Friday, January 21, 2011

Zaquan Adha bernikah dengan Ayu Raudhah

Haaaaa.. membaca tajuk ni jer.. Mak Dara pasti ramai anak anak Dara yang menggigit jari. manakan tak.. si hensem dan kacak lagi terror main bola ni sudah sah menjadi suami orang.. Takpe dik.. insyaallah jodoh adik adik akan sampai hehe.

Dengar khabar Ayu Raudah sah menjadi isteri kepada Zaquan dengan hanya sekali lafaz, perghh alhamdullilah.. Mak Dara rasa sure malam semalam si Zaquan banyak kali practice untuk mengucapkan akad. Bukan senang tu.. dengan gemuruhnya lagi dengan semua mata mata tertumpu pada kita untuk lafaz, sure nervous.. Cehh macam lah Mak Dara tau.. bukannya Mak Dara yang lafazkan akad masa Mak Dara bernikah dengan cik abang Mak dara dulu hehe..


Pasangan kelihatan anggun dengan busana rekaan Man Kajang

Khabarnya pada majlis yang serba ringkas tu, Ayu menerima mas kahwin RM1,888 serta tujuh dulang hantaran daripada pihak lelaki dan berbalas sembilan dulang. Hah ni yang paling Mak Dara setuju... Mas kawen tak perlu mahal mahal.. jangan susahkan benda yang baik.. Zaman sekarang mas kawen mencecah beribu ribu lemon itu belum masuk wang hantaran lagi tu. Dah macam nak menjual anak aje.. Macam diorang ni bagus.. sederhana aje.. Pastu wang hantaran pun tak kecoh kecoh nak sebarkan pada semua orang.. Mak dara suka cara diorang..

Kepada Adik adik Dara yang masih solo tu dont be khuatir.. ramai lagi pemain pemain bola kebangsaan kita yang hensem hensem.. alihkan minat uols pada mereka yang single single tu yer.. Mari kita doakan semoga perkahwinan antara Zaquan Adha bernikah dengan Ayu Raudhah berkekalan hingga ke anak cucu, insyaallah. Amin...

BILA MAK DARA MAIN BOWLING

Masa dolu doolu.. Naga Ria Bowling adalah tempat Mak Dara berdating dengan suami Mak Dara(masa tu boyfriend ler). Masih ingat lagi 15 tahun lepas.. dalam seminggu sure 3,4 kali main bowling.. Walaupun tak terror tapi happy sebab dapat gi dating dengan pojaan hatiku..Tapi sejak dah kahwen dan berderet deret anak ni dah jarang le menjenguk je bowling alley ni... Naga Ria Bowling pun dah lama bungkus hehe.

pic masa Mak Dara tgh berdating (1996)

Baru baru ni adik adik Mak Dara Adza Rina dgn Adza Emie ajak Mak Dara gi main bowling. Hish dah lama tak main ni.. Walaupun dah bagi macam macam alasan tapi diorang still gak ajak. Last last Mak Dara follow jer lah.

Mak Dara berbowling bersama anak anak =)

Bila sampai nervous gak sbb dah lama tak main. Nak masukkan jari ke dalam lubang pun dah kekok haha.. Siapa sangka .. lontar punya lontar.. punya lontar last2 Mak Dara berjaya jatuhkan 139pin.. Perghhhhhh tak pernah lagi seumur hidup Mak Dara dpt jatuhkan pin sebanyak tu.. sebab longkang selalunya jadi peneman kepada setiap lontaran bola dari Mak Dara . Bagi orang lain maybe sikit tp bagi Mak Dara kira terbaeklah tu hahahahaha

woooot wooot =)

Memang hari tu hari bertuah Mak Dara lah hehe.. Jom kita gi bowling.. =)

I POLLOW

Alhamdullilah.. Mak Dara amat teruja bila hari ni genap seminggu membuka blog BICARA MAK DARA dan dah ada 49 Followers yang mengikut Blog Mak Dara ni.. Hehehe jawapan muktamad? Dah pikiaq habih habih ka nih? Jangan menyesal ye hehe..


Mak Dara amat menghargai setiap seorang dari anda yang meng'follow" Blog Mak Dara . Untuk menghargai pollowers Mak Dara. Mak dara letakkan uols kek Wall Of Fames Mak Dara ni ek..


khairul Cik Eka tqa Mohammad


FaKArepA!n Elyssa zul ::jawer:: eliey :)


KinosKoko balqisnazid Nabiela Nadhirah


Kirana Haiqal Isabella hantupompuan


Kasih Emie Martias Musprop


athirahakmal Mia Liana JUE yad'z


aNa d'sKoDenG khadija Zara Firdaus

Siti Fairuz junko- ariffin DeQdEq

sanusi azhar Greenapel Jue ira mohd

abgteror iman Afiey Zakaria adlan

amiey Yanti Suudi


Kepada follower2 Mak Dara, Dont be khuatir.. Insyaallah Mak Dara akan menghidangkan cerita cerita yang menarik tertarik memang da bomb untuk anda selain menghidangkan kopi dan roti pat sagi yang enak disukai ramai..

ini antara link2 blog diorang.. =)
http://novelbeca-yazz.blogspot.com/

http://musprop.blogspot.com/
http://balqisnazid.blogspot.com/
http://kinoskoko.blogspot.com/
http://curi0us2me.blogspot.com/
http://elyssastories.blogspot.com/
http://www.tau4374.blogspot.com/
http://worldkelana.blogspot.com/
http://ekahafizy.blogspot.com/
http://gilamodified.blogspot.com/

tak sabar melihat siapakah follower Mak Dara yang ke 50!!!! Mak Dara akan preview blognya nnt!!! tunggu!!!!!

BILA MAK DARA BER"BANG"

Sejak kebelakangan ni ramai yang potong rambut dengan gaya "bang" di dahi.. Mak dara sukaaaaaa tengok tapi Mak Dara tak berani nak gi potong. Mana tau tiba2 tak sesuwaii dengan Mak Dara. Mau naya jer nanti..

Satu hari bila Mak dara tengah dok asyik layan FB tetiba tengok ada someone share post product jualannyer instant bang. Biaq betul.. Mak dara pun apa lagi terus ler menjengah ke profilenyer.. SupermodelsSecrets E-shop. fuhhh bermacam macam product diorang jual dan mmg best. Tapi yang paling menarik hati Mak Dara.. ofcoz Intant Bang tu..Apa lagi terus ler Mak Dara mengorder bang tu dengan few things yang lain.


Lepas tunggu punya tunggu punya tunggu akhirnya barang tu semua sampai 5 minit tadi. Perghh apa lagi bangun tido terus try.

muka orang baru bangun tido hahaha..

Yeayy.. akhirnya dapat ler jugak Mak Dara merasa rambut ber"bang" tanpa perlu memotong rambut Mak Dara ni.. I like.. tks michelle SupermodelsSecrets E-shop. really lovess it..