Saturday, February 12, 2011

Mahu Blog Anda Direview?

Menjadi satu rutin harian bila Mak Dara bukak jer blog.. kalau ada idea yang best best.. Mak Dara akan buatkan updatekan satu post baru..Itupun kalau ada idea tapi selalunya kalau idea tara mari Mak Dara terus jer membalas sumer kunjungan yang menjenguk blog Mak Dara ni.. Pastu Mak Dara akan menziarah pulak jiran jiran dan beberapa AJK mesyuarat tingkap Mak Dara terutama sekali blog yang akan Mak Dara singgah hampir setiap hari adalah blog Ben Ashaari. Memang macam macam segmen menarik dari Ben hampir setiap hari.

Terbaru Mak Dara teruja bila Ben membuat post terbaru tentang seorang blogger bernama AYU. Kalau anda nak tahu Puan Ayu ni sedang membuat segmen terbarunya iaitu segmen Jom Gegar Blog anda!!!!

Maknanya jika anda mahu blog anda direview apa yang perlu anda lakukan hanyalah memberikan link url anda di segmen tu.. tu saja..

Yang bestttnya tentang Puan Ayu ni.. Dia tak minta pun supaya Blognya di follow oleh anda seperti yang selalu dilakukan oleh bloggers2 lain yang mengadakan segmen mereka.. Tapi kalau ada yang sudi nak follow tu baguslah alhamdullilah... Memang tulus dan ikhlas Cik Ayu ni.

Walau apa apun Mak Dara salute Puan Ayu.. Walaupun bergelar isteri, majikan, ibu, anak dan menantu namun belialu sanggup mengadakan segmen yang sungguh ikhlas ni..

so kepada sesiapa yang nak blog anda direview dan nak join segmen beliau silalah klick di sini : Jom Gegar Blog anda!!!!
tarikh tutup sebelum 3.32011

Mak Dara menyertai Persatuan SWAM

Setelah 15 tahun Mak Dara berkecimpung dalam dunia penulisan skrip dan akhirnya Mak Dara terpanggil untuk masuk ke dalam persatuan SWAM (SCREENWRITERS GUILD OF MALAYSIA). Ini adalah persatuan kedua yang Mak Dara sertai selain dari persatuan KARYAWAN.

Mak Dara @ Mesyuarat Agung SWAM di RTM
antara yang hadir ialah Dato' Yusof Haslam (berbaju ungu)


Suami Mak Dara, Martias Ali bersama Shahriman (penulis skrip filem Ngangkung)

Pagi tadi merupakan pertama kali Mak Dara menyertai mesyuarat agung persatuan SWAM ni.. Namun Mak Dara terkedu bila keahlian Mak Dara dibekukan walaupun Mak dara dah bayar yuran ahli dan dah isi borang keahlian dari bulan lepas lagi. Namun hanya atas sebab Mak dara tak sertakan gambar semasa menghantar borang keahlian maka Mak Dara tidak dibenarkan mengundi calon calon yang bakal menerajui SWAM di mesyuarat agung tu.



Hmm.. kecoh jugak dewan di RTM tu dengan kes Mak Dara dan seorang lagi rakan penulis yang senasib dengan Mak Dara. Namun akhirnya Mak Dara terpaksa akurlah dengan kata kata tuan pengerusi majlis. Maka Mak Dara hanya dibenarkan menjadi pemerhati sahaja . Tapi yang tak bestnya Mak Dara dengar ada ahli yang baru masuk.. lagi lambat mendaftar keahliannya dari Mak Dara tp boleh pulak dibenarkan mengundi..siap dicalonkan dan siap menang lagi.. hmmmm takpelah.. Mak Dara memang tak reti dengan teknik teknik "permainan" ni so Mak Dara senyum je le..


sesi mengira undi

Apa apapun apa .. Dapat mengundi ke tak, keahlian diterima atau keahlian dibeku ke tak, tak kisahlah.. Mak Dara senyumkan aja lah.. Bak kata pepatah masuk kandang kambing mengembek.. masuk kandang rimau mengaum.. Tak kisahlah apa yang berlaku pada Mak Dara pagi tadi yang penting Mak Dara harap semoga SWAM dapat mengangkat martabat seorang penulis..

1st video Mak dara via 1tube

testing testing.. Mak Dara try test cuba 1Tube.. hehe ni video masa Mak Dara di Hokaido Jepun tak lama dulu. Mak Dara belajar cara nak pakai kimono.. perghhh memang susah.. sama susah macam nak pakai sari.. =)



memang besttt time Mak dara di Hokaido Jepun tu.. maunya tak tengah 3rd honeymoonlah katakan ahaks..

hmmm.. besttt jugak 1Tube ni ek.. =)nanti nak godek godek lagi video yg ada di pc nak kasi upload >_*