Friday, February 11, 2011

Bila Mak Dara join 1tube



Selama ni Mak Dara hanya tahu akan kewujudan youtube. Tapi siapa sangka Malaysia juga sekarang dah ada "1Tube"sebuah komuniti Video Klip Malaysia. perghhh cayalah.. Mak Dara terus sign up tadi. Rasanya lebih baik kita sokong produk nagara kita sendiri betul tak =)

Hmm... video apa nak kasi upload kat acc 1Tube Mak Dara ni ek.. hmmm masa untuk menggodek godek file video di dalam pc.. tunggu ek.. bila Mak dara dah upload Mak Dara habaq mai na...hehehe

apa kata kita ramai ramai memeriahkan 1Tube.. sign up ler sekarang . klick jer kat logo kat atas untuk ke website 1Tube tu yer =)

Urutan Ayurveda di Kerala India

Mak Dara di pusat peubatan dan urutan Ayurveda di Kerala India

Mak Dara ni memang kaki berurut.. boleh kata sebulan-dua bulan sekali mesti Mak Dara gi berurut. Lenguh lenguh badan dan stress stress boleh hilang bila gi berurut ni. Yang bestnya suami Mak Dara pun suka berurut jugak. Tapi kalau dia nak berurut Mak Dara pastikan yang tukang urutnya lelaki le hehe. Tapi kami selalunya pergi couple massage. Senang nampak dia diurut di depan mata hehe.. Bukan tak percaya suami, tapi tak percaya pada yang mengurutnya tu wakakakaka..

Suami Mak Dara di pusat peubatan dan urutan Ayurveda di Kerala India

Nak dijadikan cerita, Mak Dara ke Kerala India 2 minggu lepas. Apa lagi.. kepala Mak Dara pikir nak merasa urutan cara orang india pulak.. Sebab sebelum ni di percutian Mak dara yang lepas lepas Mak Dara dah rasa Thai Massage di Bangkok , dan Mak Dara juga dah merasa Balinesse Massage masa Mak Dara ke Bali dulu.

Mak Dara dan suami pun pergilah ke tempat urutan Ayurveda yang terkenal di Kerala India. Tempatnya di tepi tasik dan hanya boleh kesana melalui house boat.

Setibanya kami disana, Kami ditanya apa yang sakit oleh seorang Doktor Ayurveda . Rupanya lain penyakit lain cara urutannya. urutan dia ada yang sejam, 2 jam dan ada sampai berhari hari. Nasib baiklah Mak Dara dan suami takde penyakit jadi kami ambik pakej yang sejam aje. bayangkan kalau ambik pakej yang berhari hari punya, mau lenyau badan kami haha


Mak Dara di bilik Doktor Ayurveda.
Lupa pulak nak ambik gambor doktor tu sekali hehe

Mak Dara dan suami di masukkan ke dalam bilik yang berasingan. Maka bermulalah sesi urutan ayurveda.

Perghhhhhhh satu pengalaman yang tak dapat dilupakan dan mengerikan bila "minachi' yang nak mengurut Mak dara tu meminta Mak Dara membuka semua pakaian Mak dara dan diberikan sehelai kain kechikkkkk untuk menutup apa apa yang patut. pada mulanya mak Dara rasa macam nak lari keluar dari bilik urutan tu.. tapi pikir balik lantak lah.. Mak dara takkan jumpa lagi minachi yang mengurut Mak Dara tu. So Mak dara turutkan jua.

Mak Dara kemudian dibaringkan di atas satu katil kecik khas untuk mengurut. Sekali lagi Mak Dara dikejutkan bila badan Mak Dara penuh dilumur minyah. Mak oiii rasanya macam 2 atau 3 paket minyak yang disapu kat seluruh badan Mak Dara ni. Pendek cerita Mak Dara ni diuli uli selama satu jam bagai menatang minyak yang penuh.. terasa badan ni nak kena salai jer bila penuh dengan minyak haha.

(ini bukan Mak Dara yer hehe) tapi macam ni lah minyak
yang disapukan di badan mau 3 kilo minyak untuk badan Mak dara yang gebu nih haha

Lepas sejam disalai err diurut hehe Mak Dara di bawa masuk kedalam bilik mandi. Mak Dara dikejutkan sekali lagi bila minachi tu memandikan Mak Dara. Mak oiiiii terasa macam budak budak pulak. Gamaknya, ni lah perasaan anak anak Mak Dara bila Mak Dara mandikan diorangkan..


Mak dara bersama tukang urut ayurveda

Bila semuanya dah selesai, Mak Dara dan suami naik semula ke house boat. Di sana kami bantai gelak sakan dengan pengalaman kami diurut. Tapi bagai orang kata, masuk kandang kambing mengembek, masuk ladang rimau mengaum.. masuk pusat perubatan ayurveda meminyak hehe.