Thursday, February 24, 2011

Mak Dara di Kota Singa

Mak Dara Di Hadapan Marina Bay Sands
Mak Dara dah ke Jepun, Cambodia, Vietnam, Indonesia ,Taiwan, Thailand , India, dan semalam mak Dara baru balik dari Singapore.. Memang tak plan langsung nak kesana tetiba jer hubby Mak Dara ada meeting kat sana bersama seorang producer yang mahu bincang tentang skrip filem terbaru dengan hubby Mak Dara tu. Apalagi.. Mak Dara tak lepas peluang dan terus pollowww..
Mak Dara ke S'pore menaiki keretapi KTM. Kami bertolak dr KL Sentral dalam pukul 11 malam dan tiba di sana pada 7pg dan kami menginap di tempat Backpackers di Little India Street. Tapi tempat dan bilik mmg cun.. Tak rasa macam backpackers punya tempat lah pulak .. Itulah kalau hubby dah presiden Malaysian Backpackers Club kan so gaya melancong memang tak lepas dari backpacking hehe



Mak Dara ke sana 2 hari satu malam aje. So memang tak banyak tempat yang dapat Mak Dara pegi. Nak pulak bila pegi last minute tanpa apa apa planing. Maka Mak Dara dan suami pakai jalan jer.Selepas meeting suami Mak Dara dah selesai, kami pun naik tour bas Hop On Hop Off. Lebih kurang macam bas yang kat KL tu jugak. bas tu bawak kami ke tempat tempat tourist attraction kat S'pore tu.. Memang worth it lah.

Mak Dara atas Bas Hop On Hop Off

Mak Dara di F1 Circuit & Di hadapan S'pore Flyer


Banyak jugalah tempat tempat menarik semasa Mak Dara ke sana. Mak Dara ke F1 Curcuit, ke S'pore Flyer, Sentosa , Universal Studio dan macam macam lagi.. memang bestt.. Tapi mahallllll..
Syukur alhamdullilah dapat melihat negara2 orang.. Tapi macam manapun Malaysia tetap terbaikkkk... =)