Tuesday, May 3, 2011

"I LIGHT U"

 

Hari ni Mak Dara nak join GA blogger hebat eqbalzack "i light u" wahh memang lain dr yang lain Giveaway ni sebab tu Mak Dara terujaaa nak join.. Antara syarat menyertai GA ini adalah Buat 1 entry ringkas dan kreatif (slogan, pantun, kartun dan sebagainya) bertajuk 'I LIGHT U'. Ok Mak Dara try yer.. Rasanya nak buat something different sikit sbb Mak dara memang fail buat slogan, berpantun selalu hujungnya tak sama.. nak lukis kartun sure jadik orang lidi maka ... presenting..

"I LIGHT YOU" Mak Dara punya style
(takmo tiru2 k hehe)






.
Ini ajelah sekreatif yang mampu Mak dara buat.. hehe.. Dilarang meniru sama sekali yer.. Penat tau Mak Dara perah otak untuk join GA ni.. Tapi korang lagi kreatif dr mak dara so jangan lepaskan peluang ni. . Jom join ramai ramai.. Klik di SINI untuk menjoinkan diri ye.. ahaks.. Ok mak dara nak tag 1 Mrs Yie utk join GA ni.. =)



IM BACK!!!!

Mak dah balik yea yea.. Mak dah balik yea yea.. . Ingat lagi kalau dolu2 zaman kecik2 tak sekolah lagi sure suka menjerit mcm tu bila abah atau Ibu Mak Dara balik ke rumah .. Sekarang nyanyi untuk diri sendiri le pulak keke..

Yaaa.. Mak Dara dah pulang dari kampung ku nan jauh dimata Kulim..Surprise!! Suka tak!! Suka Tak!! Suka tak!! keke.. Perghhh kulim sekarang dah ada Tesco ooo!! Bangga2.. hehe. Mak Dara ke sana ada 3 misi yang nak Mak laksanakan..

1) Misi menghadirkan diri ke Majlis Perkahwinan teman rapat Mak Dara.. MarzukiRamli
DONE


2) Misi menjejakkan kaki buat pertama kali ke Pulau Langkawi
SETEL Bukan setakat shoping2.. sesi menggelapkan kulit yang memang dah gelap serta sesi menternak lemak juga berjalan dengan jayanya =)

3) Misi menjejak kasih ke 11 buah sekolah yang pernah Mak Dara belajar dulu..
Wahhh misi ketiga ni sedey sikit.. Sebabkan cuti hanya 3 hari mana nak sempat buat sumer tu kan.. Nak jejak 11 buah sekolah yang lokasi jauh jauh antara satu sama lain kan.. So Mak dara sempat menjejak 4 aje dari 11 buah sekolah sekolah tu.. Oklah.. sekali balik dapat 4 buah.. lagi dua kali balik kampung boleh jejak semua sekali kot .. insyaallah

Wahhh ni tengah dok belek2 gambar percutiang ni.. kang nak hupdate.. tungguuuu. Eh tapi sebelum tu Mak Dara nak ucapkan jutaan time ksih pada rakan rakan blogger yang lain macam si Lekat Lekit Girl dan anda sumer sudi tolong tengok2kan blog Mak Dara semasa ketiadaan Mak Dara beberapa hari ni.. Sayang korang ketat ketat hehe