Saturday, February 26, 2011

Apa Ada Dengan MEGGIBOY?



Apa Ada Dengan MEGGIBOY? Siapa tu MEGGIBOY? Anak sedara Rotiboy ke atau ada superpower macam superman tapi ada kuasa menggunakan meggi ke? hehehe sure korang tertanya tanyakan.. Siapalah geranggan MeggiBoy ni.

Sebenarnya MeggiBoy ni adalah nama panggilan suami Mak dara kepada anak sulung kami Adza Danial Haiqal atau nama pendeknya kami panggil Carl je. Carl merupakan anak sulung kepada 4 orang anak Mak Dara.

Adza Danial Haiqal (13thn)

Carl ni hari hari kalau nak bekfes sure nak pekena meggi. Walaupun dah puas dimarah ditegur dan dah ckp pasal effect makan meggi tp dia memang pemakan meggi yang amat tegar. Tapi alhamdullilah sejak dah masuk sekolah menengah ni dia kurang dah sikit makan Meggi tapi nama tu tetap melekat dengan dia haha.

carl ni Mak Dara tengok ada kecendurangan dalam bidang penulisan.. Maybe ada sikit turun Mak Dara dan suami. Dia selalu tulis gaya ala ala skrip di merata rata tempat. jadi Mak Dara suruh dia bukak blohnya sendiri so dia boleh tuliskan semua idea idea atau apa yang mahu dituliskan di dalam blognya tu maka lahirlah blog MEGGIBOY..

kalau sudi jenguklah ke blog anak teruna Mak Dara ni si MeggiBoy dan klik di SINI ya =)

AWAK TAK PERASAN KITE SEBAB AWAK PERASAN AWAK HENSEM

Setelah Mak Dara tulis lirik lagu "APA KAU RASA" & KEMBALILAH.. Tangan Mak Dara terus rasa gatal gatal.. Bukan gatal nak dapat duit hehe, tapi gatal nak menulis lirik lagu ketiga.. Nak dijadikan cerita, adik Mak Dara Edie ni memang seorang komposer lagu maka senang ler Mak dara collaborate dengan dia bikin lagu.

Merata Mak Dara mencari ilham untuk menulis lirik ketiga ni, Di George Town White Coffee Wangsa Walk, kat padang permainan, kat bilik termenung hehe last last tengah Mak Dara melepak menonton TV dengan family tiba tiba Adik bujang Mak Dara datang dengan mengenakan satu t shirt dengan satu slogan yang amat sempoi!!!! zazzzzz terus Mak Dara dapat idea..



Maka akhirnya lahirlah lirik lagu Mak Dara bertajuk "AWAK TAK PERASAN KITE SEBAB AWAK PERASAN AWAK HENSEM" hahaha panjang tak tajuk dia? Ikutkan hati Mak Dara nak kasi panjang lagi sampai boleh masuk ke Malaysian Book Of Record sebagai tajuk lagu paling panjang kat tanah malaya ni haha.. Tapi rasanya itu untuk next projek pulak.

muzik untuk lagu ni belom siap. Al maklumlah adik Mak Dara tu tengah sibuk dengan kejenyer. So korang layanzz le dulu lirik lagu nih.. Kalau dah siap lagunya nanti Mak Dara updatekan nanti.

AWAK TAK PERASAN KITE SEBAB AWAK PERASAN AWAK HENSEM

Setiap langkahmu mendapat perhatian
Setiap gayamu menjadi tiruan
muzik kegemaranmu menjadi siulan
tutur kata , perbuatanmu menjadi ikutan
Dirimu tak ubah seperti superstar

Sudah begitu lama aku meminati engkau
Sudah begitu lama aku gilakan kau
Kau buat aku menjadi sasau
Segala usaha ku cuba tuk dekatimu
Namun kau langsung tak perasaan kehadiranku
Diriku seolah halimunan bagimu

CHO#

Awak tak perasan kite
Sebab awak perasan awak macho
Awak tak perasan kite
Sebab awak perasan awak glamour
Awak tak perasan kite
Sebab awak perasan awak hensem

Teruskan dengan egomu
Teruskan dengan lagakmu
Teruslah rasa diri tu hensem
Rimas aku dengan lelaki perasan seperti mu


Lyric by : Adza Irda
Music by: Adza Edie
time: 12:39 pm
Date: 17.06.09
Copyright: Martias Entertainment