Monday, March 14, 2011

FACEBOOK SLOW AKIBAT TERKENA VIRUS LYA

Perasan tak Facebook sekarang ni slowwwwwwwwwww sangat sejak dua menjak ni. Nak log in pun kena banyak kali.. Inikan pulak nak update status stau nak comment.. Nak upload gambor atau video jangan harap la kan.. Tapi apa puncanya ek.. Mak Dara rasa Facebook ni dah kena VIRUS LYA atau VIRUS LEMBAB YA AMAT. Itu teori Mak Dara lah yer hehehe..


VIRUS LYA

Ramai betul kawan kawan FB Mak Dara yang update status tentang hal ni. Ada yang kata akibat tsunami. Ada juga yang kata maybe facebook dah terlebih dari yang mampu sbb dah berjuta juta lemon pengguna FB sekarang ni.. Wallahhualam..



Tak kisahlah apapun sebabnya, Mak Dara harap Facebook akan pulih seperti sedia kala.. Kalau tak mau geget lappy macam gambor kat atas tu hehehehe...

Makin Ramai Bergambar Dengan Gaya Mulut Muncung

Comell.. kiut.. macam baby face.. itulah yang selalu keluar dari mulut Mak Dara bila blogwalking dan bila mata terlihat gambor gambor pemilik blog yang kebanyakkan suka bergambar dengan gaya mulut muncing dan pipi kembong..







Memang dah jadi trend ek sekarang ni tangkap gambor macam tu? Rasanyalah memang dah jadi trend sekarang.. Kalau tak, takkan setiap hari banyak blog yang Mak dara blogwalk pasti akan terjumpa dengan header dan gambar gambar begitu.. memang kiutt..

Mak Dara dan anak bongsu Mak Dara Adza Isabella
dengan gaya mulut muncungnya hehe

Tapi macam mana boleh mula trend ni ek.. Rasanya semuanya bermula dari gambar gambar korean contact lense kot.. ataupun dari drama drama korea yang semakin mendapat tempat di hati penonton.

Ada yang suka dan ada yang tak suka dengan trend bergambar macam tu.. Tapi bagi Mak Dara memang cute.. Sebab bukan semua orang boleh tangkap gambor posing muncung dan kembong macam tu.. Kalau Mak dara buat kompom nampak lagi kombangggg semangkuk jadinya..Apa apapun cara uols tangkap gambar itu pilihan sendiri.. Nak muncung ke tak nak muncung ke.. Nak kembongkan pipi ke atau nak kembangkan hidung ke itu pilihan masing masing.. asal happy =)

TUTY BLOGGER BARU

Akhirnya adik ketiga Mak Dara, Adza Tuty telah membuka blognya sendiri. Jenuh jugaklah kami carik idea untuk diletakkan pada blog baru adik Mak Dara ni.. Mula mula taruk nama "MY LIFE AS MISS J" hahaha idea meroyan dari Mak Dara lah.. Pastu ditukar lagi kepada "SUPERMOM" pastu semalam kami bincang punya bincang last last adik Mak Dara setuju dengan cadangan Mak Dara dengan meletakkan nama TUTY ON THE BLOG... Nasib baik dia ikut cadangan Mak Dara, kalau dia ikut cadangan suami Mak Dara jaadilah nama blog tu TUTY GO-BLOG kekekeke



Terkezuttt jugak kami bila blog yang baru dibuka 2 hari tu kini dah ada 40 follower.. Jomler terjah ake blog adik Mak Dara ni beramai ramai yer.. Klik di atas atau klik saja di SINI untuk ke lognya =)

KEPUTUSAN AKHIR ALL ENGLAND 2011

Perghhh dah lama Mak Dara tak layan badminton ni.. Tau tau aje ALL ENGLAND dah final dah malam ni . Apa lagi Mak Dara tak lepas peluang menonton.

Mula mula agak down skuad beregu kita Tan Boon Heong dan Koo Kien Kiat telah tewas pada menentang beregu no1 dunia dari Denmark Mathias Boe dan Carsten Mogensen

Sekarang Mak Dara tengah sakan menonton perlawanan sengit dari hero kita Dato Lee Chong Wei yang bertarung dengan Lin Dan. Lain macam pulak penampilan Dato Lee Chong Wei malam ni.. Berketul ketul ototnya hhehehe.. Work out yer dato.. Bagusss baguss...

Macam yang diharap dan disangkakan... DATO LEE CHONG WEI memenangi ALL ENGLAND 2011 dengan kemenangan straight set ( 21- 17 set pertama dan 21-17 pada set kedua)


Dato Lee Chong Wei menerima trophy ALL ENGLAND

Dato Lee Chong Wei yang semakin macho hehe

Perghhh cayalah Dato.. Biar apa pun kritik kritik yang dikatakan orang bila Dato tak menang aritu. Tapi kalini Dato dah berjaya menunjukkanDato boleh!.. hehe Kali ni yang mengutuk pasti akan kembali memuji Dato.. Tengok ajelah suratkhabar esok hehe.. Oppss terlaser sudah haha..


Penyokong Malaysia


Antara aksi Dato Lee Chong Wei mengalahkan Lin Dan

Tan Boon Heong dan Koo Kien Kiat bersama
Mathias Boe dan Carsten Mogensen

Walaupun pasuan skuad beregu kita kalah ditangan pemain Denmark namun kita harus berbangga kerana menjadi kedua terbaik.. Bukan senang tu.. Cuba main badminton tengok then baru boleh kritik yer hehe.. Apa apapun Tahniah Dato!!!

Berikut adalah keputusan akhir All England
PERSEORANGAN LELAKI
Lee Chong Wei (MALAYSIA) mng LIN Dan ( CHINA)
21-17 , 21-17

PERSEORANGAN WANITA
Wang Shixian (CHINA) mng Hirose Eriko (JAPAN)
24-22 , 21-18

BEREGU LELAKI
Matthias Boe & Carsten Mogensen (DENMARK) mng Koo Kien Keat & Tan Boon Heong (MALAYSIA)
15-21 , 21-18 , 21-18

BEREGU WANITA
Wang Xiaoli & Yu Yang (CHINA) mng Fujii Mizuki & Kakiiwa Reika (JAPAN)
21-2 , 21- 9

BEREGU CAMPURAN
XU Chen & Ma Jin (CHINA) mng Sudket Prapakamol & Saralee Thoungthongkam (THAILAND)
21-13 , 21-9