Tuesday, January 18, 2011

APA KAU RASA

Lebih 14 tahun Mak Dara terlibat dalam bidang penulisan skrip. Hampir 59 skrip drama Mak dara telah ditayangkan di kaca TV sejak 1997 lagi antaranya SAKA, NEK NAK, CUCI CUCI SERVICES, BOLA CINTA dan banyak lagi. Filem hasil tulisan Mak Dara yang ditulis bersama suami ialah SHHY..DIA DATANG, SERREM and LIBAS yang akan ditayangkan di pawagam pertengahan tahun ini.. Sekarang Mak Dara menceburi bidang Blog dan Mak Dara pun teringin nak menceburi bidang menulis lirik lagu pulak..

lirik pertama yang pernah Mak Dara tulis ialah untuk band Mak Dara berjudul "APA KAU RASA".. cubalah rasa lirik ni ek.. enjoyssss

lagu: APA KAU RASA
musik: HADI HASSAN
lirik: ADZA IRDAWATI
artis: D'ADZA



Apa Kau Rasa

Kau Sukakan Wanita-wanita Cantik
Ku cantikkan Diriku
Kau Suka Wanita-wanita Genit
Ku Mulakan Diet Ku
Kau Gilakan Wanita-wanita Seksi..
Itu Bukan Aku
Wanita Seksi.. Seksi.. Itu Bukan Aku

Bila Difikir Kembali Bodohnya Diriku
Mengapa Harus KuPuaskan Hati Mu Saja
Aku Tetap Aku Wanita Luar Biasa
Kini Penuhi Pula Permintaan Ku

Hensemkan Diri Mu..
Kempiskan Boroi Mu..
Saratkan Akaun Mu..
Jantankan Kelakian Mu..
Setelah Penuhi Segala Yang Ku Pinta
Kau Temui Aku, Kini Apa Pula Kau Rasa

Tell Me How U Feel
I Do It Again
I’ve Got A Get Up Get Up And Get Down
I Do It Again
I’ve Got A Get Up Get Up And Get Down
Now Tell Me How U Feel

Amacam ada rasa apa apa tak lepas baca lirik Mak Dara ni hehehe


FACEBOOK akan ditutup 15hb Mac 2011?

Terkejut Mak Dara bila terbaca kecoh di status status Facebook dan di blog blog yang tengah hangat dengan isu Mark Zuckerberg pengasas laman web sesawang facebook nak tutup akaun facebooknya tepat pada tarikh 15th March 2011 ni. Semua pengguna Facebook sure panik punya, terutamanya kepada pengguna tegar Facebook macam Mak dara ni.

rupa rupanya semuanya hanyalah satu propaganda aje.. Lega Mak Dara mendengarnya.. kalau tak, hilang ler semua kawan kawan Mak Dara yang beribu ribu lemon tu hehehe...

Mak Dara masih teringat lagi pertama kali Mak Dara terjebak dalam dunia FACEBOOK ni, kalau tak silap 2 tahun lepas kot. Inipun kawan Mak Dara yang kenalkan FACEBOOK pada Mak Dara.

Mula mula tu rasa macam tak besttt.. Sebab time tu Mak Dara tengah gila dengan dunia MYSPACE.. Tapi lama kelamaan Facebook ternyata lebih bestt dr MYSPACE sbb lebih telus dan lebih matang dari MYSPACE. sehinggalah pada tarikh ini Mak Dara ada 2akaun Facebook dimana first acc dah full. Dan Mak Dara jugak dah mengasaskan beberapa group iaitu "MALAYSIAN SINGLE ARE HOTS" , "MALAYSIAN WIFEY ARE HOTS" dan "MALAYSIAN HUBBY ARE HOTS".. hots tak hehe..


kalau pun Facebook ditutup jangan risau akan ada
pengganti FACEBOOK iaitu dRbook hehehehe =)


MAK DARA MAKEOVER

Dah lama Mak Dara teringin nak belajar cara makeup yg proper bukan main calit jer kaler kaler ke mata , ke pipi macam yang selalu Mak Dara buat tu. Nak nak pulak Mak Dara akan ke Festival Short Film di Kochi India pada 26hb Januari 2011 depan ni. Gilaaa.. cuba bayangkan majlis festival filem kat India.. sah sah semua yang hadir nanti berhias macam artis artis bollywood.. Takkan Mak dara nak makeup macam nak gi Sungai Wang pulak kan hehe..

Akhirnya Mak Dara dapatkan khidmat Jurumakeup terkenal Fazreen Azrin Shah. Dia ni banyak buat makeup utk drama drama dan filem.. macam filem Libas.. (mak dara dan suami yang tulis skrip filem LIBAS ni yg akan ditayang tengah tahun ni nnt.. tunggu.. haha sempat promote)

Nak dipendekkan cerita yang tak berapa panjang ni, akhirnya Mak Dara belajar one on one cara makeup dengan Fazreen. Bukan senang tau nak dapat khidmat one on one ni.. senang tak payah pegi bengkel belajar makeup. so semua pembelajaran tertumpu pada kita aje..

Fazreen tengah menunjukkan cara makeup yang betul pada Mak Dara

Setelah lebih 5 jam belajar. Akhirnya Mak Dara dapat belajar asas makeup untuk Day Makeup, Night Makeup & Glamour Makeup.. alhamdullilah..

Mudah2an Mak dara dapat makeup pada malam anugerah di India tu nanti.. =)

TAFSIRAN MIMPI MAK DARA


Keadaan gelap gelita, dada semakin berdegup kencang.. dup dap dup dap.. Kaki dan tangan tak dapat bergerak.. tiba tiba 2 cahaya merah makin lama makin dekat semakin lama semakin dekat.. hembusan nafas semakin mengena ke muka.. ngauman semakin lama semakin kuat... makin laju aku lari makin dekat ia menghampiri.. akhirnya aku sedar...
"ARGGGGHHH Harimauuuuuu!!!!!!!!"

Tup.. Terus Mak Dara bangun dengan berpeluh peluh.. perghhh real sungguh mimpi Mak dara pagi tadi.. tak rasa macam mimpi langsung..


Walau Mak Dara cuba nak tutup mata nak sambung lena tapi still mata tak nak tutup. Apa lagi Mak Dara terus bangun dan buat keje macam biasa. Tapi entah kenapa mimpi pagi tadi masih bermain dalam fikiran Mak Dara. Apa lagi terus terfikir untuk cari tafsir mimpi tu.. Google punya google akhirnya Mak Dara jumpa few site pasal tafsiran mimpi.

Bermimpi dikejar harimau

Ada orang yang berniat jahat kepada kita

Alamak macam mana ni.. Mak dara mimpi 2 ekor harimau yang kejar Mak Dara.. Takkan ada dua orang yang berniat tak baik pada mak Dara.. huhuhu nervous Mak Dara dibuatnya.. Tapi Mak Dara ingat balik.. mimpi mainan syaitan..hehe.. tapi best jugak baca semua tafsiran mimpi ni... macam macam ada..

Korang ada mimpi yang pelik pelik.. cubalah ushar ushar tafsiran dibawah..

1. Mimpi rambutnya putih : Akan cepat beruntung dalam usaha dan akan berumur panjang.
2. Mimpi rambutnya merah : Akan mempunyai perasaan hati yang tidak enak.
3. Mimpi rambut menutup mata : Akan mengalami celaan atau ejekan mendadak.
4. Mimpi melihat rambut palsu : Akan ditipu orang yang disangka teman sendiri.
5. Mimpi rambutnya seketika menjadi lebat : Akan memperoleh kegembiraan, bila sudah berkeluarga akan memperoleh anak.
6. Mimpi rambut berjatuhan : Alamat kurang baik, akan bersedih hati.
7. Mimpi potong rambut (bercukur) : Ada diantara sanak famili yang terganggu kesehatannya atau akan terpisah / bercerai dengan kekasihnya.
8. Mimpi menyisir rambut : Kesengsaraan dirinya akan segera berubah.
9. Mimpi mencat atau mewarnai rambut orang lain: Akan memperjuangkan sesuatu tetapi sia-sia.
10. Mimpi mencat atau mewarnai rambut sendiri : Harapan-harapan yang baik dalam bidang usaha.
11. Mimpi mencuci rambut (keramas) : Akan mendapat gangguan hidup
12. Mimpi memotong rambut orang lain : Akan memperoleh keuntungan atas biaya orang lain.
13. Mimpi memiliki rambut hitam lebat : Akan memperoleh kesehatan yang baik.
14. Mimpi mengepang rambut : Suatu persahabatan yang retak akan pulih kembali.
15. Mimpi melihat rambut tumbuh di tangan : Suatu, alamat kurang baik.
16. Mimpi melihat rambut keriting : Akan memperoleh keberhasilan dalam masalah cinta.
17. Mimpi melihat seorang lelaki yang botak : Akan memperoleh penghargaan dan kekayaan.
18. Mimpi melihat seorang wanita yang botak : Tanda kebencian.
19. Mimpi kepala timbul luka-luka banyak : Akan memperoleh keuntungan.
20. Mimpi kepala keluar tanduk : Akan ada perselisihan faham.
21. Mimpi muka masam atau cemberut : Akan mengalami kerugian.
22. Mimpi muka cantik molek : Akan bercinta dan bahagia.
23. Mimpi muka hitam atau bernoda hitam : Akan kurang baik dalam sehari dua hari.
24. Mimpi bercermin muka : Harus berhati-hati dalam segala tindakan.
25. Mimpi melihat wajah sendiri : Akan muncul kesedihan.
26. Mimpi melihat wajah yang hitam : Akan panjang umur.
27. Mimpi wajah yang tersenyum : Akan memperoleh kesenangan dan teman baru.
28. Mimpi melihat wajah jelek tidak karuan bentuknya : Akan muncul bencana.
29. Mimpi membasuh wajah sendiri : Akan memperoleh masa depan yang lebih baik.
30. Mimpi melihat wajah sendiri merah padam : Anda sedang jatuh cinta, tetapi dirahasiakan.
31. Mimpi melihat wajah orang merah padam : Seseorang akan menyatakan cinta kepada anda.
32. Mimpi berjenggot panjang : Akan bertapa atau berpuasa.
33. Mimpi rambutnya digunting orang : Akan berpisah dengan kekasihnya.
34. Mimpi melihat mukanya bergerak-gerak : Akan kesukaran memperoleh rezeki.
35. Mimpi mempunyai janggut : Akan sehat, segar bugar
36. Mimpi memotong janggut : Akan terjadi beberapa kerugian.
37. Mimpi melihat janggut berwarna merah : Waspadalah terhadap gangguan dari teman berhati palsu (pengkhianat).
38. Mimpi sepasang mata yang biru : Akan merasakan atau mendapatkan kasih sayang yang agung.
39. Mimpi sepasang mata yang hitam : Peringatan agar anda waspada / berhati-hati.
40. Mimpi sepasang mata yang juling : Akan kekurangan uang.
41. Mimpi pancaran mata yang hangat / bernafsu : Akan kecewa dalam bercinta
42. Mimpi sepasang mata yang berwarna hijau : Akan memperoleh teman yang setia.
43. Mimpi tidak mempunyai mata : Alamat sudah dekat ajalnya.
44. Mimpi melihat mata orang lain : Akan memperoleh emas atau perak.
45. Mimpi melihat seorang yang buta : Akan ada sahabat yang meminta pertolongan pada anda.
46. Mimpi diri sendiri bermata buta : Anda harus berhati-hati dalam pekerjaan.
47. Mimpi bermacam macam : Akan bermain cinta kepada dengan orang yang diidam-idamkan (lama dirindukan).
48. Mimpi hidung berdarah (mimisan) : Akan mengalami keberuntungan walau sekedarnya.
49. Mimpi melihat seseorang yang berhidung besar : Alamat anda harus memikirkan diri sendiri.
50. Mimpi melihat diri sendiri berhidung besar : Anda jangan pedulikan orang lain