Monday, April 4, 2011

Pembakar Semangat Untuk Terus Berbloging

Kite Bako.. Kite Bako.. hahaha bukan kes Bako yang itu yer.. Citer in takde kene mengene dengan Usop Wilcha tu yer. Ni Mak Dara nak citer pasal keterujaan Mak Dara untuk terus berblogging.. Apa yang membakar dan pembakar semangat Mak Dara. Firstly mestilah sokongang hubby Mak Dara yang tak putus putus.. Dan juga kata kata semanagt dari family dan kawan kawan.. Dan paling best semalam bila ada teman FB Mak Dara komen ni pada Mak Dara..


Perghhh tengkuuuuuu sesangat le pada teman Mak Dara Farah Waheda Wahid. kata katamu itu mendorong mak dara untuk terus berblogging.. berblogging.. berblogggg selagi terdaya insyaallah.. Mudah mudahan idok le sampai goblog jadinye Mak Dara nanti haha..

Dan tidak ketinggalan Mak Dara jugak nak ucapkan jutaan lemon terima kasih pada beberapa teman blogger Mak dara yang hari hari memberi semangat tanpa jemu pada Mak Dara tak lain tak bukan SUPER IBU, Lekat Lekit Gurl , MeggiBOY, Kak Pah Kpoh.. Top Imagine, Mrs Sabri dan teman teman blogger yang lain jugak.. Nanti kita dinner ramai ramai yer.. Kak Pah belanjer hehehehehe...

Farah Waheda Wahid pun ada blognyer juga tau.. Blognyya ialah senorita diaries fArAh'S jUnKiEs oF LiFe



Jom ramai ramai terkah blog Farah jomzzzz... Klik di SINI untuk ke blog Farah yer

Moral of the story is.. selalulah memberi kata kata semangat kepada keluarga mahupun teman teman anda.. Anda tak tahu bertapa kata kata anda tak kisah banyak atau sedikit itu pasti akan memberi semangat dan pendorong kepada mereka . Siapa tahukan.. Insyaallah

UCOP WILCHA boleh menang Anugerah Bintang Popular Tahun Depan

Mak aih.. terkekek kekek.. terguling guling anak anak Mak Dara termasukler Mak Dara sekali melihat gelagat Ucop Wilcha dan Johan semalam.. rasa rasanya dalam semua persembahan.. baik persembahan pembukaan persembahan pertengahan, persembahan ella sekalipun,, rasanya persembahan Ucop Wilcha lebih menghiburkan dari persembahan mereka.. Tapi persembahan Dato Siti tetap meletop jugak.. Tapi rasanya yang paling menghiburkan adalah persembahan Ucop Wilcha..Maunya tak.. Siap satu Arena Of Star tu angkat tangan dan buat gaya tangan Ucop yang meliuk lentok tu.. Bukan semua orang boleh buat macam tu.. Rasa macam tak puas aje nak tengok gelagat Ucop semalam..



Klip Video gelagat Ucop Wilcha di ABP semalam

Pagi ni pulak bila bukak FB penuh status status mengenai Ucop Wilcha ni. Semua asyik puji puji dia.. Memang patut dipuji pon.. Bukan setakat dapat pujian aje.. Siap ada fanpage lagi tu.. Bukan fan page dari filem Hantu Kak Limah Balik Rumah tapi Fan Page Usop Wilcha glamor di pentas Abpbh 2010


Nahh engkau.. Baru semalam jer diorang buat fanpage ni dah ada 4221 fan yang dah like.. macam mana lah Awak tak cakap yang Ucop Wilcha boleh menang Anugerah Bintang Popular Tahun Depan kan hehehe..

Apa apapon.. Terbaiklah bang Usop.. oleh kerana kita hidup dalam demokrasi terpimpin, saya Mak Dara, bekas penari kebudayaan ingin mengesyorkan supaya kita membuat undian, siapa-siapa di sini yang menyokong supaya kita undi Ucop Wilcha menang ABP tahun depan, SILA ANGKAT TANGAN MACAM SAYA!.... hahaha kita bako.. kita bako... hehe

Shaheizy Sam Juarai Anugerah Bintang Popular Berita Harian

Anugerah Bintang Paling Popular Berita Harian jatuh kepada Shaheizy Sam... Dengan undian tertinggi yang diterimanya telah menumpaskan kesemua calon calon hebat yang lain.. tahniahhhhh..

Memang gempak ler Sam berlari membawa ibunya naik kepentas dengan dimeriahkan lagi dengan wheelcha. memang terkekek kekek Mak Dara tengok..


Tahniah juga kepada para pemenang yang lain Pada yang tak menang tu takper tahun depan ada lagi kasi bakorrrr yer nanti haha..

Senarai Pemenang Anugerah Bintang Popular Berita Harian:

Anugerah Bintang Paling Popular Berita Harian
Shaheizy Sam

Pengacara TV Lelaki Popular
Aznil Hj. Nawawi

Pengacara TV Wanita Popular
Fara Fauzana

Penyampai Radio Lelaki Popular
Faizal Ismail

Penyampai Radio Wanita Popular
Fara Fauzana

Penyanyi Berkumpulan/Duo Popular
6ixth Sense

Artis Komedi Lelaki Popular
Zizan

Artis Komedi Wanita Popular
Noorkhiriah

Artis Baru Lelaki Popular
Shahir

Artis Baru Wanita Popular
Ana Raffali

Pelakon TV Lelaki Popular
Remy Ishak

Pelakon TV Wanita Popular
Fasha Sandha

Artis Nasyid Popular
Rabbani

Penyanyi Lelaki Popular
Faizal Tahir

Penyanyi Wanita Popular
Yuna

Pelakon Filem Lelaki Popular
Shaheizy Sam

Pelakon Filem Wanita Popular
Lisa Surihani

Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat
Dato’ Rosnani Jamil

tahniah kepada Kak Engku, Syarifah Shahira dan Zizan kerana berjaya mengacarakan malam ABPBH dengan jayanya..