Alhamdullilah Mak Dara 1st GA telah tamat malam semalam dengan penyertaan diterima sebanyak 126 penyertaan. Terus terang Mak Dara nyatakan bahawa angka itu benar benar tidak pernah terlintas difikiran Mak Dara. Pada mula membuat GA ini Mak Dara harap agar ada lah 10 bloggers yang sudi join GA Mak Dara ni. Almaklumlah blog ni pun baru je bernafas sebulan setengah. Tapi tidak sekali kali menyangka bahawa angka itu melonjak ke angka 126.
Mak Dara ingin mengucapkan setiap seorang dari anda yang sudi menyertai GA Mak Dara ini. Uols memang terbaekkkk.. Sekarang Mak Dara berada dalam dilema sikit sebab kesemua 126 penyertaan memberikan tajuk tajuk drama yang best best.. Hmmm macam manalah Ben Ashaari dapat memilih pemenang bg setiap segmen dia tu ya. Memang tabik spring sama Ben Ashaari.
Akhirnya Mak Dara meminta pertolongan suami Mak Dara untuk menjadi juri jemputan dalam GA Mak Dara ni. Ciri ciri yang dititik beratkan dalam pemilihan pemenang adalah keunikan Tajuk Drama Yang diberi, Mesej Yang ada dalam tajuk itu, Komersial value tajuk itu sendiri. Dan kesesuaian tajuk itu untuk dijadkan sebuah drama. Dan suami Mak Dara juga mencadangkan supaya mencari pemenang secara berperingkat. Begitu juga yang disarankan oleh teman FB Mak Dara semalam. Jadi peringkat macam mana? Peringkatnya macam ni.. Mak Dara akan adakan 3 peringkat. peringkat pertama FINALIST TOP 20, peringkat kedua FINALIST TOP 10. dan diakhiri dengan peringkat terakhir iaitu mengumumkan PEMENANG. Harap anda dapat bersabar dengan cara Mak Dara ni yer hehe.. Ok Bagi peringkat pertama Mak Dara nak umumkan FINALIST TOP 20!!!
FINALIST TOP 20!!!
1. THE LEKAT LEKIT STORY - Janji Sahabat
2. Rose Johari - tersingkap purdah cinta
3. eb ezrin2 - KETAR JEMARI IBU
4. JZ Business World - Diari Blog Biru
5. farah hairuddin bidadari sepi di ufuk barat
6. Bakri Hussin Buih Buih Kasih
7. Mrs Sabri MAT LANUN TURUN KOTA
8. Puanbee kak tipah kawin muda !
9. sHaKiLa Azab Secangkir Madu
10. FaRaLySsA Qalam Cinta
11. KakNeng Kak Neng Sempoi
12. Sharifah nor Kepoh2 Spy Tingkap
13. Elle Elyssa Aku Facebook , Dia Blogger
14. LennMommaChubby Ketika Bulan Separa Penuh
15. Prince Halilintar Sekuntum Iman
16. Cik Dya Kekasihku Pan Asian, Kekasihmu Pan Cake
17. Abuya Hayat Senyum Di Bibir Selumbar Di Hati
18. anum shukri Secebis Kudrat
19. Sidratul Muntaha Belasungkawa
20. E-ra paSha Melunas Rindu Yang Tertunda
Terima kasih Mak Dara ucapkan kepada semua yang sudi menyertai GA Mak Dara ini dan kepada yang berjaya menjadi finalist TOP 20 tahiah.. Sekarang Mak Dara sedang membuat saringan kedua untuk mendapatkan finalist top 10.. tunggu ya