Saturday, April 2, 2011

Seri Bayu Telah Meninggal Dunia

Astarafirullahalazim.. Baru aje Mak Dara bersiap siap untuk pergi melawat Abang Seri Bayu dihospital.. Baru sebentar tadi Mak Dara memdapat telefon dan menyatakan Abang Seri Bayu telah kembali kerahmatullah. Innalillahhiwainnallilahhirajiun...

Masyaallah baru sahaja Mak Dara bertemunya 4 , 5 hari yang lalu.. Nampaknya kami tidak sempat menunaikan hasrat terakhirnya untuk membuat klip video terakhir lagu terakhirnya nyanyian penyanyi baru Nazira Ghani.. Tuhan lebih sayangkannya..


Sekarang Mak Dara dan suami akan ke Pord Dickson dan bersama sama keluarga angkatnya untuk menguruskan apa apa yang patut. Marilah bersama sama sedekahkan al fatihah kepada arwah.. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan diletakkan dikalangan orang orang yang beriman.. AL FATIHAH...

SERI BAYU Dimasukkan Di Hospital PD

Teman Mak Dara dan suami Abang Seri Bayu atau nama sebenarnya Jamaludin Sulik yang merupakan seorang komposer penulis lirik yang terkenal satu ketika dulu kini telah dimasukkan ke hospital di Port Dikson. Berita ini disampaikan oleh Nazira Ghani penyanyi baru yang mendapat lirik istimewa dari Abang Seri Bayu untuk sebuah lagu untuk single album terbarunya yang akan dikeluarkan tak lama lagi.

Bagaikan baru aje 4,5 hari lepas Mak Dara dan suami menemuinya di Concord Hotel Sah Alam. Memang terkejut Mak Dara melihat keadaan Abang Bayu. Jelas kesakitan yang dialaminya. Dia tidak lagi mampu berjalan mahupun bergerak tanpa bantuan. Pertuturannya pun sukar untuk difahami. Syukur alhamdullilah Nazira dan keluarga sudi menerima Abang Bayu dan menjaganya di rumah mereka.


Abang Bayu meminta untuk bertemu suami Mak Dara, Martias Ali untuk meminta suami Mak Dara mengarahkan video klip untuk Nazira. Katanya lagu yang ditulis lirik olehnya itu adalah lagu terakhir darinya. Mak Dara menahan aje air mata bila mendengarnya.

Semoga Abang Bayu sembuh segera. Semoga kita dapat menjayakan video klip ini bulam Mei nanti insyaallah.. Mari sama sama mendokan kesihatan Abang Seri Bayu ya.

Genap Setahun Pemergian Allahyarham Din Beramboi

Pejam celik pejam celik terasa sekejap bagi kita tapi rupa rupanya telah genaplah pemergian Allahyarham Din Beramboi. rasanya macam baru ajer arwah meninggalkan kita. Pagi kelmarin sedih juga Mak Dara bila mendengar radio ERA. Selalunya radio era penuh dengan suasana ceria dan gumbira namun pagi itu suasana sama sekali bertukar apabila ada segmen “Tribute to Din Beramboi dan mengimbas kembali drama sebabak bersama allahyarham din beramboi. Fuhh sungguh sedih.. Itu kita.. Bayangkan perasaan anak anak isteri dan keluarganya.. Fuhh pasti lebih sedih dari kita..

pusara allahyarham Din Beramboi

Mak Dara hanya sempat mengenali Allahyarham Din Beramboi ketika arwah berlakon dalam Filem SHHH.. DIA DATANG arahan pertama Saiful Apek. Skrip filem ni Mak Dara dan suami yang tulis jadi kami selalu le kena ke set lokasi penggambaran. Arwah memang seorang yang happy go lucky dan sungguh lucu..

 Filem SHHH.. DIA DATANG

Tapi sayanggggg sangat.. Filem ini tak dapat ditayangkan di pawagam kerana pihak Producer ada sedikit Masalah.. Memang amat sayang sekali kerana 2 orang pelakon filem ini telah kembali kerahmatullah tanpa sempat melihat hasil kerja mereka ditayangkan. Mereka adalah Allahyarham Din Beramboi dan Allahyarham Shukeri Hashim..

Mak Dara dan suami sempat ke pengkebumian arwah. Suasana di sana amat pilu dan sedih. Bertambah sedih apabila melihat anak bongsu arwah dipangkuan isterinya.
Mak Dara@ majlis pengkebumian allahyarham din beramboi..
pak nil memberikan penghormatan terakhir kepada sahabat karibnya..
Pak Nil sedang ditemuramah oleh wartawan

In Memory of Din Beramboi ( 1966 - 2010 ) Al-Fatihah
Suami Mak Dara sedang memberi penghormatan terakhir
di pusara allahyarham Din Beramboi

Semoga roh mu diletakkan di kalangan org2 yang beriman.. Al fatihah... U will be missed abg din

Wahhh Kak Pah K-Poh Dah Bertukar Wajah!

Wahhhh Kak Pah nampak lain le arini.. Dah bertukar wajah!!! Err jangan salah faham yer.. Kak Pah tak buat plastik surgery atau pun buat botox.. bukan.. Yang berubah wajah tu sebenarnya header blog Kak Pah tu.. Perghhh Cun!!!!! Tak percaya..? Cube tengok kat bawah..


Kan cun tuuuuu... Tahniah Kak Pah memang cun header tu.. I like bak kata omputih.. Sejak kenal dengan Kak Pah dalam 2 bulan lebih ni rasanya dah 3 kali Kak Pah bertukar Header. Tapi header kali ni memang cun.. Memang sesuai dengan pemiliknya yang cun tu =)

Moh ler terjah ke blog Kak Pah.. Siapa yang tak kenal dengan Kak Pah memang rugiiii.. Tak percaya? Cuba tanya Kak Pah.. Kan Kak Pah kan.. kannn hehehe

Klik di SINI untuk ke blog Kak Pah http://effa-k-poh.blogspot.com/