Tengah asyik masyuk Mak Dara memulakan senaman pagi mak dara iaitu Blogjogging( eh tu kira senaman ke? oklah jari yg bersenam haha) tetiba mak dara letih dan lepak jap di satu bangku kosong dan baru perasan yang bangku bangku itu ditaja oleh blogger BANGKU KOSONG hehehe.. jgn mara aa.. gurau jer hehe.. Na k dipendekkan cerita sebab panjang hari ni tak mau bercerita, maka Mak Dara teruja, tersuka dan tergedik nak masuk entry yang diadakan oleh Blogger Bangku Kosong ni. Segmen ni hanya diopen pada blogger blogger yang kertu macam Mak Dara jer hehehe idok ler.. ate segmen ni dibuka kepada semua blogger baru aje.
Ok. Berikut adalah perkara-perkara yang anda harus buat untuk join dan berkesempatan untuk masuk bloglist Bangku Kosong - Bloggers Baru 2011.
- Buat satu entri bertajuk: Blogger Baru Berkumpul di Bangku Kosong
- Siap!
- Letakkan gambar anak saya tu dalam entri korang, dan link ke entri ini.
- Siap!
- Isi entri anda mestilah ceritakan bila dan mengapa anda mula berblog, dan berikan link ke entri pertama anda.
- Siap! (seperti yang tertera dibawah)
Kenapa Mak Dara nak Berblog? hmm satu soalan yang sungguh best.. sebenarnya Mak Dara memang gila menulis. Mak Dara dapat tahu yang Mak Dara berbakat dalam bidang penulisan semasa mak dara sekolah rendah lagi. Bila cikgu Bahasa Malaysia Mak Dara minta Mak Dara dan satu kelas buat karangan dengan ayat bermula dari... Suatu hari ketika dalam perjalanan pulang dari sekolah, saya telah... semua rakan sekelas Mak Dara tulis kena kejar anjing lah.. tersesatlah dan macam macam cerita yg "cliche" .. tapi mak dara tulis bagaimana Mak dara telah diculik oleh sekumpulan penculik dan menceritakan pengalaman menjadi tebusan dan bagaimana akhirnya diselamatkan dan malangnya kerana ayah terkorban dalam adengan tembak menembak antara polis dan penculik. hahaha cikgu puji meleleh leleh membuatkan Mak Dara kembang semangkok.
Bila dah besar Mak Dara bertemu suami , Martias Ali seorang Penulis Skrip drama yang amat berbakat. Setelah berkahwin akhirnya Mak Dara terus ikut jejak langkah suami dan turut jadi penulis skrip drama dan filem. Setelah 14 tahun Mak Dara terlibat dalam dunia penulisan kini hampir 59 buah skrip drama yang telah ditayangkan di TV.
Menulis skrip selalunya Mak Dara terpaksa ikut jalan cerita pihak producer. Tapi banyak yang tersurat dan tersirat yang tak dapat Mak Dara luahkan. Cari punya cari punya cari akhirnya Mak Dara dapat jawapannya.. BLOG!!
- Di pengakhiran entri anda, tulis apa yang anda nak capai dalam berblog sebagai seorang blogger baru.
- Siap! (seperti yang tertera dibawah)
Apa yang Mak Dara nak capai dalam berblog sebagai seorang blogger baru adalaha mendapat rakan dan kenalan baru yang sudi membaca luahan hati dan kisah merepek meraban Mak Dara bila angin meroyan Mak Dara datang tu jer hehe
- Dah siap, tinggalkan url entri anda tu kat komen yer.
- Siap!
- Kalau nak jadi followers, saya amat alu-alukan, kalau anda memang followers blog ini, nyatakan yer.
- Siap! Dah pollow you.. ada nampak mambanag kuning tak kat belakang you tu.. yang kuning gebuuuu tu Mak Dara lah tu hehehe
Ish dari tadi asyik Siap! Siap! membuatkan Mak dara nak gi bekfest kat kedai mamak.. Mamakkk milo ais roti banjir satuuu.. harap harap dia pun jawap Siap!!!! hehe ha dah datang balik angin meroyan aku haha
Kepada kengkawan yg nak join segmen BANGKU KOSONG ni sila klik di S
INI atau di gambor anak BANGKU KOSONG di atas yer.. Selamat bersegmen dan renung renungkan =)