Sejak baru masuk dalam dunia blogging ni Mak Dara banyak tengok rakan rakan blogger buat pelbagai jenis Segmen dan ada juga yang buat giveaway dan ada juga yang buat review tentang rakan rakan bloggers yang lain. Tergerak hati Mak dara untuk membuat satu GA yang agak sempoi..
Tapi terdetik jugak di hati Mak Dara ni.. Layakkah Mak Dara Untuk Buat Segmen atau Give away nih.. Blog Bicara Mak Dara ni belum pun cukup sebulan..Tapi tak kisah ler.. Mak Dara rasa nak buat jugaklah.. bukan apa, saja nak belajar belajar.. kalau tak cuba tak tahu kan? ;)
Pada rakan rakan blogger yg pernah buat segmen, GA atau review kasilah tips2 utk Mak Dara boley.. tankiuu jasamu ku kenang ahaks..
Tuesday, February 15, 2011
Gambar Mak Dara Semasa Baby
dari kiri Abah Mak Dara Adenan bersama Kakak Mak Dara Adza Adzriyati
Mak Dara yang gebu tu didukung oleh Ibu Mak Dara Pn Zaleha
Hehe selama 34 tahun Mak Dara hidup ni Mak Dara hanya ada beberapa keping jer gambar masa Mak Dara masih baby. Almaklumlah zaman dolu dolu mana nak sangat tangkap gambor kan..Mak Dara yang gebu tu didukung oleh Ibu Mak Dara Pn Zaleha
Rambut Mak Dara tak yah cakap lah kan memang lebat sejak dulu sampai sekarang hahaha.. masa ni umor Mak Dara dalam 6 bulan. Ibu Mak Dara kata kakak Mak Dara dulu suka main tarik tarik rambut Mak Dara. Ada satu hari tu sampai tangan dia terlekat dek rambut Mak Dara yang curl dan lebat sampai abah Mak Dara terpaksa potong rambut Mak Dara untuk lepaskan tangan kakak Mak Dara tu hahahaha..
Amacam gebu tak Mak Dara masa baby hehehe.
