Friday, February 18, 2011

Drama SONGKOK Merangkul 2 Anugerah Seri Angkasa

Drama berjudul SONGKOK - gambar oleh www.budiey.com


Anugerah Seri Angkasa 2010/2011


Klip dari Drama Songkok

Syukur alhamdullilah drama berjudul SONGKOK karya skrip suami Mak Dara Martias Ali dan idea asal oleh Mak Dara sendiri telah berjaya memenangi 2 anugerah di malam pertama ANUGERAH SRI ANGKASA dalam kategori "AUDIO TERBAIK" dan "EDITOR TERBAIK".

Tahniah kepada Juru Audio dan Editor drama ini dan juga kepada semua crew dan para pelakon dan terutama kepada producer En Jurey Rosli.. Tahniah!!!!!
Mak Dara masih teringat lagi masa dapat ilham buat cerita ni bila terpandang songkok kat dalam bilik.. alhamdullilah akhirnya berjaya dijadikan drama dan dapat disambung jadi drama bersiri.. lepas ni nak tengok apa lagi barang2 kat rumah yang boleh dijadikan ilham hahahaha

Mak Dara di Malam Rehearsal Anugerah Sri Angkasa

Semalam Mak Dara temankan suami Mak Dara, Martias Ali ke full dress rehearsal untuk Majlis Anugerah Sri Angkasa yang akan berlangsung esok.

Suami Mak Dara akan bergandingan bersama pelakon Wan Hanafi Su dan juga Vanidah Imran. Hubby Mak Dara akan menyampaikan hadiah kepada "Penulis Skrip Terbaik".. Hadiah itu akan disampaikan hampir dihujung majlis anugerah tu esok.


Mak dara duduk dihadapan Dato Sharifah Aini dan Anuar Zain.
(tapi sayangnya tak nampak sebab dilindung oleh budak yg berdiri tu hehe)


Suami Mak Dara, Martias Ali sedang rehearsal menyampaikan hadiah

So kalau free2 tu jangan lupa menonton Majlis Anugerah Seri Angkasa 2010 pada 19 Februari ini (esok) di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), mulai jam 8.30 malam di siaran RTM, Astro, TV3, TV9, ntv7, 8TV, Hot FM, Suria FM dan Sinar FM..