Saturday, March 12, 2011

Jiran Setan!!

Tengok tajuk ajer dah panasss kan.. Yup memang panas... Mak Dara memang tengah panasss hati dan panasss baran ni.. Kisahnya bermula bila petang tadi tengah best best anak anak, Mak dara bersama anak anak buah bermain depan rumah tetiba satu kereta lajuuuuuuuuuu lalu depan mereka. Nyarissssss nak langgar anak anakku dan anak anak buahku termasuk my maid sekali... Memang sikittttt lagilah nak kena diorang.

Masyaallah.. bodoh sangatkah wahai manusia.. Ini kawasan perumahannnnnn!!!! Bukan trek lumba F1!!!!!!!!!!!! Bila dah namanya kawasan perumahan sure yang tinggalnya orang.. manusia.. dan pastinya ada kanak kanak! takkan tu pun tak tahu lagi kot!



Apalagi menyiraplah darah suami Mak Dara bila lihat keadaan macam tu maka terkeluarlah habis ler keluar dialog apa yg patut dikeluarkan bila nyawa anak terancam...

Kalau nak tahu jiran sebelah Mak Dara ni perempuan semuanya memang jenis tak bertegur sesiapa. Mak Dara yang duduk di sebelah umah diaorang dah hampir 4 tahun pun hanya sekali aje diorang tegur tu pun sebab kunci rumah diaorang tertinggal maka kena masuk umah Mak Dara dan panjat ke balkoni ke rumah mereka untuk masuk ke dalam rumah diorang tu.. That's it.. Lebih dari tu takde.. Jangan haraplah nak tahu nama diorang. Dah tu kalau buat kenduri jangankan nak menjemput , siap pasang khemah di depan umah Mak Dara lagi pastu penuhhh kereta sanak saudara dia parking depan umah Mak Dara. Bolehhh macam tu???

Mak dara dan family Mak dara ni puas la tersenyum, terhegeh hegeh cuba nak bertegur diorang tapi mak aiiii berlagaknya tuhan saja yang tahu. Nasib baik jiran jiran Mak Dara yang lain tak macam tu.. Jiran lain memang selalu komplen pasal jiran sebelah Mak dara ni. Katanya family diorang tu memang dari duluuuuu lagi jenis tak bertegur sapa.. Jenis umah kau umah aku macam tu..

Apa apapun alhamdullilah nasib baik anak anak , anak anak buah Mak Dara dan maid Mak Dara tak apa apa.. Kalau kena tadi memang siappppp le.. Ya Allah kuatkanlah kesabaranku... The moral of the story is.. berbaik baiklah dengan jiran sebelah mmenyebelah.. Bukan kena bayarpon.. Mana tahu kalau satu hari kita alami kesusahan bukankah kita akan minta pertolongan jiran jugak.. Huhhuhu.. ni first time Mak dara buat entry lepas geram.. Maafle kalau Mak Dara "terlebey Sudahh".. Almaklumlah bila nyawa anak anak dalam bahaya mulalah meroyan Mak dara muncul balik.

Tengku Nur Sakinah selepas 6 tahun kemalangan

Tengku Nur Sakinah Tengku Saari.. Siapa dia tu? pasti ada yang tertanya tanyakan? sebenarnya Tengku Nur Sakinah ni sepupu Mak Dara.

Terlihat kemalangan yang menimpa isteri pelakon Abang Shaharuddin Thamby membuatkan Mak Dara teringat akan kemalangan ngeri yang dialami oleh Makcik , Pakcik dan sepupu Mak Dara yang berlaku pada tahun 2005. Makcik Mak Dara tu namanya Makcik Zaharah, Kami panggil Makcik Arah aje dan mereka tinggal di Kulim Kedah.. Makcik Arah merupakan kakak kepada Ibu Mak Dara puan Zaleha Makcik arah suaminya Pakcik Tengku Saari dan anak anak mereka Tengku Zuhaidi dan Tengku Nur Sakinah yang merupakan sepupu Mak Dara terlibat dalam kemalangan ngeri itu ketika pulang dari keluar makan di Karangan.

Di satu traffic light bila lampu hijau maka Pakcik Mak Dara terus memandu tanpa mengetahui bahawa satu lori trellar yang tidak mengikut lampu merah terus memandu dan melanggar lampu merah dihadapannya dan terus melanggar kereta Pakcik Mak Dara itu.


Keadaan kereta setelah kemalangan


Kereta mereka dilanggar hingga remuk. Syukur alhamdullilah, Makcik, Pakcik dan sepupu Mak Dara Tengku Zuhaidi atau yang kami panggil Adi selamat dan hanya mengalami kecederaan yang tidak serius. Namun nasib Tengku Nur Kinah atau Kinah tidak sebaik mereka yang lain. Kinah mengalami kecederaan serius kerana tempat duduknya di belakang adalah tempat treller itu melanggar dengan kuat.

Keadaan menjadi huru hara. Ramai orang berpusu pusu mendekati mereka. Namun yang tak bestnya, Makcik Arah yang dalam keadaan terpinga pinga kerana baru sahaja dilanggar menyedari bahawa terdapat seorang mengambil dompet dan merentap barang kemas dilehernya dengan amat kuat. Apa jenis manusia pun tak taulah.. Mengambil kesempatan semasa orang didalam kesusahan. Moga tuhan membalas perbuatan kejinya itu.

Mereka semua terus dibawa ke hospital dan dibenarkan keluar sebagai pesakit luar. Namun Kinah dimasukkan ke pusat ICU. Kinah mengalami kecderaan teruk termasuk gegaran otak yang teruk. Mak Dara masih teringat lagi mendapat panggilan telefon dari Adi menyampaikan berita itu. Naik lemah lutut Mak Dara mendengarnya. Mak Dara terus pulang dari KL ke Kulim Kedah malam itu juga.

Sesampai di hospital. Kami semua tak dapat menahan air mata bila melihat keadaan Kinah. Bertambah luluh hati dan perasaan kami bila doktor menyuruh memanggil semua ahli keluarga yang terdekat supaya bertemu dengan Kinah sebelum apa yang diramalkannya terjadi.. Masyaallah.. Bayangkan perasaan keluarga kami ketika itu.

Sepupu Mak Dara, Tengku Nur Sakinah di wad ICU

Namun Allah swt masih sayangkan Kinah. Setelah beberapa ketika di hospital Kinah tersedar dari komanya dan beberapa bulan dia dihospital dan setelah beberapa pembedahan dan terapi akhirnya Kinah keluar dari Hospital. Namun oleh kerana gegaran diotaknya membuatkan saraf mata Kinah kini terganggu maka matanya mengalami sedikit masalah namun syukur alhamdullilah keuda dua matanya masih boleh melihat. Syukur alhamdullilah. Yang penting sepupu Mak Dara sihat dan selamat dari kecederaan yang amat ngeri itu.

Sepupu Mak Dara Tengku Nur Sakinah selepas 6 tahun kemalangan


Sepupu Mak Dara Tengku Nur Sakinah selepas 6 tahun kemalangan

Tengku Nur Sakinah

Tengku Nur Sakinah merupakan seorang wanita yang sungguh kuat dan tabah. Mak Dara memang tabik pada sepupu Mak Dara sorang ni. Tiada apa yang dapat mematahkan semangatnya untuk meneruskan kehidupannya. Mak Daraberdoa dan berharap moga suatu hari nanti Kinah dapat bertemu jodoh dan bertemu dengan orang yang menyayanginya sepenuh hati.

Sepupu Mak Dara ni takde blog tapi kalau ada yang nak komen atau nak berkawan dengan sepupu Mak Dara ni sila klik di SINI atau di gambar diatas dan terus ke page Facebooknya =)

Hmmm lap yu so muchhh Kinah!!! Be strong ok.. Hope U meet Mr Right soon hehe..


Tsunami Di Jepun Menggamit Kenangan

Tsunami melanda Jepun.. Banyak perkara yang terlintas di kepala Mak Dara ketika mendengar berita tu. bagaimana keadaan teman Mak Dara yang berada di Sapporo dan Hokaido? Kenangan kenangan manis Mak Dara bersama suami di Jepun terus bermain di kepala Mak Dara.


Kenangan Mak Dara belajar memakai Kimono semasa di Hokaido


kenangan kononnya nak buat video klip di atas Gunung Tenggu yang tak baper jadi

infront of SAPPARO SHORT FEST building - Japan

Mak Dara di Bandar Sapparo

Mak Dara dan suami telah ke Jepun semasa filem pendek suami Mak dara bertajuk "HASRAT" telah terpilih memasuki SAPPORO SHORT FILM FESTIVAL pada tahun 2008 lepas. Walaupun Filem pendek itu tidak emmenangi sebarang hadiah namun kami bangga kerana dapat mewakili Malaysia dan sekaligus boleh pergi ke Jepun sebuah negara yang dah lama Mak Dara mengidam nak pergi.

Mak Dara di Hokaido

Mak Dara di OTARU JAPAN

Mak Dara dan suami di shopping Mall bawah tanah di Sapparo

me @ the centre of SAPPORO JAPAN..
melayu sesat kat Bandar Sapporo hehehe..
Bangga weh pakai baju tradisional ke SAPPORO SHORT FILEM FESTIVAL 08 ;p

Apa dah jadi pada tempat tempat yang Mak Dara pernah kunjungi dulu. Apa terjadi pada teman teman Mak Dara. Selamat kah mereka.. semua masih menjadi tanda tanya. Apa apapun Mak Dara doakan semoga rakyat Jepun selamat dan tabah menghadapi ujian ini..