Monday, February 7, 2011

Bila Hubby Mak Dara & "ANAK" Kuar Harian Metro

Perghhh.. patut ler malam tadi Mak Dara tidur asyik senyum jer sampai ke pagi.. Rupa rupanya pagi ni dapat tahu yang suami Mak Dara nak keluar surat khabar Harian Metro hari ni (7/2/11).. Bukan bahagian muka depan artikel pasal "Cekup Isteri Khalwat" ok.. tapi di segmen RAP msR11.

Artikel yang ditulis adalah mengenai "PENGHARGAAN UNTUK ANAK".. tapi bukan cerita pasal anak anak kami tapi "ANAK" adalah sebuah judul filem pendek arahan suami Mak Dara Martias Ali dan producernya iailah En Amru Najmi dan syarikat miliknya iaitu TWO TONES SDN BHD =)




Artikel ni juga mengetengahkan kemenangan "ANAK" dalam pertandingan SCRIPT SHORT FILM FESTIVAL di Kerala Cochin India 2 minggu lalu. Yang buat Mak Dara bertambah senyum tu bila gambar yang Mak dara tangkap turut dimuatkan dalam artikel tu.. Perghhhh terasa macam profesional photographer pulak bila karya dimasukkan dalam surat khabor.. walhal satu apa pun tak tahu pasal kamera dslr tu.. Mak dara main picit dan tekan jer hehehehe

Dibawah adalah sedutan dr artikel berita harian.

Filem pendek Anak arahan Martias Mohd Ali pula berjaya meraih anugerah khas juri pada pertandi�ngan filem pendek dikenali Festival Social & Corporate Responsibility International Promotional Theatre (Script 2011) diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Gokulam, Cochin Metropolis, India selama dua hari pada 28 Januari lalu.

Martias yang menjadi wakil tunggal negara ke sana berkata, acara julung kali anjuran Rotary Club of Cochin Metropolis dengan kerjasama Public Broadcasting Service Trust dan Indian Documentary Producers Association (IDPA) ini menyaksikan enam karya bertanding untuk kategori Antarabangsa termasuk Sepanyol sebanyak tiga penyertaan, Australia (1) dan Austria (1).

Walaupun filem Sepanyol, Boy In The Closet menang anugerah Filem Pendek Terbaik tetapi Anak, terbitan Two Tones Sdn Bhd dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) tetap berbang�ga dengan kejayaan Golden Halo Awards.

“Sambutan yang diterima daripada karyawan mahupun penonton di sana terhadap Anak memang cukup hebat. Ada antara mereka bukan saja bertepuk tangan apabila Anak selesai dipertontonkan tetapi ada yang berjumpa saya menyatakan filem ini mampu menang.

“Bagi saya, kejayaan anugerah ini menjadi pencapaian awal untuk penyertaan
di festival seterusnya. Maklum balas yang diterima, penonton menyatakan Anak adalah suatu karya yang menarik perhatian ramai dan tidak pernah terfikir mengenai subjek pemanasan global yang ingin diperjuangkan.

“Malah, juri berkata, Anak mencetuskan tanda tanya pada penonton pada peringkat awal dan akhirnya memberi kesedaran pada semua penonton.

“Pada pertandingan ini, ada juga subjek lain diketengahkan seperti kelaparan, pembunuhan gajah dan ikan paus, sebaliknya hanya Anak membawa kisah mengenai kepentingan menjaga pokok.

“Jika dilihat, karya lain yang bertanding memang cukup hebat pada aspek penceritaan dan penyampaian. Saya turut kagum hasil Boy In The Closet membawa kisah budak lelaki menyelamatkan adiknya ketika peperangan seolah-olah filem cereka,” katanya.

Kata Martias, enam juri dipertanggungjawab mengadili karya bertanding iaitu bekas pemenang Aktres Terbaik, Revathy Menon; wartawan dan juga pemenang anugerah International Journalist Author & Documentary Film Maker, Anita Pratap; editor filem, Bina Paul Venugopal; bekas Naib Presiden IDPA, Ajithan G Kurup; wakil akhbar Indian Express, E P Unny dan juruaudit, Jose Dominic.

“Saya melihat penganjuran acara ini juga mencatat kejayaan. Menariknya, ada produser di sana yang berhasrat menjalin kerjasama untuk projek seterusnya.

“Dari aspek CGI, mereka juga kagum. Malah, Anak bukan saja mencatat kemenangan tetapi secara tidak langsung mempromosikan Malaysia apabila membuatkan mereka tertarik melancong ke sini.

“Daripada 17 penyertaan Anak yang dihantar ke pertandingan seluruh dunia, Jepun dan Barcelona sudah memberi maklum balas filem ini disenarai pendek. Begitu juga, Festival Filem Cannes masuk peringkat kedua proses pemilihan.

“Biarpun Anak gagal menang pada Anugerah Profima, baru-baru ini tetapi kejayaan di Script 2011 tetap me�ngubat kekecewaan. Langkah seterusnya, saya masih berusaha ingin menayangkan Anak sempena Hari Bumi pada 22 April nanti.

“Untuk itu, saya ingin mengajak syarikat korporat untuk bekerjasama. Saya juga berhasrat mengadakan pertandingan filem pendek atas tujuan korporat, sosial dan tanggungjawab (CSR).

“Harapan saya, jika Anak dapat ditayangkan sekurang-kurangnya di 10 negara, ia sudah menjadi kebanggaan pada saya dan produksi ini,” katanya.

p/s: untuk keterangan yang lebih terang, Mak Dara cadangkan supaya anda bukak lampu.. kalau nak lagi senang dapatkan harian metro arini yer hehehe

ZOMBIE ULTIMATUM Sambungan filem Hantu Kak Limah Balik Rumah

Petang tadi Mak Dara dan adik adik Mak dara pegi jalan jalan kat Ikano dekat The Curve @ Mutiara damansara. Tapi kami jadi hampa bila jualan di "THE STREET" yang selalu dibuka pada setiap minggu itu tidak beroperasi perniagaannya. wahh beraya sakan diorang ni sampai tak bukak kedai.. jadi kamipun jalan jalan ler area2 situ.

Tiba tiba Mak Dara dan adik adik Mak Dara terserempak dengan "Ayang" atau nama yang lebihdikenali ramai iaitu penyanyi dan pelakon terkenal iaitu Ezlyn. Dia menegur adik Mak Dara. Dipendekkan cerita Adik adik Mak Dara Tuty & Rina ni dulu pernah menyanyi bersama dalam Band D'ADZA sebelum dia dilamar menjadi penyanyi oleh KRU.. Walaupun dah terkenal tapi "ayang" tetap macam dulu.. peramah, rendah diri, lemah lembut tak sombong langsung.. Memang sikap yang Mak Dara respect.



Bila ditanya perkembangan terbarunya, Ezlyn menyatakan dia berlakon dalam filem terbaru iaitu sebuah filem sambungan kepada filem HANTU KAK LIMAH BALIK RUMAH. Kalau tak silap Mak dara tajuknya ZOMBIE ULTIMATUM Perghhhh besttt tu.. Tahniah kepada pengarahnya Mamat khalid keran telah berjaya membuat sambungan kepada filemnya yang telah Box Office itu.

Mak Dara pasti filem ini pun akan meletopzz di pawagam nanti.. all the best ya ..