Monday, April 18, 2011

Terujaa Bila Ben Ashaari Pilih Entry Mak Dara

Terujaa Mak Dara bila Ben Ashaari Pilih Entry Mak Dara.. Maunya tak terujaaaa... Dah lebih berbelas kali Mak Dara join segmen Ben Ashaari dan hari ni entry Mak Dara yang join segmen Jom Bikin Filem : The Bloggers antara yang terpilih oleh BA!!



Tengkiuuuu Ben.. Ini menambahkan lagi semangat Mak Dara untuk menjoinkan diri dalam segmen segmen you lagi dan lagi dan lagi hehehe.

klik sini kalau nak baca entry Mak Dara tu yer hehe http://bicaramakdara.blogspot.com/2011/04/ben-ashaari-bikin-filem-bloggers.html

BEN ASHAARI BIKIN FILEM : THE BLOGGERS

BEN ASHAARI BIKIN FILEM : THE BLOGGERS

  1. Letak header ben ashaari blog .DONE
  2. Tajuk : BEN ASHAARI BIKIN FILEM : THE BLOGGERS dan linkkan ke entri ini .. Kemudian letak letak gambar tersebut ..DONE
  3. Korang dikehendaki mereka sebuah filem berdasarkan gambar dia atas .. Para pelakon / watak adalah blogger yang korang kenali .. Tulis nama dan linkkan ke blog mereka ... Ada 9 watak dalam tu bermakna 9 blogger ... Sila jelaskan kenapa blogger itu menjadi pilihan korang ... Kemudian buat satu cerita berdasarkan gambar dan watak tersebut .. Pandai pandai la korang eh .. Mesti lebih 4 perenggan dan tidak kurang dari 100 patah perkataan .. Yang tidak menepati piawaian , tidak akan di senaraikan ! OKeh ..DONE
  4. Sudah siap , sila tinggalkan link url korang ke ruang komen ini .. .DONE
Watak dan perwatakkan.
1) MARTIAS ALI
2) MEGGIBOY
3) TOP IMAGINE
4) SANDRA AZWAN
5) SUARA BAWAH TANAH
6)MOHD HANIFAH
7) SALAH KA?
8) ! KURASAKAN SOMETHING
9) FAIZAL ADRI

Mak Dara memilih semua blogger blogger diatas sebab setiap sorang dari mereka memiliki kekuatan yang amat luar biasa.. Dalam dunia blog dan juga dan juga di luar dunia maya. Memang dalam dunia perfileman memerlukan orang yang luar biasa dan mempunyai aura. Maka memang le tepat semua yang Mak dara pilih ni. Mak Dara ada dua versi untuk Filem Ben Ashaari ni hehe.. terlebih Idea..

VERSI 1

Filem ini mengisahkan tentang Siew Ling seorang remaja cina yang amat meminati seni khat. Ini membuatkan ayahnya Siew Boon naik berang, ini kerana kredibilitinya sebagai seorang penulis kaligrafi cina yang termasyur tercalar. Sudah berkali kali Siew Boon meminta supaya Siew Ling mempelajari seni kaligrafi namun Siew Ling enggan. Menambahkan kemarahannya apabila dia mengetahui bahawa Siew Ling telah terpikat kepada cikgunya yang mengajar seni khat kepadanya iaitu Cikgu Martias.

Siew Boon kini berusaha memisahkan anaknya dari Martias. Martias mempunyai teman karib iaitu MeggiBoy, Suara Dari Tanah dan Salah ka? Mereka kasihan dengan kisah cinta Martias itu namun mereka tidak dapat membantu teman mereka itu. Pelbagai rintangan yang terpaksa ditempuhi oleh Siew Ling dan Martias.

Faizal Adri pembantu kepada Siew Boon dalam diam diam menaruh perasaan cinta pada Siew Ling. Dia amat memusuhi Martias kerana berjaya merampas cintanya dari Siew Ling. Kini Faizal Adri tekad untuk melakukan apa sahaja untuk mendapatkan Siew Ling.Dia meminta bantuan teman temannya iaitu Ku Rasakan Something dan Sandra Azwan ungtuk membantu menghapuskan halangan cintanya itu

Top Imagine teman baik kepada Siew Ling amat kasihan dengan nasib dan musibah yang menimpa Martias dan temannya itu. Dia tahu akan niat jahat Faizal Adri dan cuba membantu Siew Ling namun gagal. Akhirnya Martiasterkorban apabila dia cuba mempertahankan Siew Ling dari diganggu oleh Faizal Adri, Kurasakan Something dan Sandra Azwan. Dan akhirnya Siew Boon menyedari bahawa cinta Siew Ling dan Martias adalah suci. Dia menyesal kerana termakan hasutan Faizal Adri. Di akhirnya Siew Ling menerima tulisan khat terakhir yang ditulis oleh Martias sebelum dia terkorban. Khat yangmeluahkan perasaan cintanya kepada Siew Ling

VERSI 2

Filem ini mengisahkan tentang seorang mafia terkenal di Kuala Lumpur iaitu MARTIAS ALI Dia amat terkenal dengan kekejamannya. Tiada sesiapa berani memasuki kawasannya. Martias mempunyai ramai pengikut namun yang paling setia adalah TOP IMAGINE, SUARA BAWAH TANAH dan MOHD HANIFAH. Kumpulan MARTIAS ALI amat dimusuhi oleh kumpulan mafia yang diketuai oleh SANDRA AZWAN. Sandra Azwan juga memiliki pengikutnya yang setia iaitu SUARA BAWAH TANAH, SALAH KA? ! KURASAKAN SOMETHING. Mereka mencuba pelbagai cara untuk menjatuhkan kumpulan Martias Ali itu namun semuanya gagal.

Satu hari Martias Ali telah secara tak sengaja bertemu dengan Santy gadis yang amat cantik dan penuh dengan sopan santun. Hati Martias Ali terpaut. Martias Ali dan kumpulannya terkejut apabila mengetahui bahawa Santy adalah anak kepada seorang Ketua Polis iaitu Encik FAIZAL ADRI.

Martias terus menyamar menjadi seperti seorang kerani biasa bagi memiliki cinta Santy dan akhirnya Santy percaya akan Martias Ali dan mereka sama sama jatuh cinta. Namun ayah santy seakan was was dengan identiti sebenar Martias Ali dan cuba menyelidik. Kisah cinta antara martias Ali dan Santy ini sampai kepada Sandra Azwan. Sandra Azwan menyuruh kuncu kuncunya menculik Santy dan terus mengugut supaya Martias ALi menyerahkan semua kawasannya kepadanya dan mengugut supaya Martias Ali undur diri sekiranya dia mahu Santy selamat. Oleh kerana terlalu cintakan Santy Martias setuju. Ini membuatkan semua pengikut Martias Ali yang merasakan diri mereka telah dikhianati oleh ketua mereka sendiri.Maka pertempuran terus berlaku antara kumpulan martias Ali dan Kumpulan Sandra Azwan.

Terkejut dengan kehilangan anaknya Tuan Faizal Adri terus menyiasat dan terkejut apabila mengetahui identiti sebenar Martias Ali. Dia terus menjejak anaknya .Akhirnya Tuan Faizal Adri tiba bersama beberapa pasukan Polis namun segalanya telah terlambat kerana Martias dan juga Santy telah terkorban apabila masing masing cuba menyelamat sesama sendiri dari terkena tembakan Sandra Azwan..

TAMAT hehehe


Norman Kamaru Tiru Cikgu Shida?

Norman tiru Cikgu Shida? Siapa Norman tu? Bukan Norman KRU ok hehe.. Ini Norman Kamaru seorang anggota polis Indonesia.

Norman Kamaru

Norman telah buat miming video ala ala Cikgu Shida dan upload videonya tu ke Youtube. Bayangkan.. dalam masa 2 minggu aje dah lebih sejuta orang menonton videonya tu.. Nak tengok... tengok di bawah..



Mak Dara tau cerita pasal Norman ni dari E NEWS tadi dan terus search.. Kelakau jugak tengok dia nyanyi lagu Hindustan tu.. Selamber je dengan baju uniform polisnya tu. Yang bestnya kawan dia kat sebelah tu buat derrkk je dengan si Norman yang tengah sakan miming kat sebelahnya tu.

Dengar cerita pada mulanya orang atasan tak suka dengan apa yang dilakukannya. Tapi akhirnya tidak memberikan sebarang hukuman kepadanya bila si Norman ni dah jadi orang paling glamour di Indonesia sekarang ni ..

Apa apa pun bagi Mak Dara masing masing baik Norman ataupun Cikgu Shida ada kelebihan masing masing.. layanzzzzz hehe

MOOD Bergantung Kepada Kelajuan Internet

MOOD Bergantung Kepada Kelajuan Internet? Betul ke.. Itulah gambaran yang Mak Dara dapat dari beberapa teman Facebook Mak Dara. Rata rata Mak Dara tengok teman teman Mak Dara banyak update status mereka tentang kelajuan atau kelembapan internet diorang.




Kebanyakkannya akan happy bila internet diorang lajuuuuuuuu dan akan jadi moody bila internet slowwww.. Ye lah nak ber FB tak boleh, tambah tambah lagi macam kakak Mak Dara yang memang tengah ketagih main Cafe Life tu.. Bengang je dia kalau internet slow..

Tapi memang betul la rasanya. Sebab itu lah yang berlaku pada Mak Dara.. Sejak dua menjak ni P1 Wimax jadi sangatttt lembabss di kawasan umah Mak Dara.. Mula le jadi moody bila susah nak buat blogwalking.. Nak bukak satu blog pun rasa macam berzaman lamanya.. So memang Mak Dara jarang berBW le sejak kebelakangan ni..

Harap harap tenet lajuuu le balik lepas ni baru le boleh senyummm sokmo balik hehe

Pencarian Pasangan Ideal


"Cutenya girlfriend you,hensemnya boyfriend you,tak percaya?betul girlfriend you cute,betul boyfirend you hensem".

Tak percaya?,mengapa tidak buktikan?
Buktikan pasangan anda cute dan hensem.
Dan berpeluang cerah memenangi hadiah 'Misteri'.
...Tidak rugi mencuba,betul kan?.
Jom sertai dalam program "Pencarian Pasangan Ideal VOLUME 1/2011"

Haaaaa... Ini bukan segmen, contest ataupun giveaway dari Mak Dara ye.. Walaupun memang 17hb April semalam genap 3 bulan anniverssary blog BICARA MAK DARA ni.. Tapi ni Mak Dara nak tolong promotekan contest kawan FB Mak Dara yer..

Ramai blogger blogger cute dan hensem kan.. Maka sangat sesuai le menjoinkan diri dalam contest ni.. Nak tau lebih lanjut boleh le klik di link ni..http://www.facebook.com/event.php?eid=160197244041913&index=1

All the bestttt uolss.. =)