Thursday, March 31, 2011

Yeay.. Follower ke 750!!

Hari ini genap blog BICARA MAK DARA bersiaran selama 2 bulan 2 minggu. Bertambah bersyukur apabila hari ini blog Mak Dara ni menerima follower yang ke 750 tepat jam 6:17 petang tadi.

Mak Dara ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan tahniah kepada Cik Mimie kerana sudi follower Mak Dara yang ke 750.

 
Mak Dara juga ingin ucapkan terima kasih kepada teman teman blogger yang follow blog Mak Dara hari ni.

... DALAM BOTOL

Suami Mak Dara sekarang sedang menjalani Master Class Penulisan Skrip yang dianjurkan oleh Finas. Yang datang mengajar di Master Class tu adalah pengarah hebat dari Indonesia iaitu JOKO ANUAR. Dialah yang menulis skrip dan mengarahkan filem JANJI JONNY, filem KALA dan beberapa buah filem lagi dan telah memenangi beberapa anugerah hebat di luar negara seperti di Berlin dan Sundance Festival. Difahamkan yang menyertai Master Clas itu juga bukan calang calang orangnya. selain suami Mak Dara, Sofea Jane, Rashidi Ishak, Raja Azmi, Wan Raja dan beberapa lagi penulis skrip, pelakon dan pengarah terhebat tanah air.

Maka semalam Puan Raja Azmi nak belanja semua rakan rakan yang menyertai Master Class untuk melihat filemnya ... DALAM BOTOL. Maka suami Mak Dara bawa le Mak Dara bersama sama. Semua berjumpa di TGV Wangsa Walk Mall dan terus masuk kedalam panggung dan menonton filem terbaru dari Raja Azmi ini.


Memang lain dari yang lain. Filem ini penuh dengan mesej mesej. Di setiap bait bait dialog yang diucapkan terdapat mesej tersirat dan tersuratnya. Memang kenalah filem ni dengan masalah gejala sosial yang banyak berlaku sekarang. Semoga yang menontonnya mendapat pengajaran dari filem ni. 

Banyak juga yang review dan mengkritik tentang filem ni. Bagi Mak Dara itu semua pendapat masing masing dan kita harus hormati pendapat mereka. Namun bagi peminat "art movie" macam Mak Dara pasti akan menyukai filem ni. Lain orang lain citarasanya kan =) Mak Dara rasa filem ini memang filem terbaik dari Raja Azmi. Tahniah kepada Raja Azmi all the cast and crew juga.. 

Mak Dara bersama hubby, Raja Azmi producer filem ... DALAM Botol, Raja Wan, pelakon ... DALAM BOTOL, Gambit, Joko Anuar penrah filem "JANJI JONNY" dan teman teman hubby yan lain sedang diner selepas menonton filem ... DALAM BOTOL di TGV di Wangsa Walk Mall.
 
hubby Mak Dara with Raja Azmi dan Wan Raja 
penerbit dan pelakon filem ... DALAM BOTOL

Mak Dara with JOKO ANUAR pengarah filem terkenal Indonesia

my hubby with JOKO ANUAR pengarah filemJANJI JONNY
Semalam Raja Azmi beritahu yang filem ini dah mencecah kutipan 1.3 juta.. Tahniah!! Jadi bagi yang belom menonton filem ni pergilah menonton yer. =)

PINTU TAUBAT

Sebentar tadi kawan Mak Dara ada call dan beritahu yang drama yang Mak Dara tulis tengah diulang tayang di Astro Oasis. Drama yang dimaksudkan oleh kawan Mak Dara tu ialah PINTU TAUBAT. Drama ni merupakan skrip ke 45 yang telah Mak Dara tulis. Skrip drama ini Mak Dara tulis bersama suami Mak Dara, Martias Ali.


Drama ni dah ditayangkan di Astro Oasis pada oktober 2010 tak sangka akan diulang tayang lagi pada tahun ni. Syukur alhamdullilah.. Drama ini adalah terbitan Jurey Rosli dari World Evolution Brain Sdn Bhd. Dan lagu tema drama ini dinyanyikan oleh Oja.

Drama bersiri PINTU TAUBAT ini adalah rantaian cerita-cerita tantang kisah kisah manusia yang insaf dan mencari pengampunan daripada Allah SWT atas keterlanjuran dosa yang dilakukan. Penampilan khas Ustaz Ismail Kamus untuk menterjemah ayat-ayat Al-Quran sebagai pedoman.

TAJUK TAJUK EPISOD dalam PINTU TAUBAT
EPISOD 1 : TANGGANG

EPISOD 2 : NOMBOR TERAKHIR

EPISOD 3 : RASUAH

EPISOD 4 : ANAK

EPISOD 5 : AIR NERAKA

EPISOD 6 : CURANG

EPISOD 7 : DUSTA

EPISOD 8: RAGUTAN MAUT

EPISOD 9: INSAF ZARINA

EPISOD 10 : SAMUN

EPISOD 11 : TEKSI

EPISOD 12 : PELANGGAN


EPISOD 13 : MALAIKAT MAUT
Salah satu scene dalam drama PNTU TAUBAT
Rem antara pelakon yang menjayakan drama PINTU TAUBAT


lagu tema drama bersiri PINTU TAUBAT oleh Oja

Rimas Di Tag Menilik Nasib Berpandukan Jenis Darah

adoi... sebelum ni hari hari di Facebook Mak Dara akan ditag dengan gambar gambar seperti Mengetahui personaliti melalui bulan kelahiran dan macam macam jenis tilikan lagi.. Sekarang pulak asyik kena tag dengan Rahsia Personaliti Dari Jenis Darah pulakkkk..


Jenuh ler Mak Dara remove tag setiap hari.. Dah letih ler nak remove remove tag tag macam ni. Itu belum kena remove tag dengan gambar gambar baju untuk dijual oleh butik butik on9 dalam facebook tu.. Kalau gambar Mak Dara ada pada gambar gambar tu ok le jugak.. Ni gambar yang takde kene mengena...Jenis darah pun tak sama dengan Mak Dara.. Ni yang buatkan semakin malas nak login ke facebook ni.. Sekarang kalau login FB pun sbb nak ping entry je ahaha

HEADER SIMPLE TAPI MENARIK

Pagi ni bukak jer blog terbaca yang Mak Dara telah di Tag oleh THE LEKAT LEKIT GURL untuk menyertai satu contest iaitu HEADER SIMPLE TAPI MENARIK. Memang menarik contest ni jadi apalagi berdesuppp laju Mak Dara menjoinkan diri. Tks Suria kerana sudi tag yer =)


Dah lama jugak Mak Dara tak join mana mana contest atau GA , ni disebabkan Mak Dara sendiri tengah sakan menganjurkan LUCKY DRAW. Tarikh tutup LUCKY DRAW Mak Dara tu malam ni iaitu tepat pukul 12 tengah malam. Pada sesiapa yang nak join sila klik di SINI yer.. Ehhh terpromote Lucky Draw sendiri pulak haha. Ok berbalik pada contest ni. Mak dara nak pertaruhkan header Mak Dara seperti dibawah

 Mak Dara nak tag 5 org teman Mak Dara
1) meggiBOY
2) Martias Mohd Ali
3) Top Imagine
4) Rose Johari
5) eb ezrin2

Pada rakan rakan blogger sekalian yang nak join contest ni boleh klik di link dibawah yer