Mak Dara berkenalan dengaan dunia blog ni masa umo Mak Dara 30++.. Kira dah dalam kategori kertu gitu.. Sekarang ramai blogger dari kalangan remaja dan tidak ketinggalan anak kedua Mak Dara iaitu Adza Danina Kirana yang baru nak masuk umo 10 tahun..
Kisahnya bermula bila dua bulan lepas anak sulung Mak Dara Adza Danial Haiqal,13 mintak bukakan blog untuk dia.. Setelah ditolak ditambah maka Mak Dara approve permohonan dia. Sebab antara alasan dia untuk buka blog sebab dia memang suka menulis pastu dia boleh baiki skill menulisnya. Ayat bodekk sure lulus dengan jayanya kan so lahirlah blog MeggiBoy.. Kenapa nama tu tu dipilih, sure korang boleh tangkap punya . Yaa betul .. 10 markah.. Yup sebab anak teruna Mak dara ni memang hantu makan Meggi hehe..
Sekarang si Nina pulak minta dibukakan blog untuk dia.. Pastu alasan yang dia bagi .. ramai kawan Nina dah ada blog.. and..I wanna be youngest scriptwriter .. Haa anak dara Mak dara ni memang suka speaking.. kadang kadang tunggang langgang . Kadang kadang ayat dia guna lebih dasyat dari ayat ayat skiping london Mak Dara.. Itulah penangan Disney Channel hari hari yang ditontonnya..
Waduh alasan yang dia bagi lagi power dari abang dia.. Bagus juga kalau dapat asah bakat menulis dia dari muda.. Mula mula tulis blog pastu tulis skrip. Lepas dapat kelulusan dari hubby Mak Dara maka Mak Dara pon bukakan Blog untuk dia...


mohle terjah ke blog anak dara Mak Dara ni yer http://mizzninakirana.blogspot.com/