Sunday, March 20, 2011

CUCU SEORANG PRIMADONA

Tengah hari tadi Mak Dara masih dalam ekspedi Jalan Jalan Cari Jalan bersama pamily Mak Dara di Terengganu. Berdesup desup call masuk yang Mak Dara terima dari kawan kawan dan keluarga.. Ingatkan ada masalah ke.. Rupa rupanya semua nak bagitau Mak Dara skrip drama yang Mak Dara tulis iaitu drama berjudul CUCU SEORANG PRIMADONA diulangkan tayang di RTM1 pada pukul 3:05 petang tadi.. Hishh geram betul Mak Dara.. Dah baper kali diulang tayang tapi tetap misss jugak. Memang Tak ada rezeki untuk Mak Dara tengok drama ini.. Drama ni adalah skrip drama yang ke 46 dari 61 drama yang pernah Mak Dara tulis. Uols ada tengok tak hehe.. Kalau yang belom tengoh, meh Mak Dara cerita serba sikit pasal jalan cerita CUCU SEORANG PRIMADONA ni.. =)


Skrip ke 46

Tajuk Drama: CUCU SEORANG PRIMADONA
Skrip Oleh: Adza Irdawati Adenan
Arahan: En. Yusuf Kelana
Lakonan: Fimie Don, Wan Maimunah, Jeff Omar dll
Penerbit: En. Jurey Rosli
Syarikat: World Evolution Brain
Siaran: telah ditayangkan pd 2hb Oktober 2010 @ RTM 2
(dan diulang tayang beberapa kali lagi termasuk hari ini 20hb mac 2011)

SINOPSIS

Ku Zaidah Bt Ku Sulaiman adalah seorang artis yang amat terkenal pada era lewat 70an dan 80an. Lakonannya dalam filem filem tempatan telah mencecah puluhan filem. Dan hampir setiap majlis anugerah filem telah mengangkatnya sebagai pelakon wanita terbaik.
Ku Zaidah juga sering menjadi tajuk utama dalam hampir setiap majalah mahupun akhbar pada masa itu. Setiap perkembangan terbaru mengenai karier atau peribadinya pasti akan diketahui ramai. Ini membuatkan Ku Zaidah menjadi seorang primadona yang amat di minati, digilai dan disanjung tinggi.



Akhirnya Ku Zaidah mengakhiri zaman bujangnya dengan mengahwini seorang lelaki biasa bernama Kamala. Mereka dianugerahkan seorang cahayamata bernama Iskandar. Dan lama kelamaan Ku Zaidah semakin menyepikan diri dari dunia glamour. Tahun berganti tahun akhirnya bintang Ku Zaidah semakin malap dan akhirnya terus dilupakan begitu sahaja.

Kini Iskandar telah berkahwin dengan Julia . Namun perkahwinan mereka tidak direstui oleh Ku Zaidah . Ini kerana Ku Zaidah amat tidak menyenangi Julia yang datang dari kampung dan dari keluarga yang tidak berada. Dia lebih senang jika Iskandar mengahwini pelakon jelita Naima yang amat tergilakan Iskandar. Dengan harapan perkahwinan antara anaknya dan pelakon yang sedang melonjak naik namanya itu dapat menaikkan kembali nama Ku Zaidah di dalam dunia seni yang amat dicintainya. Namun Iskandar enggan dan tetap mahu mengahwini Julia. Kerana sayangkan anaknya, Ku Zaidah menyimpan perasaannya dan terpaksa mengizinkan Iskandar berkahwin dengan Julia tanpa rela hati. Kedatangan Danial iaitu anak kepada Iskandar dan Julia juga masih tidak dapat memadam perasaan Ku Zaidah pada Julia.

Malang tidak berbau apabila satu kemalangan telah meragut nyawa Kamal, Iskandar dan Julia. Ini membuatkan Ku Zaidah seperti orang hilang arah. Dia menyalahkan Julia atas kemalangan itu. Kini Ku Zaidah terpaksa hidup bersama cucunya Danial.

Masa pantas berlalu, kehidupan Ku Zaidah dan Danial semakin meruncing kerana Ku Zaidah tiada sumber pendapatan. Ini tidak pernah terlintas di kepala Ku Zaidah kerana selama ini hal kewangan menjadi tanggungjawab suaminya. Namun tawaran berlakon yang ditawarkan kepada Danial oleh teman lama Ku Zaidah telah mengubah segala galanya. Danial kini telah menjadi satu fenomena baru dalam industri perfileman. Dengan bakat yang diperolehinya , Danial menjadi nama yang disebut sebut, dicari oleh setiap syarikat produksi di tanah air. Sehingga dia memenangi banyak anugerah.

Nama Ku Zaidah kembali menyinari dunia seni dengan menumpang populariti cucunya itu. Setiap tawaran yang diterima oleh Danial diterimanya bulat bulat oleh Ku Zaidah tanpa meminta pendapat ataupun persetujuan dari Danial. Tanpa diketahui Ku Zaidah, Danial tidak berminat untuk berlakon. Namun untuk menjaga hati neneknya, dia teruskan juga.



Jadual harian Danial sangat sarat dengan aktiviti lakonan. Ini membuatkan Danial tertinggal dalam pelajarannya. Danial juga tidak mengalami kehidupan kanak kanak yang lain. Masa nya diluangkan dengan menghafal dialog dan mengenal watak yang bakal dilakonkannya. Dia sedih apabila melihat kanak kanak bermain dan meluangkan masa bersama keluarga mereka. Namun itu semua dipendam sahaja oleh Danial.

Kini Ku Zaidah yang bertindak seperti pengurus kepada Danial lebih banyak mendapat liputan dari media massa. Ini kerana Ku Zaidah tidak membenarkan Danial ditemuramah oleh wartawan mahupun menaiki pentas menerima anugerah yang dimenangi Danial. Ku Zaidah kini semakin ghairah untuk mengejar glamour semula. Hasil dari pendapatan Danial juga kebanyakkannya digunakan Ku Zaidah untuk membeli kereta, rumah atau apa sahaja untuk menunjukkan kepada semua bahawa dia masih seorang Primadona yang sangat berprestij.
Zaleha dan Ahmad ibu kepada Julia dan nenek dan datuk kepada Danial sering menerima sms dari Danial tanpa pengetahuan Ku Zaidah. Di dalam sms itu menyatakan perasaan sebenar Danial terhadap semua yang berlaku dalam hidupnya. Oleh kerana kasihan kepada cucu mereka , Zaleha dan Ahmad bertekad mahu membawa Danial pulang ke kampung. Cadangan itu dibantah keras oleh Ku Zaidah. Ini membuatkan Danial semakin murung. Dan prestasinya dalam bidang lakonan semakin merosot.

Satu syarikat production yang besar kini menawarkan satu watak penting kepada Danial . Dan seperti biasa Ku Zaidah menandatangi kontrak bagi pihak Danial tanpa meminta persetujuan dari Danial. Dan dalam kontrak itu menyatakan Danial terpaksa melakonkan babak stunt tanpa menggunakan stunman. Danial enggan berlakon dalam filem itu. Ini membuatkan Ku Zaidah berang. Ku Zaidah tetap berkeras menyuruh Danial berlakon dalam filem itu.
Keesokkannya, Danial yang tidak dapat menahan lagi kerenah neneknya itu tekad dan terus melarikan diri pulang kekampung ibunya. Ku Zaidah yang seakan tahu akan destinasi Danial terus menjejaknya. Walaupun dihalang keras oleh Zaleha dan Ahmad, Ku Zaidah tetap membawa Danial pulang kerumah.

Danial sedang menyediakan diri untuk melakonkan aksi stunt yang telah berkali kali ditunjuk ajar oleh pakar stuntman yang berpengalaman. Ku Zaidah menunggu sambil berbincang mengenai projek terbaru Danial bersama producer filem itu di bawah.
Tiba tiba keadaan menjadi senyap sunyi apabila Danial terjatuh dan tersasar dari tempat jatuh yang disediakan oleh krew krew dan juga stuntman yang bekerja dalam produksi itu. Danial dibawa kehospital nyawanya kini terancam. Ku Zaidah menyesal akan tindakannya

.