Sunday, March 6, 2011

Kisah Mak Dara , Anak Anak dan Kelas Yamaha


Setiap hari AHAD pada pukul 12:30 tengah hari.. Mak Dara pasti rata rata kebanyakkan penduduk Malaysia akan duduk kat depan TV dan menonton MELODI!! betul tak? Mak Dara dulu tergolong dalam kategori pop rock tu jugak dulu hehe tapi kini tiada lagi... jap nak masukkan lagu background sedeyyy jap..

Bukan sebab TV Mak dara rosak.. Bukan sebab Astro Beyond Mak Dara kena potong tapi disebabkan kelas piano anak sulung dan anak kedua Mak dara telah bertukar hari dari hari Khamis ke hari Ahad.. Ngam ngam pukul 12;30 tgh hari pulak tu.. Huhuhu Mak Dara terpaksa je redha.. Takpe.. apasaja untuk pelajaran anak anak Mak Dara sanggup.

anak teruna Mak dara -Adza Danial Haiqal

Anak Dara Mak Dara - Adza Danina Kirana


Mak Dara bersama suami dan anak anak di George Town White Coffee
(pic ni br ambik 3 min lepas hehe)

Maka dengan tu maka Mak Dara akan berada di George Town White Coffee Wangsa Walk Mall setiap hari Ahad dari jam 12 tengah hari sampai ke pukul dua petang... Pada sesiapa nak join Mak Dara jomm lerrr.. Tapi kompom uols tengok Meladi punyer.. uwaaaaaaaa... hehe Align Center

Kisah Mak Dara dan Cik Habibah aka Heartbeat



Seperti biasa.. bangun pagi buat keje keje apa apa yang patut dan bila dah settle semua barulah Mak Dara menjalankan aktiviti Mak Dara apa lagi kalau tak berblogging. Dan pastinya Mak Dara akan balas semua kunjungan kawan kawan yang ramai berblogwalking, blogjogging, blogdancing, blogmeniaraping kat blog Mak Dara tu.. Dan blog yang pasti Mak Dara singgah setiap hari adalah blog Abbyfunny Lekat Lekit Girl , Mrs Sabri dan Blog Kpoh Ahli Kaninet Dapur/ Spy Tingkap.. Dan Mak Dara tengok kat blog Mrs Sabri tengah hebat dengan perbincangan mesyuarat tingkap mengenai Cik Habibah hehe itu just nama panggilan Mak Dara kepada Heartbeat. So baca punya baca punya baca Mak Dara makin teruja.. Rupanya boleh tambah pendapatan dengan menempekkan iklan cik Habibah ni.. Maka mak Dara pun klik dan join.

Jangan risau khabarnya kalau tempek iklan cik Habibah ni takkan mengganggu gugat status Giliteri Cik Nab aka Nuff Nang..

So apa tunggu lagi…jom join jom…cepat-cepat la daftar sekarang..klik je pada banner di atas tu untuk mendaftar

Selepas klik Ikuti langkah-langkah di bawah.
  1. klik banner di atas
  2. klik pada CREATE ACCOUNT
  3. Isi segala maklumat di dalam MY ACCOUNT INFORMATION
  4. klik CONTINUE
  5. klik pada JOIN HB!AFFILIATE
  6. dalam perkara PARTICIPATION IS EASY AND FREE, klik pada perkataan ONLINE APPLICATION
  7. isi sekali lagi maklumat diri anda dalam PERSONAL INFORMATION
  8. klik CONTINUE
  9. lepas tu anda akan di bawa terus masuk ke bahagian lain dan pastikan anda klik pada GET A CODE untuk mendapatkan pelbagai size kod di situ.. SIAPPPPP!!!!!