..

Memang jangkaan Mak Dara tepat apabila filem ini berjaya memukau perhatian Mak Dara dan semua penonton di panggung yang penuh tadi.. Tidak terasa walau masa 2 jam berlalu.. Yang pasti tak kira lelaki mancho.. wanita keras hati atau sesiapa saja pasti akan mengalirkan airmata apabila menonton filem ini.. Lakonan hebat Maya Karin dan Aaron berjaya menyentap hati penonton dengan babak babak romantis dan dramatis mereka.. Lakonan Lisa juga tidak menghampakan.. Dia berjaya membawa watak sebagai seorang anak orang kaya yang mahu memiliki setiap apa yang diidamnya.

Teringat lagi Mak Dara tatkala bertemu Aaron buat pertama kalinya semasa beliau melakonkan sebuah filem skrip oleh Mak Dara dan somi iaitu filem SHYYY.. DIA DATANG!


Namun sayangnya oleh sedikit masalah maka filem ini tak ditayang tayang hingga sekarang.. Memang frust gila semua warga kerja filem ni huhu.. Takpe insyaallah.. Sekarang Mak Dara berazam untuk buat sebuah skrip filem pada masa akan datang dan harap harap Aaron dapat berlakon dalam filem mak tu nanti hehe..

Ok sebelum Mak dara melalut dan topik ke laut.. Mak Dara nak pesan pada anda yang bakal menonton filem ini.. JANGAN LUPA BAWA TISU!!!! u gonna need it.. hehehehe ok rasanya tak perlu Mak Dara membebel panjang tentang cerita ini kerana anda sendiri perlu menilaikannya sendiri.. Lain orang lain citarasanya.. Mak menjangkakan filem ini sekurang kurangnya bakal mengaut kutipan 6 juta insyaallah!! Bagi Mak.. Filem OMBAK RINDU is A MUST SEE MOVIE 2011!!!!


12 comments:

  1. lagi buat semangat nak g tgk,.. novel pun bc sampai berpuluh kali.

    ReplyDelete
  2. x sabarnyer nk g tengok ombak rindu sabtu nie...huhuhu...

    ReplyDelete
  3. Kena tengok ni sebab dah lama tak menangis.

    ReplyDelete
  4. .....mamaijat pun leleh jua..tapi oleh kerana dah baca novel..mulalah buat perbandingan...yelah mmg payah nak 100% terjemahkan dari text ke layar perak...
    papepun tersentuh hati juga babak AA kuar air mata jantan merindui Izzah yang terpisah & di 'gantung'.....
    dan lagu tu dah menghantui lappy mamaijat sejak kuar kat you tube...
    amekaw....dah post plak kat 'yang berkenaan'.. yg masih x nonton tu..ha ha ha...

    ReplyDelete
  5. alamak review dari kebanyakan blog semua pun kata best..macam nak kena nengok jugakk..

    ReplyDelete
  6. nak tengok!!!
    tapi husband confirm tak nak punya, dia tak suka cerita jiwang n sedih2 ni...huhuhuuu

    ReplyDelete
  7. Oh pada yang belum menonton jangan le lepaskan peluang menonton.. Mak Dara rasa agak beruntung sebab mak dara antara terawal yg menontonnya .. ye lah first day lagi dah terjah panggung so boleh la mak dara beri pendapat dr my point of view... =)

    ReplyDelete
  8. Lagi bersemangat nak tengok...novelnya banyak kali jugak Cik Rose baca tau...

    ReplyDelete
  9. kenapa syhh..dia datang x jadi tayang??xda budget ke???aduh saleha apa jadi, u tahu???dulu bukan main kata box office la..mana pi??

    ReplyDelete
  10. kenapa syhh..dia datang x jadi tayang??xda budget ke???aduh saleha apa jadi, u tahu???dulu bukan main kata box office la..mana pi??

    ReplyDelete
  11. Cik Rose: wahhhh besttnya.. saya lepas dari menonton filem tu baru nak pegi cari novelnya haha

    ReplyDelete
  12. Ashlee Azurin: Wahhhh dari cara penulisan anda tu nampak macam marah aje...Biar saya jawab satu persatu ya.. Pertama sekali salam perkenalan dan assalamualikum dari saya..

    1)Ok Mengenai budget.. Filem ini telah menggunakan budget lebih dari 1 juta dan telah pun habis penggambarannya. Tiada sebarang hutang ataupun pinjaman dari bank. Pihak penerbit mengeluarkan setiap sen dari pembikinan filem ini dengan wangnya sendiri. Makanya jelaslah tiada isu mengenai budget seperti yang anda katakan itu.

    2)Sebab kenapa tak ditayangkan itu kena tanya pihak producer.. Saya hanyalah penulis skripnya sahaja.. Namun apa yang saya dapat katakan disini bahawa ia melibatkan mahkhamah.

    3)Saya tidak terlibat dalam pembikinan filem Aduh Saleha..

    4)Dan saya tidak pernah sekali kali mengeluarkan sebarang kenyataan ataupun menjanjikan bahawa filem ini bakal box office.

    Harap jawapan saya dapat menjawab persoalan dan kemusykilan cik Ashlee Azurin tu ya...

    ReplyDelete

THE ZISTERS @ ASTRO AWANI

Mak Dara @ IKLAN MAYBANK