Syukur alhamdullilah.. Mak Dara bersyukur sebab mendapat kerja yang amat Mak Dara minati iaitu menulis.. Selama 15 tahun Mak Dara berkecimpung dalam bidang penulisan skrip. Skrip drama yang Mak Dara tulis dan telah ditayangkan di kaca TV adalah sebanyak 61 buah.. Antara skrip skrip itu ada yang ditulis bersama adik Mak Dara, Adza Nasyaemie, teman teman penulis, panel penulis dan juga bersama suami Mak Dara iaitu Martias Ali yang juga seorang penulis skrip yang merupakan mentor Mak Dara..
Diatas adalah slide drama drama Mak Dara.. Macam macam pengalaman Mak Dara dan suami hadapi dalam dunia penulisan ni.. Ada kisah suka , macam bila drama dapat rating tinggi, suami menang hadiah, dan ada juga kisah duka.. Ada kes kena tipu, kes orang tak bayar, orang dengki, orang burukkan dan jatuhkan nama , orang tiru idea sehinggalah ke kes nama Mak Dara tak dimasukkan menjadi penulis skrip dalam kebanyakkan drama yang Mak Dara hasilkan.. Namun itu semua asam garam kami dalam bidang penulisan ni. So yang manis jadikan kenangan yang pahit kasi telan hehehe
Dan sekarang Mak Dara dan adik Mak Dara Adza Emie sedang menulis skrip drama bersiri bertajuk Puteri Salamia.. Doa doakan semoga kami dapat menyelesaikan tugasan ini secepat mungkin ye.. lagi cepat habis lagi cepat masyukkk keke