Wednesday, April 20, 2011

Selamat Ulang Tahun Kelahiran Seniwati Mariani yang ke 79

Hari ini 20 hb April merupakan Hari Ulang Tahun Kelahiran Seniwati Mariani yang ke 79!! Happy Birthdayyyyy Ibu Mariani!! Seniwati Mariani ni memang antara pelakon idola Mak Dara.. Memang menjadi watak watak yang dibawanya.. Kalau bawa watak baik.. Baik tak ingatt punya.. Kalau bawak watak jahat beliau akan berlakon jadi sangat jahat.. Tapi yang terbaru aritu Ibu Mariani ada bawak watak sebagai Hantu Raya.. Perghhhh seram gilaaaaa. Memang Ibu Mariani bersungguh sungguh membawa semua watak yang diberi kepadanya..
antara Watak Ibu Mariani yang amat Mak Dara minati =)

Ibu Mariani dahulu



Ibu Mariani kini
Dah lebih berpuluh tahun Ibu Mariani terlibat dalam dunia seni ni.. Semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki dan senantiasa dirahmati ALLAH swt... Amin..

Untuk ke wall FB Ibu Mariani klik di SINI ya

Malaysia's Top Female Blogger

 

Wahhh memang gempakk punyalah.. Malaysia's Top Female Blogger sebuah contest oleh Designer terkenal Sandra Azwan .

Kata Sandra.. Kita sedia maklum bahawa blogger seperti Hanis Zalikha, Fatin Liyana, Cik Epal dan Yuyu Zulaikha (these bloggers are truly the spokespeople for a new generation of women) mempunyai personaliti dan cara mereka yang tersendiri didalam arus dunia blog ini dan adakah anda juga memiliki 'x-factor' sama seperti mereka dan yang dicari oleh saya selama ini?

Ha jawap.. jangan tak jawap hehehe.. Nama contest ni gempak, penganjurnya gempak.. Dengar cerita hadiah yang bakal dimenangi pun lagi lagilah gempak dan eksklusif! Rugiiiii kalau tak join contest ni... Tapi contest ni belum berlangsung lagi. Mak Dara cuma nak tolong war warkan aje pada uols tentang contest ni bagi pihak Sandra...

Untuk keterangan yang lebih terang... sila bukak lampu hahaha.. Just kidding.. For more info click the link below.. all the best guys..


Jiran Kampung Nak Bertemu

Tadi Ibu Mak Dara call Mak Dara. Katanya mai la ghumah ni ada orang nak jumpa.. Rupa rupanya jiran lama Mak Dara yang dah 15 tahun tak berjumpa datang kerumah Ibu Mak Dara tu.. Kalau korang nak tahu rumah Ibu dan rumah Mak Dara ni hanya berselang 3 pintu aje.. Dekat kan dekat kan? hehe .. Kalau kata ada dialog "Hantar I kerumah ibubapa I" memang takde masalah sebab tak sampai 30 tapak pun untuk kerumah Ibu Mak Dara tu hahahaha.. 

Berbalik pada jiran yang datang tu.. dah berbelas tahun tak jumpa ni.. Ishh nak jumpa ke tak.. Nak jumpa ke tak.. Bukannya berlagak tak nak jumpa cuma Mak Dara kesiankan dia aje.. Ye la bila dia jumpa dan tengok Mak Dara kompommmm pengsan.. Maunya tak pengsan dulu last time jumpe masa Mak Dara masih di tingkatan 5.. sekarang dah beranak 4.. dulu slim melim sekarang nak bezakan Mak Dara dan peti ais pun susah hahaha..

Hmm... takpelah.. Baik jumpa.. terimalah ku seadanya ye .. Fuhhhhh bismilahhirahmannirahhim....... Mak Dara pergi dulu....huhu

Mak Dara Terima Award

waduhhhhhhhhhhhhhhhh makkk aiiii.. terujaaaaaaaaaaaa tersukaaaaaaaaaa terlikeeeeeee. Mak Dara hari ni. Maunya tak.. Mak Dara telah diberikan satu Award oleh blogger yang gojes, cantik manis.. si Farah Waheda

Haaaaa.. cute kan.. cute kan.. cute kan... Sebenornya award ni dah beberapa hari diberi oleh Farah namun Mak Dara baru hari ni ada free untuk buatkan entri.. Sorry ye dik akak tengah pening buat skrip terbaru akak tu hehehe..

Kata Farah.. Award ni dia berikan pada mereka-mereka yang rajin melawat blog sayer dan tak pernah jemu kowt bagi motivation untuk sayer terus merapu dan meraban di blog ini.

Terima kasih dik kerana sudi memberikan award yang sangat cumillll ini.. Reallyyy appreciate it. Teruskan berblog ye dik... Moh le ramai ramai terjah ke blog si cantik manis ni @ http://thesenoritadiaries.blogspot.com/