Thursday, March 3, 2011

Penyertaan Mak Dara 1st Giveaway Kini Telah ditutup!

Kini tepat jam 12 tgh malam 3hb March. Dengan bersyukur dan bangganya Mak Dara nak umumkan bahawa Penyertaan untuk Mak Dara 1st Giveaway kini telah ditutup dengan rasminya!




Mak Dara ingin mengucapkan ribuan dan jutaan terima kasih kepada setiap sorang daripada 126 penyertaan dan rakan blogger yang sudi menyertai GA Mak Dara yang pertama ini. Penyertaan memang amat diluar jangkaan Mak Dara. Terima kasih sekali lagi.. Nantikan keputusannya esok 4hb Mac.. sehingga berjumpa lagi

Pak Guard Terlampau!!!

Mak Dara ke Wangsa Walk Mall dengan adik Mak Dara petang tadi. Kami kesana sebab adik Mak Dara nak belanja Mak Dara makan Subway yang dia kata sodapppppp sangat tu. Bila selesai makan kami terus ke guardian untuk beli beberapa barang pompuan hehe.

Tiba tiba kami terkejut mendengar suara seorang lelaki menjerit dengan kuat dan diikuti oleh jeritan seorang kanak kanak. Mak Dara bertambah terkejut bila tengok sorang Pak Guard tengah tangkap sorang budak sekolah rendah sebab mencuri.. Lagi lagi bertambah terkejut bila melihat riaksi Pak Guard tu. Cuba korang imagine. Pak Guard tu siap pegang tangan budak tu kuat kuat pastu pulas tangan budak tu sekuatnya pastu marah marah, jerit jerit . Macam nak wrestling dengan budak tu jer gayanya. Dah la badan dia tu besarrrr nak berwrestling dengan budak yang baru jer umo dalam 8 atau 9 tahun tu.. Tak berhenti di situ aje. pak Guard ni nak tunjuk kuasa dengan ambik walkie talkienya dan menjerit jerit panggil backup. Tak cukup guna walkie talkie dia menjerit jerit panggil beberapa pekerja cold storage tu untuk bantu dia tangkap budak kecik tu.. Kecohnya Pak Guard ni macam dia baru berjaya tangkap perompak Bank lagaknya! Adoyaii....
Cammonlah. Ok. Fine.. Memang budak tu salah .. Mencuri memang salah disisi undang undang dan agama. Mak Dara pun tak sokong dengan orang yang mencuri tapi takkanlah sampai OVERRRRRRRRR macam tu sekali. Budak tu just ambik coklat harga tak sampai RM3 tp apasal Pak Guard tu over sangat sampai memulas mulas tangan budak tu sampai budak tu menjerit dan menangis sebab terlalu sakit diperlakukan. Relax la macha.. apa salahnya kalau kau bawa budak tu masuk office then buatlah apa apa yang sepatutnya. Panggil ibubapa budak tu ker or serahkan aje budak tu pada polis sekurang kurangnya. Yang kau OVERRRRR sangat tu naper..

Yang best tu lagi ramai "penonton" lagi over Pak Guard tu.. geram tul. Rasa nak menangis bila budak tu menangis sbb sakit tangannya dipulas kuat. Memang OVERRRRRRRRRRRR.

AWARD BLOGWALKER TERHEBAT

Sejak Mak Dara bukak Blog Bicara Mak dara sebulan setengah ni.. Mak dara tengok macam macam award orang kasi dan orang dapat dalam dunia blog ni. Ada Followers Award. Ada friendship award. Ada Cute Blog Award.. ishh banyak lagilah kalau nak sebut.

Dan oleh sebab kepala otak mak dara ada sikit jamm pepagi ni untuk membuat snopsis drama yang dah lama diminta oleh producer, maka Mak dara pesongkan fokus Mak Dara pada keje keje yang boleh releasekan tension .. apa lagi BW ler hehe..

Seronok pulak bila Mak Dara BW dan tengok ada blogger yang dah banyak terima award. Tiba tiba macam ada satu mentol lampu kat ataih kepala Mak Dara bila tengok semua award award yang diterima dan dibagi oleh kengkawan di blog masing masing. Hmmm bukan senang nak terima satu award kan... Macam mana kalau bagi dan terima award dengan senang.. So maka otak pusing pusing dan dapat satu idea Maka lahirlah.. Jeng jeng jeng..

AWARD BLOGWALKER TERHEBAT

'Create
Copy this code to your website to display this banner!


Ha senang kan.. BW jer dapat award. Ok tak? Tak pasti pulak kalau dah ada orang buat. Tak kisah lah.. Yang penting Mak dara ikhlas...

BW bukan satu benda yang senang. Nak bukak setiap page.. Baca semua kandungan cerita pada setiap blog tu. Komen mengkomen. Itu belum kena tungguuuu lama untuk bukak blog yang berat dan sarat dengan lagu dan sumer widget widget tu. So Blogger yang buat BW memang patut diberi award atas kegigihan mereka tu.

So terimalah award yang tak seberapa ni dari Mak Dara yer