Friday, April 15, 2011

USOP WILCHA MASUK MAHARAJALAWAK

Wahhhh sure gempakkk kan bila Usop Wilcha masuk MAHARAJALAWAK!!!!! Tapi jangan terlebih terujaaaaaaaaa dulu.. Abang Usop bukan masuk sebagai peserta tapi Abang Usop jadi artis jemputan dan membuat persembahan pembukaan tirai Maharajalawak sebentar tadi. USOP WILCHA sempat menyanyikan lagu kome kome kome komelian hehehe.. Memang besttt.

Aksi Abang Usop Wilcha


Kome kome kome komelian hehehe

Terbaiklah bang Usop.. oleh kerana kita hidup dalam demokrasi terpimpin, saya Mak Dara, bekas penari kebudayaan ingin mengesyorkan supaya kita membuat undian, siapa-siapa di sini yang menyokong supaya kita undi Ucop Wilcha menang ABP tahun depan, SILA ANGKAT TANGAN MACAM SAYA!.... hahaha kita bako.. kita bako... hehe

BEN ASHAARI AJAK JADI BUDAK BUDAK SAT !


Assalammualaikum sumer.. Ni BA buat segmen terbaru khas untuk hari ni iaitu segmen BEN ASHAARI AJAK JADI BUDAK BUDAK SAT ! Jap nak pikir.. Sesuweii ke Mak Dara nak berangan nak jadi budak.. Jadi Mak budak sesuai le kan.. hahaha.. Tak kiraaa nak join jugak...

APAKAH KAREKTOR KARTUN YANG PALING KORANG MINAT DAN KENAPA

Karektor kartun yang palingggggggggg Mak Dara minat dari duluuu sampailah dah beranak empat ni tak lain tak bukan ialah.. jeng jeng jeng..

Jem and the Holograms

Yaaaaaa... Jem and the Holograms... itulah karektor kartun yang amat diminati oleh Mak Dara dan semua adik beradik Mak Dara. Kalau nak tau.. Dari kartun Jem and the Holograms ni lah Mak Dara dan 3 orang lagi adik beradik perempuan Mak Dara menubuhkan kumpulan kami D'ADZA SISTERS sejak umo kami dari 10 tahun lagi =)


Lagu tema Jem And The Holograms

Dasyatkan penangan kartun ni.. Kakak Mak Dara nak jadi macam penyanyinyer.. Dua orang adik Mak Dara lagi nak jadi pemain drum dan guitarist dan Mak Dara nak jadi keyboardistnya.. Dan kami pun mula buat persembahan di sekolah . Kan setiap hujung tahun ada hari penyampaian hadiah maka kompom D'ADZA SISTER perform punyer..
D'ADZA
dari kiri, Adza Rina, Adza tuty, Adza Yanie & Adza Irda


Tak sangka pulak angan angan kami dari kecik terus jadi kerjaya bila dah tua tua macam ni. Kakak dan adik adik Mak Dara masih menyanyi dalam D"ADZA BAND dan sekarang perform kat Concord Shah ALam. Kecuali Mak Dara dah lama bersara sejak aktif membesarkan keluarga ni kan hehehe..

D'ADZA BAND

Kalau uols free free dan suka tgk band boleh le concord Hotel Shah Alam dan tengok adik beradik Mak Dara perform setiap hari kecuali hari Ahad.. Ahad diorang cuti =)

APAKAH KARTUN PALING KORANG TAK MINAT LANGSUNG NAK TENGOK

Kartun yang paling kurang Mak Dara minati ialah.. Pokemon.

Pokemon

Ok.. Ok.. kompom ramai yang suka kartun ni kan.. Tapi memang tak menarik minat Mak Dara . Bagi Mak Dara macam terlalu boyish sangat kartun ni hehe

SUPERHERO ,AKU NAK JADI


Superhero yang Mak Dara nak jadi ialah SUPER MOM.. Nak jadi Ibu yang terbaik kepada anak anak Mak Dara hehehe

Jomlah ramai ramai jadi budak budak hehe.. klik di sini untuk join segmen BA ni yer..
http://www.benashaari.com/2011/04/segmen-ben-ashaari-ajak-jadi-budak-sat.html


CINTA SI PENOREH GETAH

Setelah bosan berada dalam dunia penyiaran, Martias 43, telah meninggalkan professionnya sebagai penulis skrip dan pengarah dan beralih kepada bekerja sebagai penoreh getah. Dia kemudian bertemu dan jatuh cinta kepada seorang penoreh getah yang beranak empat Ida. Banyak halangan yang terpaksa ditempuh demi cinta mereka. Halangan utama datangnya dari Mr Smith pemilik ladang getah itu yang amat mencintai Ida yang mahu memilikinya. Apakah yang akan berlaku kepada cinta antara Martias dan Ida.. Adakah Martias akan memiliki cinta ida ataukah dia akan kembali ke dunia penyiarannya. Nantikan penghujung drama bersiri ini..

Tukar profesion jadi penoreh getah.

Waaaaaaaaaaaaahhhhhhahahahahahaha... walawehhhhh inilah yang terjadi bila semalam Mak Dara terpaksa buat hampir 4 proposal drama.. Habih ke gambor suami Mak Dara yang nak masukkan dalam blog ni pun dah jadi macam sinopsis proposal drama haha..

Tapi kalau deme nak tahu.. Macam ni lah sedikit sebanyak cara cara nak buat sinopsis sesebuah drama tapi takde le pendek cenggitu.. Kena panjangkan dan jadikan dalam 2 hingga 3 muka surat lagi..

Suami Mak Dara idokle nak tuko profession jadi penoreh getah.. gambar tu ketika dia nak tunjuk cara cara menoreh kepada pelakon yang akan melakonkan watak penoreh getah dalam salah satu babak di iklan yang diarahkan oleh suami Mak Dara aje..

Alhamdullilah kedua dua iklan telah selamat penggambarannya semalam.. Syukur.. =)

Mak Dara Baru Balik Shooting =)

Sorry la yer.. pagi tadi Mak Dara hanya sempat update 2 entry aje.. Al kisahnya Mak Dara baru balik dr lokasi penggambaran.. shooting.. Tapi bukan Mak Dara yang berlakon.. Dah lama bersara hahaha.. Sajer je ke lokasi penggambaran iklan yang suami Mak Dara direct.. Babak last tadi..

Perghhh seronok betul kami bermain salji =) .. karang karang Mak Dara uploadkan gambor gambornye banyak banyakyer..

Mak Dara & Suami Bermain salji.

Syukur alhamdullilah kedua dua buah iklan yang suami Mak Dara arahkan dan selesai.. Syukur.. Memang terbaiklah dari kesemua team production Two Tones Sdn Bhd, Encik Amru, semua cast dan crew..

Ok sehingga kita bertemu esok.. Selamat Malam.. Mak Dara nak kena siapkan proposal 5 buah drama nak hantor esok.. habiss sure hancornyer hahaha