Sunday, March 13, 2011

Adik bertemu "SAKA" suami

Tengah elok elok Mak Dara layan drama kat TV tetiba dapat satu call dari adik Mak Dara yang bongsu Adza Emie.

EMIE
Kak Ida kat mana?

MAK DARA
Umah lerrrr

EMIE
Oh ya ka.. Ni kami baru lalu depan restoran Syed Bistro ni..
Ni nampak Abang Yazz tengah minum kat sini

MAK DARA
huh!!!

EMIE
Awat?

MAK DARA
Errr.. Ni Abang Yazz dok tengok tv tepi
kak ida nih..

Mak ai.. berderau darah .. meremang bulu roma... Munya tak.. Adik nampak suami kat kedai mamak sedangkan dia elok elok dok tengok TV kat tepi ni ha.. Adik Mak Dara lagilah mengucap panjang.. Siap sumpah sumpah yang dia baru nampak suami Mak Dara kat kedai minum peberet suami Mak Dara tu.. gulp.. Siap adik Mak Dara kata dia nampak sebijikkkk muka macam suami Mak Dara dah tu pakai sebijik style suami Mak Dara yang ala ala nusantara tu.. Ishhhh haruuu nih.. dah ler bulan lepas dok kecoh di kawasan ni dengan kes pocong mengamuk.. huhuhu



Errrr... sudahhhh ni nampak sapa pulak ni.. Laki den tak bela saka... uwaaaaaaaa.. ishhh nauzubillah.. masyaallah.. Mak Dara terus suruh adik Mak Dara tutup mulut dan suruh dia samung citer ni esok.. Bukan apa adik Mak Dara tu balik ke rumah waktu tengah malam.. Kang salah tegurrr kan.. naya...

PUTERI SALAMIA bermula........

Penulisan skrip drama 5 episod berjudul PUTERI SALAMIA kini bermula...

Photo: Skrip ke 62

Tajuk Drama:PUTERI SALAMIA
Durasi : 5 episod x 1 jam
PRODUKSI: Wide Angle Sdn Bhd 
PRODUSER:Zay Datuk Zay Basaliei 
SKRIP: Adza Irdawati Adenan & Adza Nasya Emie
Siaran: Akan mula ditayangkan di RTM2 9hb mac setiap hari Jumaat pada pukul 3 petang
Barisan Pelakon
Puteri Salamia : Mardiana Alwi
Kesatria Qalif/Ben : Ebi Kornelis
Embun/Nenek Kebayan : Hasnah Ibrahim
Rose : Rydah Malanjang
Putera Sulu : Azrie Basalie
Permaisuri Indera Saputra : Azean Juzeanty
Raja Indera Saputra : Rodih Madun
Dr. Donny : Marlin Malalin
Elia : Affy Jacklynda Entawin
Penyiasat : Amirul Abdul
Ibu Ben : Puan Jurinah

Drama Bersiri Puteri Salamia adalah produk terbitan Wide Angle Film Production Sdn Berhad untukstesen TV nasional, RTM. Drama ini telah diadaptasi dan diubahsuai menjadi cerita dongeng daripada cerita rakyat tempatan Bajau Semporna. Drama ini diilhamkan oleh penerbitnya Zay Datuk Hj Basalie dan telah ditulis oleh Adza Irdawati dan Adza Nasya Emie Adenan. Drama ini berkisar seorang Puteri
bernama Puteri Salamia dari Kerajaan Indera Saputra yang telah ditunangkan kepada Putera Sulu sejakkecil lagi. Bagaimanapun, ketika menginjak usia dewasa, Puteri Salamia telah jatuh hati pada Kesatria
Qalif,  Kesatria Istana Kerajaan Ayahandanya. Dalam drama ini, Puteri Salamia telah mengembara merentas masa dan telah sampai ke zaman sekarang. Bermulalah pengembaraan Puteri Salamia seorang
diri di zaman berbeza dan secara kebetulan beliau telah berjumpa dengan Ben seorang pemuda yang seiras dengan wajah kekasihnya.


Malam ni Mak Dara dan adik Mak Dara Adza Emie akan menerus menulis treatmen skrip untuk episod kedua drama PUTERI SALAMIA ni..

Pada pemenang MAK DARA 1st GA iaitu Rose Johari.. seperti yang dijanjikan nama anda ROSE telah saya masukkan dalam skrip drama ini yang akan ditayangkan di RTM mungkin pada pertengahan tahun ini.. Tunggguuuuu ya.. =)

Puhh kanan.. puhhhhhh kiri..
mehhh ler idea.. jangan kau lari lari hehe

Awas Penghasut Terhebat!

Awas Penghasut Terhebat! Tapi ini bukan kes mahkluk penghasut yang bertanduk tu bukan.. bukan.. Ini citer pasal Mak Dara berjaya menjadi penghasut terhebat.. Uisshhh jangan pulak naik takut dengan Mak Dara. Mak Dara sebenarnya telah berjaya menghasut, menggoda adik Mak Dara dan kawannya supaya BerBLOG.. hehehe teror tak.. Tu nasib baik Mak Dara tak buat MLM kalau tak mau terus kaya hahahahaha

Tgh cari idea nak taruk nama blog sampai dah jd goblog neh hahaha

Tu gambor kat atas tu adalah mangsa hasutan Mak Dara le tu.. yang kiri tu adik Mak Dara Adza Tuty dan disebelahnya tu kawan adik Mak Dara si Hanifah. Tapi satu jer masalahnya.. Bila dah pandai hasut kenalah pandai tolong diaorang setupkan blog blog diaorang tu.. Masalahnya Mak dara pun masih baru dalam dunia blog ni sooooo ini membuatkan kami sama sama telah jadi GOBLOG.. hahaha

Tapi oklah jadilah jugak blog dioarang tu.. Jomler sama sama terjah ke blog diaorang yer.

Nak ke Blog Adza Tuty klik di SINI
Nak ke Blog Hanifah Tuty klik di SINI

Khabar Dari Jepun

Gembira Mak Dara bila akhirnya mendapat berita dari teman Mak Dara dari jepun iaitu Midori Tamate setelah beberapa hari berlakunya Tsunami di Jepun.



Mak Dara: I've heard about Tsunami hits Japan. Are you guys ok?
Midori: Thanks. We are fine. It was level 3 in sapparro, which means no serious damage. No worry

Midori's FB wall: " we are ok"

Syukur alhamdullilah mereka selamat. Difahamkan di Sapparo hanya mengalami kerosakan tahap 3 maknanya tiada kerosakkan teruk.

Suami Mak dara bersama Junjiro Kodoma dan siterinya Midori Tamate
@ sapporo Japan

Mak Dara dan Suami bersama Datuk Bandar Sapparo Japan
@ SAPPORO SHORT FILM FESTIVAL 08

Marilah kita sama sama berdoa moga Tsunami tidak terkena tempiasnya di negara kita..