Thursday, April 21, 2011

Puteri Oh Puteri

Hehehe jangan pulak ada yang bernama Puteri tersedak pula bila Mak Dara jerit panggil nama Puteri ni yer.. Sebenornya.. Mak Dara nak sambung buat skrip drama bersiri tu.. Belum habis habis lagi skrip Puteri Salamia ni.. Mak Dara pun heran naperlah liat bebenor Mak Dara nak habiskan skrip drama ni kali ni. Dulu lajuuu jer.. Satu hari boleh dapat satu episod.. Kali ni 2 hari pun tak habis lagi satu episod..

Last last Mak Dara dapat jawapannya.. Sebab masa Mak Dara menulis skrip dulu mak dara belum lagi bukak blog.. Sekarang ni konflik menulis skrip dan menulis blog hahaha.. Adoyaiii.. Tak leh jadini.. Nak kena fokus kembali.. Koje lebih penting hehe..

Ok Mak Dara sambung dulu kisah si puteri ni yer.. karang karang kita sembang lagi =)

Group Ping Entry Yang Tak Boleh Ping Entry

Pasti ada yang pening baca tajuk Mak Dara ni kan.. Sebenarnya Mak Dara sendiri pun pening kekekeke..

kisah dia macam ni... Petang tadi, macam biasa.. lepas habis jer buat satu entry terus le Mak Dara pingkan entry terbaru Mak Dara tu di beberapa group di Facebook yang menawarkan tempat untuk mempromosikan entry entry dari para blogger.. Tetiba baru Mak Dara sedar yang Mak Dara dah ditendang keluar dari satu group ni.. Tak perlulah Mak Dara beritahu apa nama group tu.. Tapi memang group itu  bertujuan untuk para blogger pingkan entry entry mereka. Hairan betul.. Kelaka pun ada hehehe..

Walaupun memiliki ahli hanya 200++ tapi group ni memang bagus. Itu Mak Dara tak sangkalkan.. Masa Mak dara nak join group ni hanya mengambil masa 3 saat je nak approve..So hampir setiap hari mak Dara pasti akan pingkan entry Mak Dara termasuklah group ni.. Tetiba hari ni kena tendang keluar.. Buatkan Mak Dara pikir.. Apa salah aku ek? Ada letakkan entry melampaui batas ke? tak.. post yang berbaur lucah ke? tak jugak..

Pikir punya pikir baru Mak Dara dapat tahu kenapa Mak Dara ditendang keluar.. Polisi utama group ini adalah mereka mengHARAMkan sesiapapun yang ping entry dan keluar tanpa beramah mesra.. Mak Dara baru je perasan undang undang diorang tadi.. Manalah Mak Dara tahu, sebab selama dok ping entry entry di beberapa group yang lain tak ada pulak undang undang macam tu.. 

Sedahsyat dasyat group KELAB BLOGGER BEN ASHAARI yang mempunyai 9,084 ahli pun tidak meletakkan sebarang syarat atau undang undang sebegitu.. malah tag line BA sempoi.. "Anda boleh mempromosikan blog anda disini tanpa rasa bersalah....sila sila..." 

So.. Takper.. Mak Dara tak ambil hati langsung.. Takde sikit pun perasaan marah.. Memang Mak Dara bersalahhhh dan telah melanggar undang undang anda  dan Mak Dara mengaku salah.. so memang layak ditendang keluar oleh adik adik sekalian.. All the best adik adik  semua...Semoga group adik adik tu maju jaya ye.. 

SHHH.. DIA DATANG

Bukak channel Astro 109 semalam tengok ada rancangan CERITA ARTIS MALAYSIA.. Kali ni mengenai Saiful Apek.. Huhuhu ex boss Mak Dara tu... Ekceli Mak Dara dulu panel skrip di GITU GITU PRODUCTION. Sebuah production house milik Abang Saiful Apek atau Mak Dara panggil Boss aje hehe. Dari situ Mak Dara tulis skrip untuk Boss . Mak Dara pernah jugak tulis skrip untuk sitkom SENARIO dulu hehe..

Ok berbalik pada rancangan CERITA ARTIS MALAYSIA ni.. Diorang tunjuk ler tentang Filem SHHH.. DIA DATANG.. Mak Dara dan suami Mak Dara adalah penulis untuk filem ni.

FilEm Shhh.. Dia Datang

Aaron Aziz , Imuda, Pak Uda, Allahyarham Din Beramboi, Allahyarham Syukeri Hasim dan beberapa pelakon yang lain pun ada berlakon dalam filem ni.Termasuklah adik Mak Dara sendiri iaitu Adza Rina hehe.


trailer filem Shhh.. Dia Datang

Tapi sayanggggg seribu kali sayangggggg.. Filem ni walaupun dah lama siap tapi tak dapat ditayangkan di pawagam oleh kerana syarikat penerbit ada mengalami sedikit masalah.. Memang frustt le karya kita tak dapat dipersembahkan pada orang ramai huhu..

Takpe nantikan sebuah filem yang Suami Mak Dara dan Mak Dara tulis yang akan ditayangkan dipawagam pada 15 September 2011 nanti. Filem yang bertajuk LIBAS.. hehe citer macam shoalin soaccer gitew.. tungguuu yer hehehe

Kisah Red Mummy , Hanis Zalikha Dan Mak Dara

Petang ni Mak Dara nak cerita tentang Red Mummy , Hanis Zalikha Dan Mak Dara. Red Mummy dan Hanis Zalikha memang antara blogger wanita yang amat berjaya.. Memang antara Idola Mak Dara le dalam dunia blog ni. Dah lama Mak Dara nak Follow blog  blog hebatt ni.. Tapi dari sehari ke sehari asyik jer terlupa.. Tup tup hari ni teringat.. apalagi terus ke page diaorang.. Destinasi pertama REDMUMMY...

 

Susah jugak yer nak follow blog beliau.. Kita kena register dan log in dulu..


Tapi kalau nak seribu daya kan.. maka Mak Dara terus register dan akhirnya Mak Dara berjaya menjadi ahli RED DIVA!! terujaaaa... Destinasi kedua Blog HANIS ZALIKHA

 

Perghhh memang hebat blog Hanis ni.. Bahasa Inggeris yang digunakannya memang superb...

Mak Dara adalah follower Hanis yang ke 25762... Perghhhhhhhhhhhh berpuluh puluh ribu lemon tu yang menjadi followernya. Memang terbaekkk lah dik... Tak sabar nak membaca entry entry yang best best dari kedua dua mereka.. ngeeee =)

FOLLOWER KE 900!!!!

Hari ini genap blog BICARA MAK DARA bersiaran selama 3 bulan 4 hari. Bertambah bersyukur apabila hari ini blog Mak Dara ni menerima AJK MESYUARAT TINGKAP MAK DARA yang ke 900 semalam

http://quraishahir.blogspot.com/

Mak Dara ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Quraishia Shahir kerana sudi follower Mak Dara yang ke 900!! Jom ramai ramai kita terjah ke blog adik kiut ni dan klik di link http://quraishahir.blogspot.com/ atau klik di bawah..



Dan tidak dilupakan kepada semua Ahli AJK MESYUARAT TINGKAP MAK DARA kesemuanya. Setiap seorang dari anda adalah amat amat bererti dan amatttt bermakna bagi Mak Dara. Mak Dara ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada setiap sorang dari anda yang tidak putus putus terus mensupport blog picisan Mak Dara ini....

Daku Kesunyianggg...

Waduhhhh.. dah hampir 4 hari.. takde geng nak jerit jerit di shoutbox.. takde geng nak ajak gi makan makan.. takde geng nak kena pau untuk belanja Mak Dara dan geng geng makan.. Takde geng nak gosipp gosipppp huhuhuu.. Kak Pahhhhhhhhh where are you.. hehehe

Inilah jadinya bila bff Mak Dara di dunia blog si Kak Pah K-POH tak on9. Sunyi pulak rasanya.. Kalau tak, penuh le dashboard Mak Dara dengan entry entry dan review dari dia..

Takpe Kak Pah.. Mak Dara doakan semoga Kak Pah selamat berpindah ke rumah baru.. Dan semoga orang tenet tu cepat cepat le pasang semula line tenet di rumah baru Kak Pah tu yer.. Dont worry about your blog.. Saya, Top dan Mrs Sabri kasi jaga baekkk punya hehe


Mengidam Char Kuew Teow

Nak dekat seminggu dah Mak Dara teringin nak makan Char Kuew Teow.. Tapi dari sehari ke sehari tak dapat dapat jugak nak keluar pegi beli sebab terlalu sibuk dengan kerja.. Dari teringin sampai dah bertukar menjadi mengidam la pulak.. Jangan salah paham ye Mak Dara tak peknen, tidak mengandung cuma mengandungi lemak yang berlebihan aje kekeke..

Syukur alhamdullilah akhirnya tadi suami Mak Dara belikan Char Kuew Teow yang dah seminggu diidamkan.. Apa lagi terus sapuuuu sampai bersih.. hilang keayuan buat seketika haha.. tengkiuuuuu le cik abe wei... hehe . Idok le mata terbuko maso tido malam ni hehehehe