Wednesday, February 16, 2011

Mak Dara nak pegi Ke Set Penggambaran Tuah Tertipu

Waduhh baru je habis tolong hubby mak dara siapkan skrip terbarunya berjudul "AKU, DIA DAN DIA.. mmg best citer dia.. Kelakau giler.. kisah percintaan antara minah tomboy dan mat lembut.

Sekarang Mak Dara nak siap siap untuk pergi menjenguk ke set lokasi drama sebuah skrip drama yang Mak Dara tulis berjudul "TUAH TERTIPU" di Hulu Langat.

Nanti malam Mak Dara kasi upload sekitar lokasi penggambaran tu yer.. tunggu =)

Segmen : Saya punyai 100 hingga 500 FOLLOWERS



Mak Dara kagum dengan Ben Ashaari ni . Memang kreatif sungguh. Banyak segmen anjuran beliau yang dah Mak Dara dah join. Hari ni Mak Dara Nak join pulak segmen terbaru beliau
SAYA PUNYAI 100 - 500 FOLLOWERS..

Kalau ada yang nak join segmen ni cepat le klick di sini.. SAYA PUNYAI 100 - 500 FOLLOWERS.. Jom le memeriahkan majlis =)

Sekian

Ilham!!!! Dimana kau!!

Mak Dara bukan tengah cari orang yang bernama Ilham tapi sebenarnya Mak Dara Tengah cari Ilham untuk membuat Giveaway pertama untuk Bicara Mak Dara ni.. Memandangkan Mak dara terlebey kreatif macam macam jenis idea pelik Mak dara nak buat untuk first GA Mak Dara ni. Tapi bila mendapat tip2 dari jiran jiran AJK mesyuarat tingkap Mak Dara seperti THE LEKAT LEKIT STORY,JUNKO-EL-HIDA,Sharifah nor & LyNn'Azlina . Mak Dara rasa elok kalau Mak Dara mulakan yang senang2 dulu..


Dah tak boleh pakai lampu kecik ni lagi.. Kena carik
lampu kalimantang nampak gayanya huhuhu

Tapi apa ek. hmmm.. Ilham!! oh Ilham!! Mana kau nih.. Lama nunggu ni huhuhuhu.

Mak Dara dan Batu Keras

Tidak.. Mak dara bukannya kena baling dengan batu yang keras. Dan tidak juga.. Mak dara tak kena penyakit batu karang hehehe.. batu Keras tu bahasa berlapik kepada HARD ROCK sebenarnya.

Mak Dara @ HARD ROCK CAFE KL

Mak Dara ni bukanlah kaki clubbing . Tapi Mak Dara memang suka menonton live band. Sebab Mak Dara dolu dolu pun salah sorang anggota Band juga. Band Mak Dara dulu namanya D'ADZA. Dimana Mak Dara main keyboard dan adik beradik Mak Dara yang lain menyanyi. Tapi sejak dah beranak pinak dan sejak spare tyre dah semakin menimbun nimbun maka Mak dara bersara dari dunia band ni sebelum roboh pentas dek sebab Mak Dara yang dah semakin gebu nih hehe.


Mak Dara bersama D'ADZA suatu masa dolu huhu

Jadi Mak Dara selalu lah pegi layan tengok band band perform. Terbaru Mak Dara dan adik Mak Dara gi layan Band Hydra yang perform kat Hard Rock Cafe KL. perghh memang besttt betul band tu. Yang bestnya bila diorang perform lagu lama lama zaman Mak Dara iaitu lagu2 dari Boyz 2 Men . Perghh menusuk kalbu bila dengar lagu The End Of The Road.. huhu

D'ADZA BAND

Tapi apa apapun seminggu sekali, Mak Dara pasti akan pergi menengok Band D'ADZA yang sekarang dianggotai oleh kakak Mak Dara iaitu Adza Adzriyati, Adik2 Mak Dara Adza Tutyrianti dan Adza Rinawati, serta abang ipor Mak Dara Tengku Noor(pemain keyboard) dan Amri (pemain gitar) yang sekarang perform di Crossroad Concord Shah Alam. Kalau uols pun suka tgk Band check out ler Band D'ADZA yer =)