Terkejut Mak Dara bila mendengar cerita tentang seorang pelajar di Melaka, Sally Lee Qian Chun, 17, dari SMK Seri Kota Ayer Leleh, telah membunuh diri selepas mengumumkan niatnya itu di Facebook.
Sally Lee Qian
Dengar cerita Sally telah meluahkan perasaannya tentang hubungannya yang gagal dan telah meluahkan niatnya untuk membunuh diri. Pastu yang tak seronoknya, tiada seorang pun dari kawan kawan mendiang mahupun kawan di FB yang cuba menghalang atau memujuknya malah mereka tidak percaya dan ada yang mencabarnya untuk melakukan apa yang dikatakan oleh mendiang. Apa punya kawan lah ni.. memang tak boleh pakai betul.Sebelum membunuh diri, Sally Lee Qian sempat menghantar post di FB mengingatkan kawan kawannya untuk membelikannya sebuah patung dan keranda untuknya dan meminta semua rakan rakannya tidak merinduinya bila dia telah tiada nanti.
Sally telah membunuh dirinya dengan duduk dengan bahaya di koridor di hadapan kelasnya lalu terjatuh dan terus meninggal di tempat kejadian.

Di sinilah Sally Lee Qian jatuh dari tingkat kedua di sekolahnya.
Hairan betul Mak Dara.. Takkan lah takde seorang pun dari kawan atau saudara yang terbaca dan rasa perlu bersemuka dengan mendiang ni. Tapi benda dah berlaku. Cuma apa yang boleh kita lakukan ialah mengambil cerita ini sebagai satu ikhtibar. Kita perlu lebih peka dengan hati dan perasaan setiap orang disekeliling kita. Kalau ada rasa yang tak kena cubalah untuk membantu yang semampu. Manalah tahu kalau kalau kita dapat membantu mereka kan..