Saturday, April 30, 2011

Mak Dara Bersiaran Dari Kulim Kedah

Cewahh cewahhh Mak Dara tengh perasan macam ini live telecast dari Kulim la ni hehe.. Yaa syukur alhamdullilah.. Semalam Mak Dara selamat tiba di kampung halaman Mak Dara iaitu di Kulim Kedah pada pukul 5 pagi setelah bertolak dr KL kul 1 pagi.. Mak Dara balik ni untuk menghadiri majlis perkahwinan teman teramatttt rapattt Mak Dara iaitu Marzuki. Mak Dara dan Marzuki ni dah berkahwan lebih dari 23 tahun.. Wahhh lama kan kan kan. Yang bestnya.. Mak Dara dah beranak 4 baru le teman Mak Dara ni naik pelamin.. Seru datang lambat kat dia ni hahaha.. Marzuki ni kalau uols nak tahu adalah sepupu kepada pengulas sukan Hafizal Hamat.

Hafizal Hamat
Syukur alhamdullilah..Majlis perkahwinan itu brjalan dengan lancarmya.. Esok esok bila Mak Dara balik KL baru Mak Dara uploadkan gambor gambornya yer.. Mak Dara lupa bawak card reader balik Kulim le keke.. P/s: semoga perkahwinan ABang Kie dan Kak Umie kekal sehingga ke anak cucu.. Insyaallah..

Okey adik adik sekalian.. Semasa ketiadaan Mak Dara ni tolong le tengok tengokkan blog Mak Dara ni yer. Mak Dara nak kena packing ni esok nak ke Langkawi pulak.. Selamat berbloging sumerrrr .. Kenanglah daku dalam BW mu kekeke

Dara ke mak ini?


Mak aiiii tersentap juga bila terbaca benda ni di shoutbox Mak Dara aritu.. Yelah mana tak sentap bila orang bertanyakan tentang dara.. satu topik yg agak sensitip kan.. Mulanya hangen jugak satu badan... Tapi bila pikir pikir balik mungkin niat pengomen tu untuk melawak dengan Mak Dara mungkin .. So Mak Dara bawakkan diri untuk senyum...

Apa apapun the moral of the story mory kat sini.. berhati hatilah dengan apa yang ditulis.. supaya tiada hati yang tersinggung.. renung renungkan dan selamat berblogging =)