Tuesday, March 15, 2011

FILEM RANGO



Mak Dara, hubby dan anak anak pergi menonton filem RANGO beberapa hari lepas di GSC Wangsa Walk Mall.

Mak Dara dan semua anak anak Mak Dara
@ GSC Wangsa Walk Mall

Memang ramai kanak kanak yang datang bersama ibu bapa masing masing datang menonton RANGO. Gambar kartun kan for sure ramai peenonton kanak kanak dari orang tua kan hehe. Apa yang Mak Dara boleh katakan tentang filem ni ialah animation memang superbbbb!!! Suara Johny Depp dan beberapa pelakon lain yang digunakan dalam filem ni memang kena sangat dengan karektor masing masing.. Tapi Mak Dara rasa mesej yang cuba disampaikan agak berat untuk dihidangkan pada kanak kanak.. Tapi apa apapun memang enjoy menonon filem ni..

Pada yang belum tengok gi terjahhhh ramai ramai k.

SUPER IBU!!!

It's a bird.. its a plane.. no it's SUPER IBU!!!!!!! hehehe.. SUPER IBU ni bukan le saudara kepada SuperMan ataupun Super Woman,dia adalah Adik Mak Dara yang paling bongsu iaitu Adza Nasyaemie. SUPER IBU ni kira nama yang digunakan dalam blog dia hehe.. Amacam kreatif tak.. ada macam iklan ibumee tak? hahaha


BLOG SUPER IBU

SUPER IBU ni dah lama dah berbloging tapi tak aktif sangat. Dek kerana sibuk menjadi ibu kepada anak pertamanya Adza Qaliesya . Tapi sekarang dia dah aktif kembali!!! baguih le tu Emie oi hehe..

Emie jugak merupakan penulis skrip macam Mak Dara.. Macam Mak Dara jugak komedi memang jadi peberet genre untuk kami menulis skrip. Tapi dia memang kreatif bila buat skrip kisah misteria atau penyiasatan.

Sekarang kami sedang sibuk untuk menyiapkan skrip drama bersiri kami berjudul PUTERI SALAMIA. Kalau uols nak nama uols dimasukkan dalam skrip drama terbaru kami ni gi lah terjah blg SUPER IBU ni sebab dia tengah takde idea nak letakkan nama nama pada skrip baru kami tu..

Klik di SINI atau klik di gamor di atas untuk ke blog SUPER IBU


TEORI FACEBOOK AKAN DITUTUP 13 MARCH HANYA AUTA

Dulu kecoh sekejap tentang teori FACEBOOK AKAN DITUTUP pada 13 march. Habis semua FB Addict panik dibuatnya.. Termasuk le Mak Dara hehe. Ada yang gelisah hilang kawan, gelisah tak boleh luahkan perasaan dan ada juga teman Mak Dara yang gelisah tak dapat mencari jodoh ahaks..



Tapi sesungguhnya semua itu ternyata hanya auta dan khabar angin.Kenapa? Sebab dari 13 march sampai le ke hari ni 15 march, Mak Dara login Facebook ok jer. Masih ada, masih kukuh. Masih beropersi macam biasa.

Bila dipikirkan balik, tahulah si Mark Zuckerberg tu dah kaya raya.. Tapi takkan le dia tak nak tambah kekayaan dia tu.. Hmmm tapi siapa tahu apa yang bakal dibuatnya nanti. Kita tunggu dan lihat aje le..

Tapi rasanya kalau Facebook ditutup, Mak Dara rasa akan lebih ramai le warga blogger nanti, lagi le meriah lagi best tul tk? ceciter..ceiter..ceciter hehehe

Tips Dari Nuffnang



Ingin blog anda terpilih oleh pengiklan?

1) sila ringankan blog anda
2) penuhkan dengan info yang berguna
3) update setiap hari .

Anda tidak dibayar dengan klik, tapi dibayar dengan unik traffik. Sila bersihkan blog anda,tunggu tetamu nuffnang datang berkunjung.

Ringkas aje tips dari Nuffnang yang Mak Dara terima di email ni tapi senang ke nak buat ek.. hmmm belom coba belom tahu kan.. COBAAN.. Nak try test cuba dulu dan lihat keberkesanannya.. =)