Friday, February 25, 2011

Misi Mencari ILHAM part 2

Hari kepala Mak Dara ada sikit fusing.. producer mintak sinopsis drama komedi sebanyak 13 episod.. Perghhhh komedi memang genre peberet Mak Dara.. Puas bukak semua folder sinopsis drama yang belum terjual.. Tapi sumernya macam tak baper bestt.. So Mak Dara ambik keputusan untuk buat satu sinopsis yang baru.. tapi apa ek...

Rasa macam nak buat komedi ala ala macam citer Zaharul VS Zarina atau Aidilfitri Di Bulan Syaaban ataupun Cuci Cuci Services Tapi bila pikir pikir balik nak buat satu cerita yang something new... Lain dari yang pernah Mak Dara tulis dulu...


Drama Aidilfitri Di Bulan Syaaban


Drama Zaharul VS Zarina


Drama Cuci Cuci Services

Hari tu Mak Dara menjalankan Misi mencari Ilham 1 masa nak cari idea untuk buat GA Mak Dara tu.. Sekarang misi Mencari ILHAM part 2 kini bermulaaaa!!!

Ilhammm!!!!! Di mana kau ILHAAAMMMMMMMM!!!!!!

Orang Melayu Bertatoo Salib


????????

Masyaallah... Memang terkejut Mak Dara semasa Mak Dara holiday ke S...... tempoh hari. Maunya tak. Mak Dara terserempak dengan dua orang melayu yang mengenakan salib. memang kompom diorang tu melayu..

Satu kes nampak di atas bas dimana wanita melayu tu pakai rantai bersalib bersama rakan rakannya. Malam pulak terserempak dengan seorang lagi remaja melayu tapi kali ni lagiiii dasyatttt.. Mak Dara terpaku bila terlihat betul betul dibelakang tengkuknya bertatookan Salib yang amat besar.. Kira penuh ler satu tengkuk belakang dia tu.



Mak Dara berjumpa dengan kawan mak dara yang merupakan orang tempatan di situ dan tanyakan hal ni. Dia kata kes macam tu memang banyak terjadi sejak kebelakangan ni dan ramai orang kita disana telah beralih agama. Terkejut beruk Mak Dara dibuatnya.

Hmm.. sebenarnya Mak Dara tak tahu samada nak tuliskan hal ni di blog atau tak sebab ya lah ini isu yang amat sensitif. Tapi apa yang Mak Dara tuliskan ni adalah dari pendapat Mak Dara aje.. takde kene mengena dengan yang hidup atau yang mati. tapi kalau entry kali ni panass sangat nanti Mak Dara removekan.

Mak Dara @ Universal Studio Singapore

Memang dah lama planing nak ke Universal Studio nih. Alhamdullilah akhirnya niat termakbul jugak Bila Mak Dara ke Singapore bersama hubby minggu lepas.

Mak Dara @ Universal Studio S'pore

Bila jejak jer kaki masuk kedalam Universal Studio tu .. fuhhh susah nak cerita.. macam ada kat Hollywood rasanya hehe.. Itu perasaan Mak Dara kalau budak budak yang pergi mau dia tak nak balik atau keluar dari Universal Studio tu kompom!!

Bila masuk jer pertama yang kita jumpa ialah zone MADAGASCAR dan SHREK. Memang besttt Mak Dara rasa macam budak budak pulak bila sampai situ. Maunya tak semua karektor dalam Madagascar dan semua karektor dalam Shrek ada kat situ. Siap ada castle princes Fiona lagi.

Mak Dara & Madagascar


Mak Dara & Shrek

Mak Dara depan rumah Shrek

Lepas tu Mak Dara terus ke zone Jurassic Park , The Mummy pulak. Perghh memang sebijik macam dalam filem hehe.

Mak Dara @ Jurassic Park

Mak Dara & The Mummy

Lepas tu mak Dara ke Sci Fi City dimana ada Battle Star galatica dan macam macam lagi dan last sekali Mak Dara ke Zone Hollywood.. mau tercabut jugak ler kaki Mak Dara dibuatnya.

Mak Dara @ Walk Of Fame

Mak Dara dan Hubby bersama Charlie Chaplin

Mak Dara bersama Woody Woodpecker

Mak Dara dicekik oleh Frankenstein

Sedar tak sedar 4 jam jugak Mak dara ronda ronda dalam Universal Studio tu.. Itu Mak dara dengan suami jer.. Kalau bawak semua 4 orang anak anak mak dara tu mau sampai 7-8 jam.. Lepas habis tu Mak dara terus ke airport dan balik KL.. Perghhh memang letih gilo.. Sempat tido pastu sempat update blog lagi tu haha.

tertido kat Changi Airport


Apa apapun memang best Mak Dara planing untuk ke sana lagi bersama anak anak hujung tahun ni.. Can't wait =)