Monday, March 7, 2011

Ayah Youk BUNKFACE Meninggal Dunia

Mak Dara baru je dapat tahu bahawa Ayahanda Youk iaitu pemain bass bagi kumpulan BUNKFACE telah kembali kerahmatullah pada pukul 1 tengah hari tadi di KJP Shah Alam Syeksen 18 difahamkan kerana mengalami kegagalan fungsi otak.


Youk sedang membuat persembahan


Twitter dari Youk.

Kumpulan BUNKFACE
Berita ini telah disahkan sendiri oleh Youk di Twitternya itu. Mak Dara doakan semoaga Youk dan keluarganya tabah menghadapi kehilangan ini dan semoga Arwah ditempatkan di kalangan orang orang yang beriman..

Marilah kita sama sama sedekahkan Al Fatihah kepada Allahyarham.. Al Fatihah..

ANAK TERUNA malu Jalan Berpegang Tangan



Inilah kisahnya cerita Mak Dara dan anak teruna Mak Dara.. Bukan cerita Mak Dara dan anak teruna orang tau.. kang itu digelar "anak fish" pulak hahaha.


Anak teruna dan anak sulung Mak Dara namanya Adza Danial Haiqal.. Sekarang dah masuk tingkatan satu. Dialah satu satu anak lelaki dari 4 orang anak Mak Dara. Dulu dia lah yang palingggg manja dengan Mak Dara. Kesana sini pasti dengan Mak Dara. Mak Dara selalu buat dia macam Teddy Bear Mak Dara. Tak kisah dimana pasti Mak Dara suka peluk cium anak Mak Dara tu..

Align Center

Tapi sejak dua menjak ni.. Jangankan nak peluk.. Nak jalan pegang tangan pun dah tak mau dah... Kadang kadang Mak Dara geram dan Mak Dara tarik jugak tangan dia bila kami jalan jalan tp slow slow dia tarik dan terusss jalan ke depan. Kedepekkk!! baru Mak Dara sedar.. Dah besaq panjang dah Anak Teruna ku sorang ni.. Hmm... how I wish dia jadi baby boy ku forever and ever and ever huhuhu..