Monday, March 21, 2011

22 Mac, Ulang Tahun Kelahiran Allahyarham Tan Sri Dr. P.Ramlee

Esok, ulang tahun idolaku, Allahyarham Tan Sri Dr. P.Ramlee . Jika dia masih hidup, umurnya bakal menjangku 88 tahun.Bayangkan jika allahyarham masih hidup pasti dunia perfileman tanah air kita takkan sama seperti sekarang. Mungkin.. Siapa tahu? Tetapi Tuhan lebih sayangkan dia lebih dari kita. Dan bilakah kita akan dapat pengganti? Dimanakan kami cari ganti? Mungkin 100 tahun? Mungkin 200 tahun?

Tan Sri Dr. P. Ramlee (1929 - 1973) atau nama sebenarnya Teuku Zakaria Teuku Nyak Puteh merupakan seorang pelakon, penyanyi, pengarah, pemain muzik dan penulis lagu terkenal di Malaysia dan Singapura

Beliau telah dilahirkan di Pulau Pinang pada pagi Hari Raya Aidilfitri 22 Mac 1929 dan merupakan putera kepada Teuku Nyak Puteh Teuku Karim (1902 - 1955) dan Che Mah Hussein (1904 - 1967). Bapanya yang berasal dari Lhokseumawe, Acheh, telah mendirikan rumahtangga dengan Che Mah Hussein pada tahun 1925 di Kubang Buaya, Butterworth.

P. Ramlee juga mempunyai seorang adik-beradik tiri iaitu Syeikh Ali, yang sama ibu dengannya.
Beliau menerima pendidikan awal di Sekolah Melayu Kampung Jawa dan kemudian ke Sekolah Francis Light. Seterusnya beliau menyambung pelajaran di Penang Free School sehingga meletusnya Perang Dunia Kedua. Ketika pendudukan tentera Jepun di Tanah Melayu, beliau belajar di Sekolah Tentera Laut Jepun sebelum kembali ke Penang Free School apabila tamat perang.

Bermula dengan bermain ukele, P. Ramlee beralih kepada gitar dan biola di bawah bimbingan Encik Kamaruddin (pemimpin brass band di Penang Free School).

Beliau menyertai Orkes Teruna Sekampung dan kemudian Sinaran Bintang Sore. Beliau pernah menjadi juara nyanyian anjuran Radio Pulau Pinang pada tahun 1947 dan terpilih sebagai Bintang Penyanyi Utama Malaya. Dalam pertandingan itu, beliau menggunakan huruf "P" (bagi Puteh) di awal namanya dan kekallah nama P. Ramlee itu hingga ke akhir hayatnya.

Filem pertama lakonan P.Ramlee adalah "Chinta" pada tahun 1948. Beliau memegang peranan sebagai penjahat dan nyanyian latar. Kejayaannya terus berkembang dan telah berjaya berlakon di dalam 27 buah filem di antara tahun 1948 hingga 1955.

Salah seorang pendorong dan guru P. Ramlee dalam dunia perfileman Melayu adalah Datuk L. Krishnan (Pengarah filem Melayu tahun 50-an dan 60-an yang terkenal). Gaya lakonan P. Ramlee yang amat berjaya itu adalah hasil inspirasi P. Ramlee daripada dua pelakon terkenal India Selatan iaitu MGR dan Sivaji Ganesan.

Filem terakhir lakonan beliau ialah "Laksamana Do Re Mi" pada tahun 1972 dan lagu dan lirik terakhirnya adalah "Ayer Mata Di Kuala Lumpur" pada tahun 1973 sebelum beliau menghembuskan nafas terakhirnya.

Tidak ramai yang tahu betapa sedihnya arwah di akhir kehidupannya. Renungkan dan marilah kita sedekahkan Al-Fatihah buat Allahyarham.

APA KAU RASA Jadi Lagu Tema Drama Terbitan Abang Shahruddin Thamby

Mak Dara dan suami baru saja habis buat skrip berjudul "AKU DIA DAN DIA". Drama ni adalah skrip drama yang ke 60 yang telah Mak Dara tulis dan telah diterbitkan oleh Abang Shaharuddin Thamby seorang pelakon yang terkenal dan sekarang telah menjadi seorang penerbit drama yang meletops... . Mak Dara rasa shooting drama ni baru aje habis tapi Mak Dara tak pasti siapakah pelakon pelakon yang menjayakan drama tu.. Nanti double check balik dengan abang Din hehe..

Kisahnya Tengah hari tadi suami Mak Dara mendapat panggilan dari Abang Din menyatakan bahawa dia nak gunakan lagu D'ADZA iaitu lagu berjudul APA KAU RASA sebagai lagu tema drama AKU DIA DAN DIA tu.. perghhhhhhhhh terujaaaa Mak mendengar berita tu..


Memang sesuai lagu tu dengan jalan cerita drama tu. Terima kasih Abang Din kerana sudi guna lagu kami tu.. Tak sabar nak tengok bila Drama tu disiarkan di RTM nanti =)

Jom layanzzz lirik APA KAU RASA.. Lirik ni Mak Dara tulis bila ada orang tegur pasal kekembanggannnnn Mak Dara . Kira macam lirik nak lepas geram lah hahahaha..

Lirik Apa Kau Rasa – D’ Adza

Kau Sukakan Wanita-wanita Cantik
Ku cantikkan Diriku
Kau Suka Wanita-wanita Genit
Ku Mulakan Diet Ku
Kau Gilakan Wanita-wanita Seksi..
Itu Bukan Aku
Wanita Seksi.. Seksi.. Itu Bukan Aku

Bila Difikir Kembali Bodohnya Diriku
Mengapa Harus KuPuaskan Hati Mu Saja
Aku Tetap Aku Wanita Luar Biasa
Kini Penuhi Pula Permintaan Ku

Hensemkan Diri Mu..
Kempiskan Boroi Mu..
Saratkan Akaun Mu..
Jantankan Kelakian Mu..
Setelah Penuhi Segala Yang Ku Pinta
Kau Temui Aku, Kini Apa Pula Kau Rasa

Tell Me How U Feel
I Do It Again
I’ve Got A Get Up Get Up And Get Down
I Do It Again
I’ve Got A Get Up Get Up And Get Down
Now Tell Me How U Feel

#Korus 2x


MAK DARA & STICKY POST

STICKY POST.. Apa yang melekat.. Apa yang nak dilekat.. Hehehe memula tu memang ler tak baper paham dengan benda alah ni.. Almaklumlah Mak Dara dah semakin lama semakin tua dan semakin rabun IT hehe..

Tapi benda ni memang penting bagi blogger yang buat Giveaway, Contest, Segmen, Lucky Draw atau apa apa lagi yang memerlukan entry khasnya tu berada di atasss sekali dan tidak melunjur kebawah setiap kali terdapat new entry.. ceweahhh macam nak berucap pulak aih..

Maka inilah yang terjadi pada Mak Dara. Masa Mak Dara buat Mak Dara punya 1st GA.. Jenuh ler buat entry terbaru bagi setiap kali entry tentang GA Mak Dara tu semakin kebawah dek kerana entry entry baru. lepas tu masa blogwalking ada terlihat rakan rakan blogger buat sticky post maka berdesup le Mak dara google cara cara nak buat sticky post bagi LUCKY DRAW Mak Dara ni..

Syukur alhamdullilah menjadi bila Mak dara ikut tutorial step by step dan terus menjadikk.. sukerr Mak hahaha. Bagi yang dah tahu macam mana nak buat Sticky Post tu besttt kan benda ni boleh melekat jer entry kita sampai bila yang kita mahu..

Bagi yang belum tahu tu meh Mak Dara nak tunjukkan tutorial yang Mak Dara ikut kejap tadi.. Tapi ini bukan maknanya Mak Dara nak buat tutorial pulak.. Mak Dara share apa yang mak dara googlekan aje yer.. Sharing is Caring kan =)

Memula tu uols tekan ler kat NEW POST pastu buat le apa apa entry yang mahu . Lepas dah habis tu publish aje macam biasa.

Lepas tu pergi ke EDIT POST dan tekan "Post Options" yang macam tertera di bawah ni


Lepas tu pergi ke Set date and time seperti dalam gambar dibawah pastu edit le tarikh dan masa di situ mengikut tarikh yang uols nak sticky post tu menjadi entry pertama dalam blog uols tu


Habis tu publish balik entry uols tu.

Sekarang entry itu akan menjadi entry pertama dalam blog uols sehinggalah tamat tarikh yang telah anda tetapkan sebentar tadi.

Mak Dara harap Mak Dara tak memeningkan kepala anda . Kalau pening jugak sediakan panadol ya heheheeh. Selamat mencuba dan renung renungkan =)