Tuesday, December 27, 2011

TITISAN DARAH PAHLAWAN

NAMA Yusof Kelana dalam bidang pengarahan terutamanya drama televisyen (TV) tempatan memang tidak boleh disisihkan. Ini kerana, sejak hampir 30 tahun terbabit dalam bidang itu, dia telah mengarahkan lebih 400 drama.
Terbaru, penggambaran drama 26 episod berjudul Titisan Darah Pahlawan di Perak. Ia membawa kembali ke zaman komunis dan Jepun serta pengorbanan pasukan tentera dan polis untuk melawan musuh negara itu. Drama ini amat sesuai untuk generasi muda, jangan menjual maruah dan negara kepada orang luar demi kepentingan diri sendiri. Pasukan tentera dan polis berjuang sehingga ke titisan darah terakhir untuk mempertahankan tanah air kita.
Mak Dara dan somi telah ke lokasi penggambaran drama ini di Ipoh perak semalam.. Tujuan kami kesana sebab somi mak Martias Ali nak bincang bincang mengenai projek terbaru mereka bersama Abang Yusof Kelana.. Sambil bincang bincang tu kami pun turut sama melihat shooting drama itu berlangsung.. Meh mak share kan sikit gambar gambar di sebalik shooting drama TITISAN DARAH PAHLAWAN ni ye....
Abang Yusof Kelana sedang memberikan arahan kepada para pelakon


Abang Yusof Kelana sedang mengarah

Somi makdan abang Yusof Kelana

Siapa yang selalu kata mak gemuk.. meh siniiiii hehehehe

boleh tahan berat jugak

bang bang hehe

sempat lagi posing ni hahahaha

Martias & Yusof Kelana

Mak Dara & Abang Yusof Kelana


Mak bersama Makup artis, boom man dan abang cameraman hehe

Memang mak sukaaa dan memang patut diadakan lebih banyak drama drama bersifat patriotik ni.. Ini supaya dapat memupuk rasa sayang dan cintakan negara.. Suatu semangat yang semakin pudar di negara kita.. Semoga dengan adanya genre genre sebegini dapat mengembalikan rasa hormat dan cinta negara .

Drama ini akan habis penggambarannya dalam penghujung bulan March tahun depan.. Mak doakan semoga shooting ni berjalan lancar.. All the best buat Abang Yusof Kelana, YKS Production dan kepada semua lrew dan artis yang terlibat..


2 comments:

  1. cam best n sporting jer orang2 kat set tue... huhuhuh
    terasa nak pergi tgk plak.. :)

    ReplyDelete