Tuesday, March 8, 2011

Si Pembunuh Kucing Memohon Maaf. Boleh dimaafkan ke ?

Kecoh di Facebook kisah Si Pembunuh Kucing yang sangat kejam. Mak Dara pun terkejut dengan cerita cerita yang ditulis oleh beberapa kawan FB Mak Dara tu. Bertambah terkejut bila ada tersiar video kucing itu dibunuh oleh seorang budak tomboy yang telah dirakam oleh cctv. Terus terang Mak Dara katakan yang Ma Dara tak sampai hati nak tengok sampai habis video tu.. Kejammm gila.


rakaman pembunuhan si Pembunuh Kucing

Pencarian si Pembunuh Kucing berleluasa dan dibuat secara besar besaran di Facebook dan akhirnya si pembunuh kucing itu ditemui. Namanya Chow Xiao Wei dn berumur bari 21 tahun. Dan dia tampil dan memohon maaf.


Surat memhon maaf dari Pembunuh Kucing

Surat tu kononnya nak menerangkan kenapa dia membunuh kucing tu. Katanya ibubapanya bercerai so mak dia seorang ibu tungal dan maybe sebab tu dia ada mengalami sakit jiwa . Tapi Mak Dara rasa itu tak memberi hak untuk dia membunuh kucing tu dengan kejam . Dia juga kata yang dia telah diugut setelah rakaman cctv pembunuhan kucing tu keluar.. Apalah sangat nak dibandingkan dengan ugutan kosong dengan apa yang tela dilakukan.. Hish.. memang kejam.. Harap harap tiada kes macam ni berulang lagi.


Selamat Hari Wanita

Hari ni 8hb Mac merupakan HARI WANITA!! Mak Dara ingin mengucapkan SELAMAT HARI WANITA kepada ibuk ibuk, adik adik, kakak kakak, makcik makcik, nenek nenek dan kepada semua kaum wanita , gadis gadis yang bakal bergelar wanita dan kepada dik non dik non juga.




Wanita dijadikan dari tulang rusuk lelaki
bukan dari tulang kepala untuk menguasai
ataupun dari tulang kaki untuk dikuasai
tetapi dengan tulang rusuk
Dekat dengan lengan untuk dilindungi
Dekat dengan hati untuk dicintai

SELAMAT HARI WANITA!!!!

Selamat Ulang Tahun Kelahiran Syed Wafa

Syed Yusof Wafa Syed Nordin.. Siapa yang tidak kenal dengan Syed Wafa? Di kalangan press, ramai tahu Syed Wafa dulu pernah bekerja beberapa akhbar dan majalah hiburan tetapi sekarang dia sudah berkecimpung dalam bidang penganjuran majlis untuk badan korporat dan kerajaan. Dia juga pernah melukis potret dan bertemu ramai artis antarabangsa seperti Michael Jackson, Mariah Carey dan Celine Dion.

Mak Dara ada pertama kali bertemu dengan beliau semasa sesi fotogrfi Saiful Apek, CD Naz, Angah Rajalawak, Diarra dan ketika Mak Dara bersama band Mak Dara D'ADZA. Fotografi itu dikendalikan Oleh Majalah Media Hiburan dan diketuai oleh Syed Wafa sendiri. Ketar jugak Mak Dara dan anggota D'ADZA yang lain.. Maunya tak sbb pertama kali bertemu dengan Syed Wafa yang amat kami kagumi. Namun kami terkejut dengan layanan baik dan sikap rendah diri yang ditunjukkan oleh beliau.. Beliau menjaga kami dengan sebaiknya.. Dari makeup , ke fotografi hingga ke makan semuanya diteliti olehnya. Alhamdullilah fotoshoot tu pun berjalan dengan lancar dan dah diterbitkan tak lama selepas itu.


D'ADZA bersama Syed Wafa dan orang kuat Majalah Media Hiburan.. ;-)


Masa ni Abg Saiful duduk atas meja mmg kelakar


D'ADZA bersama Syed Wafa dan orang2 kuat Majalah Media Hiburan.. ;-)

CERITA RAYA APEK, Diarra, CD Naz & D'ADZA @ MAJALAH MEDIA HIBURAN
(tankiuu to Syed Wafa kerana sudi menjemput kami =)

Itulah Syed Yusof Wafa Syed Nordin setakat yang Mak Dara kenali.. Dan hari ini 8hb Mac Mak dara nak ambil kesempatan untuk ucapkan Selamat Ulang Tahun Kelahiran semoga dipanjangkan umur dan dimurahan rezeki kepada Syed Wafa. Insyaallah.. Amin