Monday, January 17, 2011

MAK DARA VS ANAK DARA

Macam panazzz saja bunyi nyer.. itulah yang menjadi dilema MAK DARA masa nak mula menulis blog ni.. macam macam nama nak letak pada nama blog ni.. Nak taruk nama sendiri , Mak Dara bukan artis.. walaupun dolu2 pernah lah jugak berlakon sikit sikit dan buat album tapi tak selaku dan seglamour sahabat Mak Dara Cikgu Shida.. jadi fikir punya fikir.. punya fikir.. akhirnya terlahirlah nama BICARA MAK DARA.. semua ni tercetus sebab hari jadi mak dara dah nak dekat pada 24hb Januari ni dan usia dah meningkat ke 34 tahun dan Mak Dara rasa dirini dah teramatttlah senjanya haha... so rasanya amat sesuai nama tu dengan Mak Dara..

So setelah berjaya mencipta blog BICARA MAK DARA.. dengan bangganya Mak Dara publishkan di wall facebook Mak Dara.. Tanpa disangka ramai yg mengomen. rata rata suruh Mak Dara taruk nama ANAK DARA.. ada jugak yang bagi cadangan supaya blog ini dinamakan "bicara anak dara sunti"



Ada sahabat Mak Dara pm Mak Dara di FB dan memberi pandangannya.. katanya.. letak "bicara dara" or "dara berbicara" sounds exciting and kinky. katanya Dari aper yang dia tengok lelaki lebih terangsang bila dengar cerita wanita yang dah kahwin. It is just a turn on.

Mak Dara amat amat menghargai pendapat teman FB Mak Dara tu.. Bukan senang nak dapat pendapat dan insight scoop dari dunia lelaki ni.. Yup pada mula mulanya memang terlintas jugak nak tulis BICARA DARA tapi rasanya tak sesuai pulak a mother of 4 macam Mak Dara nak mengaku Dara hahaha.. tks Nahu.. harap2 dapat banyak lagi pandangan dan insight scoop dari dunia lelaki.. really interesting.. =)

Apa apapun.. harap harap uols semua dapat menerima MAK DARA seadanya ya.. hehehe


Kenapa Mak Dara Nak Berblog

Assallammualaikum..

Kenapa Mak Dara nak Berblog? hmm satu soalan yang sungguh best.. sebenarnya Mak Dara memang gila menulis. Mak Dara dapat tahu yang Mak Dara berbakat dalam bidang penulisan semasa mak dara sekolah rendah lagi. Bila cikgu Bahasa Malaysia Mak Dara minta Mak Dara dan satu kelas buat karangan dengan ayat bermula dari... Suatu hari ketika dalam perjalanan pulang dari sekolah, saya telah... semua rakan sekelas Mak Dara tulis kena kejar anjung lah.. tersesatlah dan macam macam cerita yg "cliche" .. tapi mak dara tulis bagaimana Mak dara telah diculik oleh sekumpulan penculik dan menceritakan pengalaman menjadi tebusan dan bagaimana akhirnya diselamatkan dan malangnya kerana ayah terkorban dalam adengan tembak menembak antara polis dan penculik. hahaha cikgu puji meleleh leleh membuatkan Mak Dara kembang semangkok.

Bila dah besar Mak Dara bertemu suami , Martias Ali seorang Penulis Skrip drama yang amat berbakat. Setelah berkahwin akhirnya Mak Dara terus ikut jejak langkah suami dan turut jadi penulis skrip drama dan filem. Setelah 14 tahun Mak Dara terlibat dalam dunia penulisan kini hampir 59 buah skrip drama dan filem telah ditayangkan di TV.

Menulis skrip selalunya Mak Dara terpaksa ikut jalan cerita pihak producer. Tapi banyak yang tersurat dan tersirat yang tak dapat Mak Dara luahkan. Cari punya cari punya cari akhirnya Mak Dara dapat jawapannya.. BLOG!!



Mak Dara telah mula berBLOG dari tahun 2006 lagi. Blog pertama Mak Dara iaitu mengenai band mak dara iaitu D'ADZA. Blog kedua mengenai semua skrip skrip yang pernah Mak Dara hasilkan. Tapi kedua duanya macam terlalu formal dan Mak Dara masih tak dapat meluahkan apa yang selalu bermain di kotak fikiran Mak Dara. Maka hari ni Mak Dara ambik keputusan untuk buat BLOG baru dan nak tulis apa saja yang bermain di kepala ni tanpa ada batasan..

Semoga anda enjoy membaca BICARA MAK DARA..