Friday, April 29, 2011

Gambar Gambar perkahwinan Prince Wiliam & Kate

Gambar gambar perkahwinan Will & Kate dari kaca mata Mak Dara hehehe








He's taken girl!!! hehehe

SONGKOK

Dah settle packing baju untuk balik kampung petang karang pastu terus Mak Dara layan TV sambil dok tunggu Wedding Prince Wiliam yang akan ditayangkan pukul 5 jap lagi.. Sambil sambil tu tangan gatal picit picit remote TV tetiba Mak Dara tersenyum sendiri bila tengok drama yang bertajuk "SONGKOK" sedang ditayangkan di RTM1 sekarang ni..


Idea asal drama ni dari Mak Dara dan Mak Dara tulis skrip ini bersama suami Mak Dara Martias Ali, Adik Mak Dara Adza Nasya emie dan teman kami MF Kencana.. Skrip Drama ni adalah Skrip ke 58 yang telah Mak Dara tulis..

Kalau sudi tu tengok le drama ni yer =) Kalau nak tahu sinopsis panjang lebar tentang drama ni klik di SINI yer =)


bestnya duduk di teratak PINKY MOMMA ;)


Hari ni Mak Dara nak join segmen bestnya duduk di teratak PINKY MOMMA ;) yang dianjurkan oleh Pinky Momma yang sangat gojess..

Syarat syarat penyertaan
1. tajuk : bestnya duduk di teratak PINKY MOMMA ;)
DONE

2. letak header di bawah ni
DONE

3. bagitau apa2 je tentang blog ni..simple kan..
i akan baca setiap jawapan tu..huhu ;p
menanti dgn penuh saspen..phewww~
DONE

Blog Pinky Momma ni yang pertama sekali menarik perhatian Mak Dara adalah headernya tu.. Haaaa.. Mak Dara memang minat nak taruk bunga bunga pada header Mak Dara macam yang terdapat pada header Pinky Momma ni.. Tapi bila adik Mak Dara buat header yang ada sekarang ni pada Mak Dara.. Mak Dara terima ajelah hehe.. Pinky Momma ni memang friendly.. Selalu mengomen di blog Mak Dara.. Memang peramah orangnya.. Lagi satu yang Mak Dara perhatikan blog Pinky Momma ni memang kemas... Itu yang Mak Dara suka terjah ke blognya.. Tapi Mak Dara ni silent reader di blog beliau hehe.. I malu youu haha..

4. nama yg join segmen ni..akan di letakkan dalam bloglist ku..
Wahh Bestttt

5. tamat ari ahad 1 mei 11 jam 8 malam..
Cantekkk..

Pada sesiapa yang nak join segmen ni klik di SINI yer =)

PACKING time!

Masanya untuk Mak Dara packing baju.. Nak balik kampung Mak Dara di KULIM Kedah untuk menghadiri kawan Mak Dara yang bakal naik pelamin Sabtu ni.. Pastu terus Mak Dara dan keluarga akan berdesuppppppppp ke Langkawi..

Langkawi oh Langkawi.. At last akan ku jejakkan kakiku di tanahmu jua .. Walau asal kedah tp Mak Dara tak pernah pegi Langkawi hehehe.. Tapi dok search dan google semalam semua tempat yang best banyak yang dah fully book.. Adoyai.. jangan kami anak beranak kena bukak khemah tidoq kat tepi pantai cukup le..

Takleh jadi.. Habis je packing ni terus calling2 lagi kat hotel disana.. Harap2 ada la yang kosong lagi huhu..

Ada sesiapa kat sini yang dok Langkawi.. TOLONGGGGGGGGGGG!!! hehehe

Perkahwinan Prince Wiliam Dan Kate


perkahwinan Diraja pewaris takhta Britain, Putera William dan Kate Middleton di Istana Buckingham, London akan berlangsung esok 29th April .. Tak sabar rasanya nak tengok acara gilang gemilang ni.. Adakah majlis ini akan jadi semeriah dan se"grand" majlis perkahwinan Prince Chalse dan Princess Diana dulu? Kemungkinan besar ya... Kira kira 2 bilion penduduk dunia bakal menyaksikan majlis perkahwinan ni..

Tapi yang pasti majlis ni akan menjadi WEDDING OF THE CENTURY!! Semoga perkahwinan putera sulung princess Diana kekal sehingga keakhirnya ... =)

Orang Kedah Yang Derhaka..

Orang Kedah Yang Derhaka..Haaa itulah yang selalu dicakap oleh makcik makcik Mak Dara pada Mak Dara..Nak tahu kenapa.. Sebabnya Mak Dara ni nama aje asal dan dilahirkan kat kedah tapi ke Langkawi tak pernah jijakkan kaki lagi hehehe..

Kata makcik Mak Dara.. Ke Jepun, Cambodia, Thailand, Singapore, Vietnam, India, Taiwan semua hang dah sampai.. Kat langkawi hang tak pi lagi no.. Ha hahaha kedepuk hambekk .. Tapi memang betul pun apa yang dicakapkan oleh Makcik Mak Dara tu.. jadi untuk menyahut cabaran ini.. Mak Mak Dara akan pulang ke kampung Mak dara di KULIM kedah esok untuk hadiri kenduri teman Mak Dara pastu terus berdesupppp ke Langkawi pada hari Ahad nanti..


Tapi memang blur.. Nak duduk dimana yang best.. Aktiviti apa yang best kat sana? Ada rakan rakan blogger yang dok kat langkawi atau pernah pi langkawi.. cerciter ceciter sikit dan rekomen sat apa apa yang menarik kat sana hehehe