Wednesday, March 23, 2011

GAME ANTARA BLOGGER BERMULA

GAME ANTARA BLOGGER BERMULA

Jom join segmen terbaru dari Ben Ashaari GAME ANTARA BLOGGER BERMULA! klik di header atas atau di SINI untuk join!! jommmmzzz


Elizabeth Taylor Meninggal Dunia

Terkejut dan macam tak percaya Mak Dara bila dapat tahu yang pelakon terkenal Elizabeth Taylor baru saja meninggal dunia !

Elizabeth Taylor, legenda Hollywood telah meninggal dunia pada usia 79.Difahamkan bahawa beliau meninggal kerana serangan jantung. Elizabeth Taylor ni pernah berkahwin sebanyak 8 kali selama hayatnya. Beliau telah dirawat di sebuah rumah sakit di Los Angeles dan menjalani pembedahan jantung pada tahun 2009.

Beliau dianggap sebagai salah satu pelakon terbesar dari zaman keemasan Hollywood itu, Taylor memenangi dua Oscar pada tahun 1960-an .

Elizabeth Taylor sebagai Cleopatra

Semasa saat saat akhirnya. Elizabeth Taylor dikatakan bersama sama empat orang anak anaknya iaitu Michael Wilding, Christopher Wilding, Liza Todd, dan Maria Burton. Dan difahamkan bahawa 10 orang cucunya juga bersama samanya ketika dia menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Teringat lagi Mak dara akan filem filem lakonannya terutamanya filem Cleopatra. Namun yang paling Mak dara ingat tentang persahabatan sejati antara Elizabeth Taylor bersama teman akrabnya Micheal Jackson.

Elizabeth Taylor dan Micheal Jackson

Hollywood telah kehilangan seorang lagi ikon dan lagenda. May you rest in peace Elizabeth Taylor...

Bangga Bila Sepupu Mak Dara Jadi Cover Majalah Cosmopolitan

Perghhhh mau tak rasa bangga.. Bukan semua orang boleh jadi muka depan atau cover untuk sesuatu Majalah kan.. Tahniah kepada sepupu Mak Dara Ramizah Nazurah aka Mieza kerana berjaya menjadi juara Cover Star Cosmopolitan Malaysia. Mieza join pertandingan Cover Star ni dan menang.. Tahniah Mieza!!!


Ha cun tak sepupu Mak Dara ni.. hehehe... Teringat masa zaman zaman Mak Dara jadi model catwalk dulu.. sekarang model pampers pun belum tentu ada yang nak kasi job hahahaha. Mieza adalah seorang Perunding Kejuruteraan untuk sebuah engineering company swasta di Kuala Lumpur. Kalau nak tahu lebih kenalah beli majalah Cosmo ni hehe.

Tahniah sekali lagi dari Kak Ida sekeluarga untuk Mieza.. Semoga sukses selalu dalam apa jua bidang yang diceburi

SEGMEN AKU DAN SEKOLAH

Mak Dara suka blogwalking dan blog jogging ke semua blogger yang meninggalkan jejak di blog mak dara ni.. Tapi Blog yang pasti Mak Dara kompom akan terjah hampir setiap hari ialah Blog Martias Mohd Ali, Meggiboy, Super Ibu, Tuty Cer Citer, Ben Ashaari, Lekat Lekit Gurl, Kak Pah, Mrs Sabri, Top Imagine, Mak Dara Terdiva, Bangku Kosong dan beberapa blog kawan dan saudara Mak Dara. Kejap tadi Mak Dara ke Blog BANGKU KOSONG dan terjumpa post BANGKU KOSONG menyertai segmen AKU DAN SEKOLAH oleh adik Aniss Si Kasturi. memang menarik.. Jadi Mak dara pun nak join dan nak jugak share pengalaman Mak Dara bukan saja kat sekolah rendah tapi alang alang sampai ke sekolah menengah.. hehehe biasalah terlebih rajin..


KISAH MAK DARA DAN 11 BUAH SEKOLAH!

Mak dara ni pesyen suka tukar2 sekolah.. hampir tiap2 tahun tukaq sekolah.. Jangan tak percaya.. Jumlah keseluruhan sekolah yang pernah Mak dara belajar dari sekolah rendah sampai sekolah menengah semuanya 11 buah sekolah...

Tapi kebelakangan ni alhamdullilah, dah banyak berjumpa balik dengan kawan kawan sekolah menerusi Facebook.

Antara sekolah sekolah yang pernah Mak Dara menutut:

1) Sek Ren Keb Sungai Taka - Darjah 1

2) Sek Ren Keb ( dah lupa) - Darjah 2

3) Sek Ren Kebangsaan Sungai Seluang - Darjah 3

4) Sek Ren Keb Sungai Taka - Darjah 4 (masuk balik sekolah tu hehe)

5) Sek Ren Keb Guar Lobak - Darjah 5

6) Sek Keb Permatang Tok Dik - Darjah 6

7) Sek Men Lunas - Tingkatan 1

8) Sek Men Putra (kangar-Perlis) Tingkatan 2

9) Sek Men Padang Serai 1 - Tingkatan 3

10) Sek Men Padang Serai 2 - Tingkatan 4

11) Sek Men Tungku Panglima Besar - Tingkatan 5


Mak Dara semasa di tingkatan 2
dari kiri Mak Dara(time tu anak dara) & Siti @ Sek Men Putra - Perlis

hehe.. banyakkan? so kalau ada school mate yang saya agak ingat2 lupa tu harap jangan marah lah ya.. sbb saya dah banyak berpindah randah masa time sekolah dulu.. Tapi kalau ada yang terbaca ni dan ingat akan saya tolonglah bagitau yer..

Pada sesiapa yang nak join segmen ni boleh klik di gambar di atas atau klik di SINI ya .

Followers ke 666 !!!

Alhamdullilah setelah bersiaran selama 2 bulan 6 hari.. Blog BICARA MAK DARA dah mendapat Follower ke 666!! Syukurrrr!!!

Mak Dara ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan memberikan award kepada Cik EJA kerana telah menjadi ahli AJK MESYUARAT TINGKAP MAK DARA Ke 666 ! Tks Eja!

Serba sedikit tentang Eja..ANAK KE 4 (KEMBAR) DIPLOMA BUSINESS MANAGEMENT POLITEKNIK UNGKU OMAR + POLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAH

Jom ramai ramai terjah ke Blog adik Mishiera.. Sila Klik di SINI atau di pic header di atas untuk ke blog beliau ya =)