Sunday, February 27, 2011

KOMPOM!! Zizan & Dira takeover MELODI dari Wahid dan Fara

KOMPOM!! Zizan & Dira takeover MELODI dari Wahid dan Fara mulai 3 April nanti.. maka tiada lagi Zazzzz atau Layannnn..



Mak dara yang beberapa kali dah jumpa dengan Zizan memang dapat rasakan bahawa Zizan dapat menjadi pengacara MELODI dengan baekkkkk... Lagak spontan dan idea idea lawak yang tidak slapstik dari Zizan pasti akan membawa satu kelainan kepada melodi.




tapi Mak Dara tak pasti pulak tentang Dira. Sebab rasanya dia belum pernah mengacara rancangan sebelum ni atau mak dara jer yang tak pernah tengok dia jadi pengacara.

Apa apapun mak dara nak ucapkan selamat jalan dan terima kasih kepada Wahid dan Fara Fauzana yang telah menceriakan setiap tengah hari Ahad mak dara dengan keletah mereka mengendalikan Melodi selama ni.


Pada Zizan dan Dira mak dara ucapkan all the best dan selamat maju jaya dalam mengendalikan MELODI.. Teruja melihat mereka pada 3 april nanti.

hanging out with hubby, Zizan Raja lawak and his friend,
our friend from Japan Mr Yukkun, my sister Iyanie
@ Croas Road - Concord Shah Alam =)


Hubby Mak Dara bersama Fara Fauzana


Dari kiri Zizan, Hubby Mak Dara dan PEngarah Jurey Rosli
@ Festival Filem Malaysia

Tapi mak Dara amat rindukan masa kak ogy jadi pengacara Melodi. for me she's the best!! =)

pertama kali mak dara berblogging guna henpon

mak dara sekarang tengah dok makan makan dekat george town white coffee sambil tunggu anak anak ke kelas piano kat wangsa walk mall. sambil duduk duduk ni tangan mula lah gatal nak bertenet tp lupa bawak lappy le pulak. plan b pakai henpon je le. memang dah selalu guna henfon utk bukak fb tp kali ni first time bukak blog guna hp. al maklum lah bila nak masuk usia senja dah jadi rabun . teringat lagi masa dulu kecik kecik selalu marah mak sebab banyak kali kena ajarkan cara utk buka video player . skrg dah kena ke batang hidung sendiri hahahaha. so ni adalah percubaan pertama mak dara berblogging dr henfon. harap harap blh publih hahahahaha

Mak Dara terjahhhhh Mat Gebu, Kasawari dan MeggiBoy!!!

Bila larut malam.. tarakucha.. tarakucha... suasana sepi.. tarakucha.. tarakucha... maunya tak sepi.. Keempat empat anak Mak Dara dah zzzzzzzzzzzzzzzzzz... hehe so baru lah boleh bukak blog dan melakukan aktiviti wajib Mak Dara setiap malam sebelum tido iaitu.. TERJAHHHHHH!! Bukan terjah macam abang rambut ketak tu.. Tapi dalam arti kata dunia blogging BW le hehe...

Akhirnya Mak Dara terjumpa dengan 3 blog yang amat menarik perhatian Mak Dara iaitu "BLOG MAT GEBU", "BLOG KASAWARI BEEP BEEP" dan "BLOG MEGGIBOY". Apa lagi Mak dara terus TERJAHHHH dan akhirnya Pollowwww...



Sebenarnya Blog MeggiBoy tu Blog anak teruna Mak Dara. Opkoz lah mak dara rasa menarik kan hehehe.. kisahnya siang tadi Mak Dara tolong anak teruna Mak Dara yang sorang tu Adza Danial haiqal buat blognya sendiri. Yang bestnya bila Mak Dara tanya dia apa nama dia nak taruk utk blognya.. Dia selamba jawap "taruk MeggiBoy lah Ma".. Kalau uols nak tahu.. Itu nama timbangan yang suami Mak Dara berikan pada putera sulong kami ni kerana dek dok makan meggi selalu sangat haha.. Maka lahirlah Blog MeggiBoy.. Kalau free free tu ushar ushar le ke blog anak teruna Mak dara tu yer.. Apalagi bila dah siap tadi Mak Dara pun terus le pollow blog dia.. Klick aje kat SINI atau kat logo dibawah =)


Blog MeggiBoy

Blog kedua Mak Dara Pollow ialah Blog Mat Gebu. Mak Dara ni actually mula blogging dr tahun 2009 lagi tapi tak pernah aktif. Macam hidup segan mati tak mahu. Tapi sejak sebulan setengah lepas Mak Dara mula aktif balik dan membuka blog baru iaitu Bicara Mak Dara. Dan sejak tu Mak dara kenai ramai blogger blogger baru dan lama. Lepas tu nama nama yang selalu Mak dara terserempak dalam kebanyakkan blog jiran tetangga Mak dara ialah...MAT GEBU.. Akhirnya malam ni Mak Dara terjahhh ke blognya . Perghhhh bestttt tu... Blog Mat Gebu ni penuh dengan resepi resepi woooo.. Orang orang hanya pakar memasak nasi putih, telur dadar dan meggi macam Mak dara ni memang teruja bila jumpa jumpa resepi resepi macam ni. Nak pulak tu setiap resepinya di letakkan sekali dengan gambor gambor makanan.. perghhh mmg cayalah abang Mat Gebu.. So apalagi Mak Dara pun pollowwww!!!! rasanya esok nak try masak resepi Nasi Goreng Ikan Kering. Sebab rasanya resepi tu agak mudah dan dapat menghindarkan Mak dara dari terbakarkan dapur umah Mak Dara hehehe.. So pada sesiapa yang suka memasak tu terjahh le ke dapur tanpa sempadan Mat Gebu ni ek atau klik di SINI atau di pic di bawah untuk langsung terus ke blog beliau =)

Blog Mat Gebu

Pastu jalan jalan lagi Mak dara terserempak dengan Blog Kasawari . Kasawari ni merupakan kawan Mak Dara.. Dia jugak ahli Malaysian Backpacker macam Mak Dara. memang bestt ke blog beliau dengan ceritanya tentang pengalamannya sebagai seorang blogger , tips tips untuk para blogger sampailah ceritanya mengenai kucing kesayangannya si Sheiro. Kompom mak Dara Pollow.

Blog Kasawari Beep Beep

Rasanya cukuplah untuk malam ni.. Esok malam Mak Dara kasi TERJAHHHHHHHHHH lagi ke blog blog yang lain pulak.. =)