
KISAH MAK DARA DAN 11 BUAH SEKOLAH!
Haa... En Ben Buat segmen tentang sekolah.. Mak Dara harus menjoinkan diri.. Mak Dara rasa pengalaman sekolah Mak Dara memang lain dari yang lain.. Tak percaya.. Meh baca...Mak dara ni pesyen suka tukar tukar sekolah.. hampir tiap tiap tahun tukaq sekolah.. Jikalau nak tahu jumlah keseluruhan sekolah yang pernah Mak dara belajar dari sekolah rendah sampai sekolah menengah semuanya 11 buah sekolah...
Sebab apa Mak Dara suka bertukar tukar sekolah? Maybe sebab ayah Mak Dara dulu adalah Wazir sekolah.. Dibawahnya dia menjaga sebanyak 33 buah sekolah. So Mak Dara ambik kesempatan dengan kuasa ayah Mak Dara tu dengan tukar tukar sekolah tiap tiap tahun. Walaupun puassss le ayah Mak Dara tu menentang dan marah tapi Mak Dara tetap jugak degil. Last last terpaksala ayah Mak Dara ni menurut kemahuan "anak kesayangannya" ni hehehe..
Tapi kebelakangan ni alhamdullilah, dah banyak berjumpa balik dengan kawan kawan sekolah menerusi Facebook.
Antara sekolah sekolah yang pernah Mak Dara menutut:
1) Sek Ren Keb Sungai Taka - Darjah 1
2) Sek Ren Keb ( dah lupa) - Darjah 2
3) Sek Ren Kebangsaan Sungai Seluang - Darjah 3
4) Sek Ren Keb Sungai Taka - Darjah 4 (masuk balik sekolah tu hehe)
5) Sek Ren Keb Guar Lobak - Darjah 5
6) Sek Keb Permatang Tok Dik - Darjah 6
7) Sek Men Lunas - Tingkatan 1
8) Sek Men Putra (kangar-Perlis) Tingkatan 2
9) Sek Men Padang Serai 1 - Tingkatan 3
10) Sek Men Padang Serai 2 - Tingkatan 4
11) Sek Men Tungku Panglima Besar - Tingkatan 5

Mak Dara semasa di tingkatan 2
dari kiri Mak Dara(time tu anak dara) & Siti @ Sek Men Putra - Perlis
hehe.. banyakkan? betul tak cakap Mak Dara, pengalaman sekolah Mak Dara ni lain dari yang lain hehehehe...
Pada sesiapa yang nak join segmen ni boleh klik di gambar di atas atau klik di
SINI ya .