Wednesday, January 26, 2011

Majlis Anugerah PROFIMA



Mak Dara dan suami telah ke Majlis Anugerah Profima di Hotel Palace Of The Golden Horses malam semalam (25 Jan 2010). ini bertujuan menghargai jasa dan pengorbanan pekerja tabir dan pengiat industri filem tanah air.

Mak Dara dan suami ke majlis anugerah tu kerana filem pendek arahan suami Mak Dara, Martias Ali telah tercalon didalam kategori Short Filem terbaik dan kategori animasi 3D terbaik yang telah diterbitkan oleh syarikat Two Tones Production. Dan dua telemovie hasil skrip Mak dara dan suami iaitu "DOA KE SYURGA" dan juga Drama berjudul "SONGKOK" turut tersenarai dalam pertandingan itu.



Tuah ayam nampak dikaki, tuah Mak Dara dan suami tak nampak malam tu hehehe.. Walaupun tewas, kami berbangga sebab sekurang kurangnya hasil kerja kami turut tersenarai dalam pertandingan itu.

Kebanyakkan anugerah di rangkul oleh Rashid sibir dan producer Zainudin Enuja tidak ketinggalan juga Norman KRU untuk filem Magika.

Apa apa pun Presiden PROFIMA En Khir Mohd Nor harus diberi pujian. Malam anugerah itu berjalan lancar dengan jayanya. Tahniah. Tahniah juga Mak dara kepada semua pemenang dan pada yang tidak berjaya, cuba lagi tahun depan.