Thursday, March 10, 2011

Kisah Mak Dara, Johnny Depp dan Rango



Setelah dipujuk dirayu, akhirnya Mak Dara terpaksa akur dengan permintaan.. bukan kaum bapak tapi dengan permintaan anak anak hehe.. Ye lah.. kami asyik berdebat dan semua saling berkeras nak tengok wayang. Mak Dara nak tengok Filem Merong Mahawangsa manakala anak anak dah sepakat nak tengok Rango ditambah pulak dapat sokongan padu dari ayah diorang yang sememangnya peminat nombor satu si Johnny Depp maka semakin kuatlah pakatan mereka ni..

5 lawan 1 mana boley menang beb.. Maka mak Dara pun angkat bendela putih dan surrender macam apek yang jatuh dari pokok dan celepuk jatuh masuk kereta P.Ramlee dalam filem Madu 3 tu hehehe.

So malam ni bermulalah kisah Mak Dara, Johnny Depp dan Rango.. Tapi rasanya esok Mak Dara nak buat permintaan kaum ibu pulak.. Nak tuntut jugak untuk tengok Filem Merong Mahawangsa.. Tak kiraaaaa nak jugak nak jugak hahaha.. mengalahkan anak anakkan haaha

Terjah Mak Dara - Blog Tuan Putri & FaRaLySsA

Mak Dara nak TERJAH 2 blog jelitawan jelitawan yang memang cunnn dan jelita.. Blog yang dimaksudkan ialah Blog Tuan Putri & Blog FaRaLySsA


Blog Tuan Putri

Mak Dara suka betul dengan header Tuan Puteri ni. Comellllll ya amattt.. Yang lebih cute bila tertulis Gadis Ini Suka Berangan. Lagilah Mak Dara suka sebab berangan tu antara hobi peberet Mak Dara hehehe..

Tuan Puteri ni study dekat klmu,amek kos secretaryship, anak paling manja dlm family..:) jomlah terjah ke blog Tuan Puteri dan sama sama berangan bersamanya jommmmm.. Klik di SINI untuk ke blognya ya..


Blog FaRaLySsA - Mr. & Mrs Right's Diary

Menerjah aje ke blog adik FaRaLySsA Mak Dara tersenyum sorang sorang.. Kenapa? bukan sebab angin meroyan Mak Dara datang balik tapi sebab teringat kembali saat saat Mak Dara tengah bercinta dan tengah menunggu tarikh untuk diijabkabulkan.. Kenapa Mak Dara rasa macam tu?Sebab FaRaLySsA ni juga sedang menunggu untuk disatukan dengan bakal suaminya pada 3hb June 2011 nanti..

Banyak entry entrynya berkisarkan kisah bagaimana mereka bertemu, kisah kisah percintaan mereka , kisah pertunangan mereka yang kini telah masuk dua bulan, seminggu enam hari, dan juga entry entr mengenai rancangan perkahwinan mereka.

Bagi yang bakal melangsungkan perkahwinan ataupun dah berkahwin ataupun yang sedang bertunang tu gi lah terjah ke Blog FaRaLySsA - Mr. & Mrs Right's Diary ni.. bagi le sedikit petua nasihat atau komen apa apa yang patut untuk bakal pengantin ni ya.

Tahniah Mak Dara ucapkan kepada FaRaLySsA dan pasangan semoga kekal ke jinjang pelamin dan hingga ke anak cucu..

Terjah Mak Dara - Blog Elle Elyssa


Blog Elle Elyssa

Mak Dara dengan teruja dan penuh bersemangatnya kini nak TERJAH Blog Elle Elyssa.Sebenarnya Elyssa ni sepupu Mak Dara. Memang serang yang gorgeous dan stylo sepupu Mak Dara yang sorang ni hehe.

Blog Elle Elyssa banyak membuatt review tentang filem filem yang ditayangkan dipawagam. Mak Dara memang selalu ke blognya sebelum ke panggung untuk melihat review review filem yang bakal Mak Dara tonton.

Pada sesiapa yang gemar menonton wayang jom terjah ke Blog Elle Elyssa ni .. Sila klik di SINI ya.

Lisss.. miss you cousin =)

Terjah Mak Dara - Blog Mah@mahu & Adzriel AB

Kali ni Mak Dara nak terjah dua blog sekaligus.. Tiba giliran Blog Mah@mahu & Blog Adzriel AB untuk Mak Dara TERJAHHH hehe


BLOG Mah@mahu

Menerjah ke Blog Mahamahu membuatkan hati Mak Dara tenang. Kenapa? Kerana Blog Mah@mahu ni sungguh ringkas , tiada widget widget yang banyak, tiada lagu lagu diletakkan di pagenya. Maka amat senang bila Mak Dara nak open blog beliau. Walaupun simple namun sarat dengan info info yang bagus bagus.. Tahniah! Eh apa Mak Dara ni, ini bukan nyer segmen review blog haha takkanlah Mak Dara yang baru jer belajar blog nak review blog orang. Tapi inlah yang Mak Dara dapat rasa masa Terjah ke blog ni hehe

Berblog, Berimaginasi dan Berkreativiti menjadi tagline untuk Blog Mah@mahu ni.. Klik SINI untuk ke blog beliau .



Adzrien Shoppe

Kini Mak Dara nak terjah ke blog Adzrien Shoppe. Wahhhhh rambang mata bila Mak Dara ke Blog Adzrien Shoppe ni. Maunya tak.. Macam macam jenis barangan dijual secara online.. Almaklumlah Mak Dara dan Shoping umpama isi dan kuku.. hehe

Pelbagai jenis tudung, telekung, Jubah Muslimah , penyangkut tudung dan jamu tradisional terdapat dalam blog Adzrien Shoppe ni. Semua cantik cantik dan berkualiti .

Jomler bershoping di Blog Adzrien Shoppe ni jommmmmmm.. Klik SINI utk ke Adzrien Shoppe.

Terjah Mak Dara - Blog Simple & Normal


Blog Simple & Normal

Mak Dara kini nak terjah ke Blog Simple & Normal milik ArMie. Kalau tak silap Mak Dara nama ArMie ni adalah gabungan kepada nama anuAR / salMIah . Sooo Sweetttttt.. Samalah macam Mak Dara nama seluruh keluarga Mak Dara bermula dengan nama ADZA iaitu gabungan nama ibu dan ayah Mak Dara iaitu Adenan dan Zaleha. Ehh ni nak cerita paal Mak Dara ke citer pasal Blog Armie ni ceciter.. ceciter.. ceciter hehehehe . Ok lah berbalik kepada Blog ArMie ni. Beliau adalah seorang isteri kepada Encik Anuar. Mereka telah berkahwin dari tahun 1997 dan dikurniakan empat orang cahayamata.

Kata Armie.. Blog nie adalah untuk saya berkongsi saat-saat manis saya bersama keluarga tercinta dan teman2 tersayang. Silalah komen apa2 yg di dlm blog nie. But everything inside this blog are MY OWN opinion and views. Be as SIMPLE AND NORMAL you can be........

Jom terjah ke Blog Armie beramai ramai.. Sila klik di SINI yer =)

Terjah Mak Dara - Blog Cerita Tina


Bog Cerita Tina

Kini tibalah masanya Mak Dara TERJAH Blog Cerita Tina! Blog ini milik Tina Othman. Seorang isteri, mummy kepada Damia & Emir, owner Dayana Rayyan Collection. Perghhh ssiapa yang suka membeli secara on9 haruss berkenalan dengan Tina ni.. Terutamanya Mak Dara yang memang gila beli secara online memang sesuweii berkawan dengan Tina ni kan Tina kannnn... Harga kawan kawan le kan dear.. cewahhh ambik kesempatan lak Mak Dara ni hehe

Dari apa yang dapat Mak Dara lihat dari blog Tina ni, beliau suka join GA dan Contest.. Mak Dara memenag tabik dengan blogger macam Tina ni sebab bukan senang nak sertai satu satu GA atau Contest sebab banyak syarat dan arahannya hehe..

Jomlah terjah ke blog Tina Othman. Klik di SINI yer..

Terjah Mak Dara - Blog MiMi PeONy


Blog MiMi PeONy

Blog MiMi PeONy satu blog yang amat cutee... Melangkah masuk aje ke blognya anda akan tersenyum dan suka apabila melihat backgroundnya yang berbunga mawar pink..

Blog MiMi PeONy baru saja mendapat Followersnya yang ke 400 baru baru ini. Tahniah Mak Dara ucapkan!! Serba sedikit mengenai Cik Mimi kita ni ialah SHE LOVE PINK!!! SHE LOVE FASHION!!! SHE LOVE HIKING!!!

Haaa pada sesiapa yang mempunyai kaler kegemaran yang sama, yang gemar berfesyen berstylo ataupun yang minat memanjat bukit atau gunung yang sama seperti Mimi bolehlah terjah ke blog Mimi dan berkenalan dengannya ya..

Klik di SINI untuk terus ke blog Blog MiMi PeONy


Terjah Mak Dara - Blog My Sweet Love HA-NA-NI



Blog My Sweet Love HA-NA-NI

Hari ni Mak Dara nak mulakan sesi TERJAH MAK DARA ke sebuah blog milik seorang cikgu. Cikgu yang dimakudkan adalah Cikgu Nur Hanani. Menjengah ke blog cikgu ni hti terasa tenteram dan sukerr tatkala memandang header Cikgu Hanani yang sungguh cantik secantik pemiliknya jugak hehe

Serba sedikit yang anda perlu tahu ttentang Nur Hanani ni ialah beliau merupakan seorang guru yang mengajar anak-anak murid berkaitan dengan grafik. Mula wujudkan blog ini pada 9 November 2010. Tapi kalau nak tahu lebih lanjut tentangg Hanani kena lah sama sama terjah blog beliau.. Klik di SINI dan anda akan terus ke blognya..

BuatNur Hanani, Mak Dara amat hormat pada orang yang bergelar cikgu. Bukan semua orang boleh menjadi seorang pendidik dan bukan satuu kerja yang mudah, Mak Dara tahu kerana ayah Mak Dara dulu seorang Nazir sekolah, cui sekolah pun kene kerja jugak betul tak cikgu hehe.. Teruskanlah menabur baktimu wahai cikgu ya..

Mak Dara Terkena Virus SDB

Macam nak menjerittt jer rasanya sejak petang tadi bila sah Mak Dara terkena virus SDB.. Ha tak tau apa virus SDB ni.. Ishhh virus ni amat merbahaya.. Kalau nak baik kena ambil angin di taman bunga pada waktu tengah malam hahahaha itu Ahlil nujum P'Ramlee yang kata.. hahaha Kalau uols nak tau virus SDB tu adalah VIRUS SELSEMA DEMAM BATUK.. huhuhu



Memang dah musim sekarang ni. Sebelum ni suami dan anak anak Mak Dara yang dah kena attack dengan virus ni.. Mak Dara dengan bongkak dan bangganya rasakan diri ni takkan terkena dek virus ni namun hampeh jua adanya..

Sempitnya hidung untuk bernafas, sakitnya tekak asyik batuk.. panasnya badan demam.. mak aii.. rasanya tak boleh blogwalking bebanyak malam ni huhu.. namun sempatlah Mak dara buat beberapa spotcheck di beberapa blog dan sempat tutup tingkap dibeberapa rumah supaya nyamuk tak masuk hehehe..

Ok lah rasanya ubat yang dimakan sebentar tadi sedang menyerap dengan berjayanya.. Jadi kita bertemu esok je lah yer..

Kepada blogger:
1) Nur Hanani
2) MiMi PeONy
3) Tina Othman
4) ArMie
5) Mah@mahu
6) Adzriel AB
7) Elle Elyssa
8) Tuan Putri
9) FaRaLySsA

Esok Mak Dara sambung menerjahhhhh blog blog uols ya.. tunggu...

Khas kepada follower follower baru Mak dara. Mak dara ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana sudi pollow blog Mak Dara ni.. dengan ucapan Jangan Menyesal Cik Salmah hehehe.. Adess angin meroyan campur ngan virus SDB melanda.. hehe jumpa esok.. selamat malam..