Seperti yang anda tahu atau yang belum tahu.. Mak Dara bekerja sebagai penulis skrip drama. Mak Dara dah lama berkecimpung dalam bidang penulisan ni dan dah 60 drama dan drama bersiri yang mak dara dah tulis. Antaranya NEK NAK, SAKA, CUCI CUCI SERVICES, BOLA CINTA, PINTU TAUBAT dan macam macam lagi.
Sekarang Mak Dara sedang menulis sebuah skrip drama bersiri terbaru bersama adik Mak Dara Adza Nasyaemie atau nama glamer kat blog dia SUPER IBU. Drama bersiri itu berjudul
PUTERI SALAMIA yang merupakan skrip drama Mak Dara yang ke 61 =)
Drama ini diterbitkan oleh seorang penerbit wanita muda iaitu
Zay Datuk Basalie. Zay merupakan isteri kepada penerbit dan pengarah
En Jurey Rosli yang telah memenangi banyak anugerah di festival filem kat Malaysia ni. Mak Dara dah banyak kali bekerjasama dengan En Jurey Rosli ni. Lebih dari 8 tahun kalau tak silap dan banyak jugak skrip skrip drama yang Mak dara dan suami Mak Dara tulis untuk syarikat beliau termasuklah filem "LIBAS" yang akan ditayangkan di pawagam di Malaysia tak lama lagi. Namun ini adalah pertama kali untuk Mak Dara bekerjasama dengan isterinya pulak. Ternyata memang besttttt. Susah nak dapat producer yang sporting macam Zay dan suaminya ni. memang Syiokkk =)

En Jurey Rosli dan Zay Datuk Basalie
Zay juga merupakan seorang bloger. dan Blognya bernama "A CUP OF LOVE, HUGS & KISSES"